Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Friday, 30 September 2011

Mat Kilau - Pahlawan Pahang

Mat Kilau


KEHIDUPAN AWAL
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah . Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah . Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut , Pahang . Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari Kelantan sebagai Mufti Negeri Pahang.sila rujuk buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Tanah Melayu, terbitan Majlis Agama Islam dan Adai Istiadat Melayu Negeri Kelantan Jilid 2, bab Ulama Kelantan yang masyhur di luar kelantan. sebelum berhijrah ke Pahang Hj Botok yang merupakan Pawang Di Raja Kelantan telah berselisih faham dengan Raja Kelantan yang menjadi sebab beliau berpindah ke Pulai Tawar,Pahang. Hj Botok mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat,yang bernama Mat Diah bin Osman (tok chik mat diah)dan Merah bin Osman (tok chik hj merah).Hj Botok aliran Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti merupakan murid kepada ulama Patani yang mashur sebagai Tok Bendang Daya Tua. nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. datuk Hj Botok adalah imigran perang Siam-Melayu Patani yang merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke KELANTAN akibat di langgar Siam.
SEJARAH PERJUANGAN
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
BURUAN BRITISH
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura . The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN
Dalam bulan Disember 1969 ,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut . Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970 , Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun

**sesungguhnya bumi pahang sangat bertuah kerana mempunyai pahlawan yang sangat sayangkan negerinya serta sultan. Malah rakyat pahang terhutang budi atas perjuangan yang telah dilakukan semasa zaman penjajahan dahulu..

Al-Fatihah untuk Mat Kilau..Semoga beliau ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman…Amin..

Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia
                www.pdtjerantut.pahang.gov.my

Thursday, 29 September 2011

SULTAN PAHANG - Raja & Rakyat Berpisah Tiada

SULTAN PAHANG



KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG

 SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'AIN
 BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR
 RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH

 DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN.,
 DK.(Perak).,  DK.(Johor).,  DK.(Kelantan).,
  DK.(Terengganu).,  DK.(Perlis).,  DK.(Kedah).,
  DKMB., DK.(Brunei).,  DK.(Negeri Sembilan).,
  DK.(Selangor)., Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia).,
 Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait).,
 Grand Order Of The Mugunghwa (South Korea).,
 Hon. D. Litt (Malaya)., LLD., hc (Northrop USA)
 Hon. D. Sc. (Bedforshire, UK)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang pada 24 Oktober 1930.
Baginda merupakan anakanda ketiga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Al-Mu'tasim Billah dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Ampuan Fatimah bt Sultan Iskandar Shah (Tengku Ampuan Besar Pahang).

Sultan Haji Ahmad Shah telah dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 6 Mei 1975.

Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.

Sultan Haji Ahmad Shah telah menjadi Ketua Lembaga bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak Februari 1983

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketujuh, memerintah negara dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.

Sultan Pahang juga selaku Kolonel Yang Di-Pertua TUDM ialah Sultan yang sering dilihat mengenakan pakaian dan insignia Marsyal TUDM

Kehidupan awal

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.

Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.

Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin

Kegemaran

Sultan Haji Ahmad Shah juga gemarkan aktiviti luar terutamanya sukan dan amat mahir dalam bidang tersebut. Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara.

Pada 1982, Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya orang Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Bola sepak, permainan bertaraf antarabangsa, telah diberikan nafas baru apabila Sultan Haji Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM). Bawah pimpinan baginda, Malaysia berjaya memperoleh Piala Merdeka selepas 9 tahun dengan melahkan Korea Selatan 3–1 dalam masa tambahan pada 17 Februari 1993. Sultan Haji Ahmad Shah, peminat sukan nombor satu negara, telah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia sejak tahun 1984 dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia.

Sultan Haji Ahmad Shah juga menggemari polo, hoki, badminton dan golf. Sultan Haji Ahmad Shah turut menyertai Sukan Olimpik di Los Angeles, Seoul, Barcelona dan Atlanta.


Sejarah KDYMM SULTAN PAHANG

Bil.
Sultan
Tempoh Pemerintahan
Dari
Hingga
Pertama
KDYMM Al Marhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Bendahara Ali
1882
1914
Kedua
KDYMM Al Marhum Sultan Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah
9 Mei 1914
19 Jun 1917
Ketiga
KDYMM Al Marhum Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Al Muadzam Shah
19 Jun 1917
22 Jun 1932
Keempat
KDYMM Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah
D.K., SIMP., DMN., DK(BRUNEI), DK(JOHOR), DK(PERAK), SPDK(SABAH), GCMG
22 Jun 1932
7 Mei 1974
Kelima
KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah
DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK(PERAK), DK(JOHOR), DK(KELANTAN), DK(TERENGGANU), DK(PERLIS), DK(KEDAH), DKMB., DK(BRUNEI), DK(NEGERI SEMBILAN), DK(SELANGOR), QILADAH BADR AL-KUBRA(SAUDI ARABIA)., QILADAH AL-SHEIKH MUBARAK AL-KABIR (KUWAIT)., GRAND ORDER OF THE MUGUNGHWA(SOUTH KOREA), HON.D. LITT(MALAYA)., L.L.D.HC. (NORTHROP USA), HON. D. SC. (BEDFORDSHIRE, UK)
7 Mei 1974
Sekarang
Sumber **Lembaga Muzium Negeri Pahang, Pekan




KAMI SELAKU ANAK NEGERI PAHANG KHASNYA SENTIASA MENYAYANGI SULTAN KAMI IAITU SULTAN HAJI AHMAD SHAH(SULTAN PAHANG )

SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SULTAN PAHANG) SANGAT BERJIWA RAKYAT,MENGAMBIL TAHU HAL EHWAL RAKYAT,KESUSAHAN HIDUP RAKYAT PAHANG MALAH BAGINDA SANGGUP TURUN PADANG BERTEMU RAKYAT JELATA TIDAK KIRA APA JUA KEADAAN SEPERTI BANJIR.

KAMI AKAN TERUS SETIA KEPADA BAGINDA SULTAN PAHANG SERTA TENGKU MAHKOTA PAHANG WALAU APA JUA KEADAAN. KAMI AKAN MEMPERTAHANKAN SISTEM RAJA PAHANG SAMPAI BILA-BILA.


SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG PADA 24 OCTOBER 2011 INI,

KAMI RAKYAT PAHANG MENDOAKAN SEMOGA ALLAH S.W.T  MEMANJANGKAN UMUR DAN PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG, SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH IBNI AL MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL - MU’ADZAM SHAH ……………………… AMIN

DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU

RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA


                Lembaga Muzium Negeri Pahang, Pekan
                Wikipedia

Monday, 26 September 2011

Cardiff City New 3rd Kits



Macam Jersi Malaysia .... Kalau Safee Sali dapat pakai jersi ini sebagai pemain Cardiff City kan Best... Bukan Safee sali sahaja yang gembira...Semua rakyat Malaysia pun akan turut gembira.. Hendak seribu Daya..Tak nak seribu Dalih..Mana-Mana pihak yang mahukan impian untuk melihat pemain Malaysia bermain di Cardiff City, Sila lah bantu Safee Sali...Cardiff City akan dapat manfaat jika Safee Sali main di sana..Mana Tau akan berlaku Fenomena Cardiff City di Malaysia Selepas Safee Sali jadi pemain Cardiff City

Majulah Sukan Untuk Malaysia

Wednesday, 21 September 2011

Melayu Mudah Lupa



Sajak : Melayu Mudah Lupa
Penyajak/Nukilan :
Tun Datuk Seri Utama Dr
Mahathir Bin Mohamad
Lokasi : Perhimpunan Agung UMNO 2001

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai


Khas untuk semua,janganlah kita lupa akan kesusahan kita di zaman penjajah dahulu. Namun jangan pula kita lupa diri , setelah mencapai kejayaan di masa kini.Kerana musuh sentiasa mahukan kita berpecah belah menjadi bangsa yang mundur di bumi sendiri..MELAYU MUDAH LUPA akan semua nikmat yang diberi.Semua ini hasil perjuangan perjuang Melayu ,Cina , India dan bangsa lain (sabah/Sarawak) yang tidak pernah kenal erti penat lelah atau jemu , hanya untuk sejahterakan bumi Malaysia. Ini kerana para perjuang yang tidak mahu kita dijajah dan mundur lagi sampai bila-bila..

Oleh itu jangan dilupa jasa mereka..Bersamalah kita bersatu padu sebagai Melayu yang kuat  malah sentiasa bergading usaha , berbaik-baik dan saling menghormati dengan kaum yang lain agar kita maju dan hidup sejahtera sebagai 1 Malaysia.

                                                                                 

mStar Online : M.Nasir Gubah Lebih 50,000 Karya

mStar Online : M.Nasir Gubah Lebih 50,000 Karya

Sunday, 18 September 2011

PERKASA :Pribumi Perkasa Negara

                                                                           

Secara ringkas tujuan penubuhan Perkasa ialah untuk menyediakan landasan bagi kaum peribumi untuk menegakkan hak2 mereka tanpa mengira fahaman politik. Perkasa akan bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu2 semasa yang membabitkan pribumi e.g soal kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dll.

Cadangan nama asal “Pertubuhan Pribumi Perihatin (PERIHATIN)” telah diubah kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) setelah ada yang hadir mengatakan nama PERIHATIN telah pun digunakan oleh pertubuhan terdahulu.

Di akhir majlis, Dato’ Ibrahim Ali telah dilantik sebagai Presiden dan Dato’ Fuad Hassan sebagai Timbalan Presiden pro-tem committee sehingga lah mesyuarat agung pertama diadakan dalam masa sebulan




1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Selain daripada Sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, sejarah Melayu baru belum sempat merasai nikmat kebangitan tamadunnya yang panjang semenjak mencapai kemerdekaan. Gagasan penjajahan yang memaksa bangsa itu menerima hakikat kompromi sosio-ekonomi-politik, kini mulai merasakan kesan hubungan yang akan menjadi corak kestabilan Malaysia.

1.2 Pribumi berkeyakinan “kompromi paksaan” itu tidak wajar meleburkan hak dan identiti bangsa teras sebagai pra-syarat muafakat bangsa Malaysia baru. Corak perubahan kuasa pribumi akibat persaingan sengit politik yang mengatasi semangat permusyawarahan, merungkai kekuatan teras bangsa ini sehingga bakal menjadi serpihan-serpihan pribumi yang lemah dan hilang kuasa tawar menawar.

1.3 Fenomena penjajahan bentuk baru datang pula menyergah dengan memaksakan liberalisasi dan globalisasi disaat belum pun sempat bangsa pribumi ini memperkukuhkan sendi-sendi Agama, ekonomi, budaya, nilai dan jatidirinya. Kewujudan talibarut penjajah baru di kalangan pribumi sendirilah yang mempengaruhi pemikiran generasi baru Melayu kearah pemikiran global dan universal sehingga hilang “rasa bangsa” dan “rasa agama” serta beradat budaya sendiri. Kaum-kaum pendatang kemudiannya, yang memiliki akar-umbi kuat dari tamadun negara asalnya, dalam kebebesan dan kepelbagaian Malaysia, terus rakus mempastikan penaklukan ekonomi dan seterusnya mencabar kuasa politik prinbumi yang menjadi satu-satunya tunggak kestabilan Negara.

1.4 Tidak banyak Negara didunia yang memiliki komposisi kaum yang unik seperti Malaysia dapat kekal lama mengharungi konflik dan percaturan hubungan kaum majoriti terhadap minoriti. Hanya dengan pemahaman dan penerimaan terhadap sejarah perjuangan bangsa, tolenransi dan muafakat kaum pribumi serta penghormatan perjanjian social oleh kaum-kaum lainnya barulah usaha membangunkan bangsa Malaysia mengikut acuan yang tersendiri akan berjaya.

