SULTAN PAHANG
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG |
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'AIN |
BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR |
RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH |
DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., |
DK.(Perak)., DK.(Johor)., DK.(Kelantan)., |
DK.(Terengganu)., DK.(Perlis)., DK.(Kedah)., |
DKMB., DK.( |
DK.(Selangor)., Qiladah Badr Al-Kubra ( |
Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir ( |
Grand Order Of The Mugunghwa ( |
Hon. D. Litt (Malaya)., LLD., hc (Northrop |
Hon. D. Sc. ( |
Baginda merupakan anakanda ketiga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Al-Mu'tasim Billah dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Ampuan Fatimah bt Sultan Iskandar Shah (Tengku Ampuan Besar Pahang).
Sultan Haji Ahmad Shah telah dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 6 Mei 1975.
Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.
Sultan Haji Ahmad Shah telah menjadi Ketua Lembaga bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak Februari 1983
Sultan Pahang juga selaku Kolonel Yang Di-Pertua TUDM ialah Sultan yang sering dilihat mengenakan pakaian dan insignia Marsyal TUDM
Kehidupan awal
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.
Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.
Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin
Kegemaran
Sultan Haji Ahmad Shah juga gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan amat mahir dalam bidang tersebut. Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara.Pada 1982, Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya orang Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Bola sepak, permainan bertaraf antarabangsa, telah diberikan nafas baru apabila Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM). Bawah pimpinan baginda, Malaysia berjaya memperoleh Piala Merdeka selepas 9 tahun dengan melahkan Korea Selatan 3–1 dalam masa tambahan pada 17 Februari 1993. Sultan Haji Ahmad Shah, peminat sukan nombor satu negara, telah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia sejak tahun 1984 dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia.
Sultan Haji Ahmad Shah juga menggemari polo, hoki, badminton dan golf. Sultan Haji Ahmad Shah turut menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta.
Sejarah KDYMM SULTAN PAHANG
Bil. | Sultan | Tempoh Pemerintahan | |
Dari | Hingga | ||
Pertama | KDYMM Al Marhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Bendahara Ali | 1882 | 1914 |
Kedua | KDYMM Al Marhum Sultan Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah | 9 Mei 1914 | 19 Jun 1917 |
Ketiga | KDYMM Al Marhum Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah | 19 Jun 1917 | 22 Jun 1932 |
Keempat | KDYMM Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah D.K., SIMP., DMN., DK(BRUNEI), DK(JOHOR), DK(PERAK), SPDK(SABAH), GCMG | 22 Jun 1932 | 7 Mei 1974 |
Kelima | KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK(PERAK), DK(JOHOR), DK(KELANTAN), DK(TERENGGANU), DK(PERLIS), DK(KEDAH), DKMB., DK(BRUNEI), DK(NEGERI SEMBILAN), DK(SELANGOR), QILADAH BADR AL-KUBRA(SAUDI ARABIA)., QILADAH AL-SHEIKH MUBARAK AL-KABIR (KUWAIT)., GRAND ORDER OF THE MUGUNGHWA(SOUTH KOREA), HON.D. LITT( | 7 Mei 1974 | Sekarang |
Sumber **Lembaga Muzium Negeri Pahang, Pekan
KAMI SELAKU ANAK NEGERI PAHANG KHASNYA SENTIASA MENYAYANGI SULTAN KAMI IAITU SULTAN HAJI AHMAD SHAH(SULTAN PAHANG )
SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SULTAN PAHANG) SANGAT BERJIWA RAKYAT,MENGAMBIL TAHU HAL EHWAL RAKYAT,KESUSAHAN HIDUP RAKYAT PAHANG MALAH BAGINDA SANGGUP TURUN PADANG BERTEMU RAKYAT JELATA TIDAK KIRA APA JUA KEADAAN SEPERTI BANJIR.
KAMI AKAN TERUS SETIA KEPADA BAGINDA SULTAN PAHANG SERTA TENGKU MAHKOTA PAHANG WALAU APA JUA KEADAAN. KAMI AKAN MEMPERTAHANKAN SISTEM RAJA PAHANG SAMPAI BILA-BILA.
SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG PADA 24 OCTOBER 2011 INI,
KAMI RAKYAT PAHANG MENDOAKAN SEMOGA ALLAH S.W.T MEMANJANGKAN UMUR DAN PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG, SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL - MU’ADZAM SHAH ……………………… AMIN
DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU
RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
Rujukan : http://www.pahang.gov.my/
Lembaga Muzium Negeri Pahang, Pekan
Wikipedia
No comments:
Post a Comment