Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Thursday, 8 September 2011

NAMRUD HANCUR KERANA NYAMUK

Suatu ketika dahulu, kota Babylon yang kini dikenali sebagai Iraq telah diperintah oleh Raja Namrud yang megah dengan ketinggian tamadunnya. Namun masyarakat purba itu begitu naif dengan agama. Sekian lama mereka menjadikan patung-patung sebagai tuhan untuk disembah.

Di saat Raja Namrud dan orang-orang Babylon tenggelam dengan kesyirikan, Allah S.W.T telah mengutuskan Nabi Ibrahim Al-Khalil bagi menyeru mereka kembali menyembah Allah S.W.T tuhan yang maha Esa. Malangnya dakwah Nabi Ibrahim disambut kata-kata nista dan beliau digelar sebagai orang gila.

Namrud bukan sahaja ingkar malah sanggup menyuruh rakyatnya membuat unggun api untuk membakar nabi Ibrahim. Baginda diikat lalu dicampakkan ke dalam api yang  marak.

Namun Nabi Ibrahim terselamat kerana Allah memerintahkan api agar tidak membakar baginda. Kejadian itu langsung tidak menginsafkan Namrud, malah namrud telah mencabar Nabi Ibrahim dengan angkuh. Namrud yang  mempunyai ratusan tentera itu lalu berkata, " sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimlah mereka berperang dengan aku". Justeru itu, Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan dari Allah, lalu Allah mengarahkan jutaan nyamuk supaya menyerang tentera Namrud  yang beradu di padang yang luas. Ruang angkasa menjadi gelap di samping dengungan yang membingitkan menyebabkan tentera Namrud menjadi takut. Lalu mereka lari menyelamatkan diri. Namun apakan daya seorang demi seorang rebah ke bumi menjadi santapan nyamuk yang rakus.

Namun Allah menundakan kematian Naamrud agar dia dapat menyaksikan kehancuran tenteranya kerana berani mencabar tuhan dan agar beliau dapat bertaubat. Namrud dibiarkan pulang ke mahligai dalam keadaan terseksa akibat gigitan nyamuk. Selama tiga hari nyamuk menghurungi mahligai, namun dalam tempoh itu Namrud tetap enggan bertaubat. Lantas serangga itu telah menyerang melalui lubang hidung serta seluruh rongga dan badan raja itu. Raja Namrud yang disegani dan angkuh itu mati dalam keadaan terseksa.

Oleh itu kisah Namrud ini boleh dijadikan pedoman bagi umat Islam tentang pembalasan Allah terhadap hamba-NYA yang ingkar terhadap ajaran Allah yang disampaikan melalui nabi-nabi  termasuk Nabi Muhammad S.A.W

Coretan tahun 1999-Majalah Bestari Jilid 2 S.M.K SERI SEMANTAN

*DALAM KENANGAN 4 YAKIN

No comments:

Post a Comment