UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( KUSTEM ) CINTA PERTAMA KU – PART 3.
*Sambungan dari Part 2
28 Mei 2003 (Rabu)
Tarikh ini adalah permulaan hidup aku di Kustem,selepas keluarga aku pulang.. aku pun kembali ke blok kediaman aku iaitu AN-NASAI. Aku masih ingat lagi no bilik aku ANN 1-31..bilik yang ada dua pintu masuk dan keluar iaitu pintu dan tingkap. Aku gan daus(roomate) selalu gunakan tingkap untuk keluar masuk kalau nak kuar g main bola kat blok sebelah..hehehe
Daus…salah seorang budak bilik aku selain muin…(aku just bagi nickname je yek)…dia ni kaki bola sikit..macam aku gak..x macam muin dan seorang lagi kawan aku ni namanya pijat…lagi lah xpandai main bola..daus ni jenis giler-giler sikit manakala pijat dan muin ni lebih berbudi pekerti (skema).walaupun skema muin ni jenis yang jiwang gak lah..aku selalu gak dengar dia pasang lagu2 jiwang..time nak tido pun dia pasang..hehehe…pijat lak jenis pendiam …xbanyak cakap macam aku gak..tapi dia lagi lak teruk dari aku pendiamnya..walaupun pendiam..tapi bila dah berborak pandai lak wat lawak …hahaha..pijat2…so kene lah tiga sekawan yang pendiam dan yang penting single.
Kami kenal petang tu jugak sebab malam itu kami akan lalui hari-hari yang tidak disukai ramai junior2 iaitu Minggu Jalinan Mesra (MJM).selama 5 hari bermula 23mei-1jun kami akan diberi jadual yang mesti dipatuhi..adussssssss…Selepas Makan malam dan solat magrihb …kami (junior) bergerak ke kampus.Pada Mulanya kami ingat da lah bas ke apa ke datang jemput kami..rupanya kami kene menapak ikut jalan belakang asrama menuju ke kolej. Adus..dah la jauh..tapi nasib baik lah angin laut malam tu kuat..so xlah berpeluh sangat…suasana yang gelap membuatkan kami tidak dapat lihat keadaan sekeliling..tak pa so leh tengok..dalam perjalanan aku tengok ramai pelajar baru..yang cantik-cantik pun ramai gak..aku ingat aku je yang cuci mata masa tu rupanya ramai lagi budak laki yang buat macam tu termasuk lah muin dan pijat.hehehe.. Daus dah menghilang dengan kawan kami yang lain..
Kami pun sampai di dataran HEP..di tepi ada beberapa buah bas..tempat parking bas kot kat situ..kesian kami masa itu..maklumlah dewan masih dalam pembinaan…tetapi x kisah lah..aku pun masa tu mula bersemangat nak menuntut ilmu di KUSTEM.Malam itu kami diberi taklimat berkenaan MJM dan segala aktivitinya..perkara yang paling dititikberatkan adalah ketepatan pada masa..semua pelajar diigatkan jangan lambat…macam amaran je..mesti ada denda lah tu. Untuk malam pertama acara abis awal..dan kami boleh balik awal..dalam kepala just nak tidor je….penat pagi tadi pun tak hilang lagi…Eh…mak ayah aku dah sampai umah ke belum..baik aku tanya diorang..rupa-rupanya diorang dah sms yang mereka dah selamat sampai..aku xperasan kot sms tu..(silent Mode).. malam tu dalam perjalan pulang aku pijat dan muin hanya berbual kosong selain berbincang untuk memilih ko kurikulum.aku tak da masalah sebab aku akan ambik taekwondo manakala muin lak silat..pijat je xtau nak ambik apa yek..Kebetulan lak masa itu datang sahabat yang mengenali muin iaitu zahar. Bersama zaha adalah 3 lagi lelaki yang merasakan diri mereka hemsem iaitu Budin,Azam dan hairi.aku tengok 4 sekawan ni galak sangat..mesti kepala giler-giler..rupanya zaha ni 1 kampung dengan muin..dan lebih menarik diaorang ni tinggal sebelah bilik kami je..tapi diorang ambik PENGURUSAN PEMASARAN.
Sampai di bilik kami terus tido sebab sok jadual memang padat giler.
Hari Ke-2,kami bergerak awal ke kustem melalui jalan belakang asrama.kali ini suasana agak berbeza kerna diterangi matahari terbit.cukup indah waktu itu..pokok kepala yang tinggi melambai..desiran ombak menghempas ke pantai dan kawasan sekitar dipenuhi paya bakau yang memukau.malam tadi tak nak cantik macam ni pun..Aktiviti kami hari ini adalah mendengar ceramah..manakala petang lak bersama PTPTN..sain agreement lah tu..penat hanya tuhan je tahu..sentiasa mengejar masa.lambat nanti kene denda lak. Aktiviti malam pula da lah perbicangan kumpulan. Aku,muin dan pijat dipisahkan..malang nasib aku..sampai abis MJM aku bersama kumpulan ni..mati kutu aku macam…aku pun berkenalan lah dengan ahli kumpulan dan fasilitator . korang nak tau apa tugas kumpulan pada malam itu. Dapatkan signature senior.adus..masa mintak tu ingat leh dapat terus tapi kene lak wat apa yang diaorang minta macam nyanyi ramai ke…ahhhhhhhh..xpa lah janji dapat siapkan tugas malam ni..Lebh kurang kul 10 lebih baru kami boleh balik..penatnya..aku pun jumpa muin dan pijat semula..mereka pun kene buat benda yang sama..hahahaha
Hari Ke-3, ada program keceriaan dan mesra pantai…macam kene kutip sampah je..pantai…..oh ye..masa ni lah kami nak tengok pantai kustem …kami pun buat aktiviti membersih pantai bersama kumpulan yang telah diberi semalam..semasa kutip sampah dan buang sampah..aku nampak dua orang wanita yang aku macam kenal..siti nordiah dan sorang lagi budak sekolah aku dulu masa form 6.rupanya aku ada kawan kat sini. Nordiah ambik pemasaran manakala yang sorang lagi ambik perakaunan..lega gak hati ni sebab ada kawan ang aku kenal.boleh balik kg sama-sama nanti.hehehe..semasa di pantai abang2 dan akak2 senior ada bagitau yang malam itu setiap kumpulan mesti buat pesembahan..malam bakat…tapi apa yang kami nak buat yek..dah la kami x berbakat..suruh nyanyi..mesti ribut kat kustem nanti..setelah berbincang kami bersetuju untuk membuat nasyid(kalau tak silaplah)..Latihan bermula 2.30ptg selepas solat jumaat. Hari itu pelajar lelaki bersolat jumaat di Masjid KUSZA. Kami dibawa dengan menaiki bas kustem. Seprt dijanjikan…latihan dilakukan..kumpulan aku da masalah dengan keserasian.maklumlah kami semua x berbakat..nasib baik abang dn akak senior sedia join sekali..jadi xnampak lah kelemahan nanti..hehehe.. Malam itu dtaran HEP seperti ada konsert ..riuh rendah dengan suara pelajar..ketawa dan boooo pasti akan kedengaran jika persembahan kumpulan itu x sedap hehehe.. nasib baik malam itu kumpulan kami nyanyi nasyid jadi diorang just tepuk tangan je. Hehehe. Selesai acara..aku dpat lihat terpancar wajah kegembiraan pada setiap junior..mungkin kami mula merasai ikmat belajar di kustem ini menyeronokkan.
Hari Ke-4,Hari ini kami akan mendengar taklimat bersama falkulti masing-masing.sesi 1 bersama fakulti dan sesi 2 bersama jabatan masing-masing.melalui penerangan ini kami dapat mengetahui dengan lebih teperinci tentang skop matapelajaran kami sepanjang 3 tahun kami disini . Selain itu kami dapat mengenali para pensyarah dan ketua jabatan. Pada petang pula kami mendengar taklimat berkenaan perpustakaan .Kaedah meminjam buku serta denda yang dikenakan sekiranya buku lewat dipulangkan atau buku hilang. Malam Pula sesi bersama Rektor(sekarang timbalan/naib Canselor) serta makan malam bersama rektor dan pegawai utama KUSTEM. Selesai makan , kami dikehendaki mengadakan laihan ikrar untuk hari penutup minggu jalinan mesra 2003/2004.
Hari Ke-5- Hari terakhir,malah aktiviti hari hanya Majlis Ikrar Pelajar baru.selepas itu tamat lah Minggu jalinan Mesra (MJM). Suasana agak sedih sikit sebab lepas ini semua pelajar baru akan mambawa haluan masing-masing.Malah susah untuk berkumpul macam ini kembali..kami akan kembali kepada jabatan dan kursus masing-masing..kembali kepada suasana normal tanpa aktiviti yang telah ditetapkan seperti MJM. Berakhirnya MJM bererti bermulanya perjuangan kami di KUSTEM. Samada kami bertahan disini atau tidak semuanya terpulang pada diri masing-masing.Selamat Berjuang Rakan-Rakan ku
Aku pun pulang ke asrama bersama muin,pijat,zahar,budin,azam dan hairi. Kami juga merancang nak pergi ke pantai tok jembal petang itu untuk mandi(rasmi mandi pantai tok jembal). Petang itu kami berjalan kaki ke pantai yang jauhnya lebih kurang 100 meter dari asrama. Seronok bukan kepalang.sampai dipantai..kami tengok ramai sangat pelajar kustem disitu,lagi ramai dari penduduk tempatan.ala kami pun dah dikira penduduk tempatan gak.hehehe
Macam orang giler kami bertujuh..macam xpenah jumpa air..hehehe..kami pulang sebelum magrihb. Malam pula kami makan beamai-ramai di depan asrama.. kedai air buah..hehehe dekat dengan kedai runcit..Sambil tengok bola sempat juga kami usha awek..hehehe..seteleh selesai makan kami pulang..untuk tido..setelah penat join MJM..penat tapi menyeronokkan…
Kepada Junior-junior, selamat mengharungi MJM yek…jangan tensiion2 yek…Selamat bergelar Mahasiswa mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu.
*Bersambung.. Part 4
No comments:
Post a Comment