1.5 Diatas kesedaran inilah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang didaftarkan oleh pendaftar pertubuhan pada 12hb September, 2008, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bertekad untuk menyedarkan kealpaan bangsa terhadap hak dan tanggungjawab mereka dari kemunduran yang berselimutkan kemajuan. PERKASA bertanggungjawab bagi melindungi hak-hak ini untuk diwariskan kepada generasi pribumi khususnya dan Malaysia umumnya supaya hidup aman dan kekal sepanjang zaman. Hak-hak bangsa pribumi yang dilindungi perlembagaan hanyalah dapat kekal selama “angka” kerusi TERAS politik pribumi dapat terus bertahan dalam jumlah yang mencukupi dan tidak berpecahbelah.

2.0 TUJUAN PENUBUHAN PERKASA (FASAL 4)
2.1 Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan
2.2 Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
2.3 Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu
2.4 Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu
2.5 Memperkasakan kaum Pribumi
2.6 Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia
2.7 Mempertahankan kedaulatan Negara

*Sumber Laman Web Rasmi Perkasa


Friday, 16 September 2011

Hantaran Perkahwinan

                                                                                
    Semua pasti tersenyum bila ditanya tentang kahwin..kerana ini menjadi impian semua pasangan yang bercinta..Siapa yang tidak impikan percintaan berakhir dengan sebuah perkahwinan..Itulah saat kemuncak dalam sebuah percintaan..jika tidak berakhir dengan saat itu ( kahwin ) maka tidak sempurnalah percintaan yang dijalinkan selama ini. Ada yang bercinta hampir 5-6 tahun..Pelbagai suka duka di hadapi bersama..ada bercinta sejak dari zaman sekolah , dibawa ke zaman universiti tetap lagi bersama..kuat sungguh cinta ini jika ada yang bercinta sehingga masuk ke alam pekerjaan..huhuhuhu “ Love is Cinta “.

    Tapi bukan senang untuk merealisasikan impian sebuah percintaan iaitu untuk berkahwin. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi.. Dugaan dalam bercinta memang dah menjadi asam garam bercinta..kekangan masa untuk bersama (jumpa ) sering menjadi sebab untuk berpisah..Kononnya pakwe/makwe sibuk je gan kerja sampai takda masa untuk pasangan masingi-masing. Dan itu menjadi sebab untuk mencari pasangan yang baru…hehehe.. masalah kewangan pasangan masing2 juga menjadi punca kasih beralih arah..

Zaman sekarang bukan zaman yang boleh hidup dengan cinta je..dulu maybe boleh lah..sebab zaman itu duit tidak menjadi keutamaan sgt..sebulan makan ikan masin pun xpa.sekarang jangan...nak gak rasa piza..ayam goreng dan lain-lain.. Sebab itu perlu ada simpanan untuk melalui alam berumah tangga..hakikat yang tak dapat dielakkan jika ingin memasuki alam perkahwinan adalah berkaitan dengan hantaran kahwin

Moh kita tengok sikit…pening kepala bakal pengantin lelaki bila tengok benda ni…

                                                                                 



Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung Malaysia :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
 DEGREE : RM12,000 - RM15,000 
 MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000


Amacam…rasa-rasa ada tak yang terkene..hehehe..mesti ada  mengaru kepala sambil berpikir semula untuk berkahwin ni…jangan ingat kawin ni senang je weh… figure di atas hanya anggaran kasar je..zaman sekarang harga barang semua dah naik...RM5K dulu cukup lah..tapi sekarang ada wanita nak majlis perkahwinan mereka wat ala-ala artis..kata mereka kahwin just sekali je bang, apa salahnya kita berhabis sikit.hehehe...wat sempoi sgt nanti orang cakap kedekut..buat besar2 nanti...aduh...mana nak cari duit...

            Tak salah jika ada kemampuan…kadang-kadang nilai di atas lebih murah berbanding keadaan sebenar ..ada yang habis SPM je dah hantaran 15K..yang nak kawin (wanita) tak kisah sangat dengan hantaran janji dia dapat kawin gan buah hatinya..Yang menjadi masalahnya sekarang adalah keluarga yang nak hantaran sebanyak itu..Bila sampai hari kahwinnya, pelamin ,khemah, makanan tak sampai pun 5-8 ribu. Aik..macam wat untung je..hehehe..elakkan yek..tak campur lagi duit kaut...moh dapat 1-2 ribu

            Tapi pada aku tak kisah lah berapa pun hantaran janji kedua-dua mempelai dapat bersatu sebagai suami isteri yang sah..buat lah majlis sebesar mana pun tetapi kene ikut kemampuan masing-masing. Elakkan dari berlaku pembaziran..jika suasana kawasan tinggal yang ramai penduduk atau jemputan ramai..maka buat lah besar-besaran  . Buat apa yang sepatutnya je...xpayahlah mengada-ngada nak wat kat hotel..memang lingkup lah bakal suami..kalau berkemampuan xpa lah..duit masing-masing.


