Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Friday, 16 September 2011

Hantaran Perkahwinan

                                                                                
    Semua pasti tersenyum bila ditanya tentang kahwin..kerana ini menjadi impian semua pasangan yang bercinta..Siapa yang tidak impikan percintaan berakhir dengan sebuah perkahwinan..Itulah saat kemuncak dalam sebuah percintaan..jika tidak berakhir dengan saat itu ( kahwin ) maka tidak sempurnalah percintaan yang dijalinkan selama ini. Ada yang bercinta hampir 5-6 tahun..Pelbagai suka duka di hadapi bersama..ada bercinta sejak dari zaman sekolah , dibawa ke zaman universiti tetap lagi bersama..kuat sungguh cinta ini jika ada yang bercinta sehingga masuk ke alam pekerjaan..huhuhuhu “ Love is Cinta “.

    Tapi bukan senang untuk merealisasikan impian sebuah percintaan iaitu untuk berkahwin. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi.. Dugaan dalam bercinta memang dah menjadi asam garam bercinta..kekangan masa untuk bersama (jumpa ) sering menjadi sebab untuk berpisah..Kononnya pakwe/makwe sibuk je gan kerja sampai takda masa untuk pasangan masingi-masing. Dan itu menjadi sebab untuk mencari pasangan yang baru…hehehe.. masalah kewangan pasangan masing2 juga menjadi punca kasih beralih arah..

Zaman sekarang bukan zaman yang boleh hidup dengan cinta je..dulu maybe boleh lah..sebab zaman itu duit tidak menjadi keutamaan sgt..sebulan makan ikan masin pun xpa.sekarang jangan...nak gak rasa piza..ayam goreng dan lain-lain.. Sebab itu perlu ada simpanan untuk melalui alam berumah tangga..hakikat yang tak dapat dielakkan jika ingin memasuki alam perkahwinan adalah berkaitan dengan hantaran kahwin

Moh kita tengok sikit…pening kepala bakal pengantin lelaki bila tengok benda ni…

                                                                                 



Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung Malaysia :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
 DEGREE : RM12,000 - RM15,000 
 MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000


Amacam…rasa-rasa ada tak yang terkene..hehehe..mesti ada  mengaru kepala sambil berpikir semula untuk berkahwin ni…jangan ingat kawin ni senang je weh… figure di atas hanya anggaran kasar je..zaman sekarang harga barang semua dah naik...RM5K dulu cukup lah..tapi sekarang ada wanita nak majlis perkahwinan mereka wat ala-ala artis..kata mereka kahwin just sekali je bang, apa salahnya kita berhabis sikit.hehehe...wat sempoi sgt nanti orang cakap kedekut..buat besar2 nanti...aduh...mana nak cari duit...

            Tak salah jika ada kemampuan…kadang-kadang nilai di atas lebih murah berbanding keadaan sebenar ..ada yang habis SPM je dah hantaran 15K..yang nak kawin (wanita) tak kisah sangat dengan hantaran janji dia dapat kawin gan buah hatinya..Yang menjadi masalahnya sekarang adalah keluarga yang nak hantaran sebanyak itu..Bila sampai hari kahwinnya, pelamin ,khemah, makanan tak sampai pun 5-8 ribu. Aik..macam wat untung je..hehehe..elakkan yek..tak campur lagi duit kaut...moh dapat 1-2 ribu

            Tapi pada aku tak kisah lah berapa pun hantaran janji kedua-dua mempelai dapat bersatu sebagai suami isteri yang sah..buat lah majlis sebesar mana pun tetapi kene ikut kemampuan masing-masing. Elakkan dari berlaku pembaziran..jika suasana kawasan tinggal yang ramai penduduk atau jemputan ramai..maka buat lah besar-besaran  . Buat apa yang sepatutnya je...xpayahlah mengada-ngada nak wat kat hotel..memang lingkup lah bakal suami..kalau berkemampuan xpa lah..duit masing-masing.


Buat pasangan yang merancang hendak berkahwin atau dah berangan-angan kahwin walaupun xda calon lg..ini antara tips-tips


1. Buat simpanan lebih awal(belum ada awek,dah start simpan duit)
2. Rajin-rajinlah cari duit tambahan..ingat,ini cara untuk berlatih jadi seorang suami yang btjawab
3. Elakkan kerap berjumpa(sebab selalu jumpa mesti makan luar,banyak pakai duit)
4. Elakkan kerap beri pasangan anda hadiah-jimat(boleh macam tu..hehehe)
5. Diri sendiri kene blajar berjimat. Jgn ms bersama berjimat..bila keluar sorang2..shopping x ingat.
6. Nak kahwin kan..Kongsilah duit hantaran sikit sorang..kalau awek xnak kongsi???nasib korang lah

Namun Bersederhanalah dalam setiap perbelanjaan kita , semoga majlis itu meriah dengan kehadiran kaum keluarga dan sahabat handai serta jiran-jiran. Jadikan majlis Perkahwinan itu satu perkara yang paling indah untuk dikenang hingga ke akhir hayat dan bukan untuk ditangisi dikemudian hari ( hutang hantaran kahwin x abis-abis )

Selamat Pengantin Baru..semoga Allah memberkati jodoh hingga ke akhir hayat..Ingat Duit bukan segala-galanya walaupun duit itu penting.

2 comments: