Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Wednesday, 21 September 2011

Melayu Mudah Lupa



Sajak : Melayu Mudah Lupa
Penyajak/Nukilan :
Tun Datuk Seri Utama Dr
Mahathir Bin Mohamad
Lokasi : Perhimpunan Agung UMNO 2001

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai


Khas untuk semua,janganlah kita lupa akan kesusahan kita di zaman penjajah dahulu. Namun jangan pula kita lupa diri , setelah mencapai kejayaan di masa kini.Kerana musuh sentiasa mahukan kita berpecah belah menjadi bangsa yang mundur di bumi sendiri..MELAYU MUDAH LUPA akan semua nikmat yang diberi.Semua ini hasil perjuangan perjuang Melayu ,Cina , India dan bangsa lain (sabah/Sarawak) yang tidak pernah kenal erti penat lelah atau jemu , hanya untuk sejahterakan bumi Malaysia. Ini kerana para perjuang yang tidak mahu kita dijajah dan mundur lagi sampai bila-bila..

Oleh itu jangan dilupa jasa mereka..Bersamalah kita bersatu padu sebagai Melayu yang kuat  malah sentiasa bergading usaha , berbaik-baik dan saling menghormati dengan kaum yang lain agar kita maju dan hidup sejahtera sebagai 1 Malaysia.

                                                                                 

No comments:

Post a Comment