Buat pasangan yang merancang hendak berkahwin atau dah berangan-angan kahwin walaupun xda calon lg..ini antara tips-tips


1. Buat simpanan lebih awal(belum ada awek,dah start simpan duit)
2. Rajin-rajinlah cari duit tambahan..ingat,ini cara untuk berlatih jadi seorang suami yang btjawab
3. Elakkan kerap berjumpa(sebab selalu jumpa mesti makan luar,banyak pakai duit)
4. Elakkan kerap beri pasangan anda hadiah-jimat(boleh macam tu..hehehe)
5. Diri sendiri kene blajar berjimat. Jgn ms bersama berjimat..bila keluar sorang2..shopping x ingat.
6. Nak kahwin kan..Kongsilah duit hantaran sikit sorang..kalau awek xnak kongsi???nasib korang lah

Namun Bersederhanalah dalam setiap perbelanjaan kita , semoga majlis itu meriah dengan kehadiran kaum keluarga dan sahabat handai serta jiran-jiran. Jadikan majlis Perkahwinan itu satu perkara yang paling indah untuk dikenang hingga ke akhir hayat dan bukan untuk ditangisi dikemudian hari ( hutang hantaran kahwin x abis-abis )

Selamat Pengantin Baru..semoga Allah memberkati jodoh hingga ke akhir hayat..Ingat Duit bukan segala-galanya walaupun duit itu penting.

Thursday, 15 September 2011

Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang Darul Makmur



Cuti-Cuti Malaysia

Pergilah melancong weh


Kalau Berpacaran by Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet

Lakonan Semula Oleh Cikemiau Band



 Lirik Lagu Kalau Berpacaran                                                                                  

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Oh Tak Mungkin : D'Lloyd by Cikemiau Band

   Nyanyian Semula oleh Cikemiau Band                                                                                           




Oh Tak Mungkin

by D' Lloyd

Oh tak mungkin tak mungkin aku kembali
Oh tak mungkin tak mungkin ku datang lagi
Cukup sudah kau menyakiti hatiku
cukup sudah kau berdusta padaku


Jangan kau datang lagi
Jangan kau hina lagi diriku ini
Tiada sakit hati tiada arti lagi
walaupun kau sayang pada diriku




Oh tak mungkin tak mungkin aku kembali
Oh tak mungkin tak mungkin ku datang lagi
Cukup sudah kau menyakiti hatiku
cukup sudah kau berdusta padaku


la..la.. la... la..la.. la.. la...
la..la.. la... la..la.. la.. la...
la..la.. la... la..la.. la.. la...
la..la.. la... la..la.. la.. la...



Hakcipta Terpelihara © 2011

Friday, 9 September 2011

Mentaati Kedua Ibu bapa

Riwayat:
Riwayat al-Hakim

Kategori:
Akidah

Hadith:
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.

Huraian Hadith:
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

*Sumber Jakim

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( KUSTEM ) CINTA PERTAMA KU – PART 3.


UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( KUSTEM ) CINTA PERTAMA KU – PART  3.

*Sambungan dari Part 2

28 Mei 2003 (Rabu)

Tarikh ini adalah permulaan hidup aku di Kustem,selepas keluarga aku pulang.. aku pun kembali ke blok kediaman aku iaitu AN-NASAI. Aku masih ingat lagi no bilik aku ANN 1-31..bilik yang ada dua pintu masuk dan keluar iaitu pintu  dan tingkap. Aku gan daus(roomate) selalu gunakan tingkap untuk keluar masuk kalau nak kuar g main bola kat blok sebelah..hehehe

Daus…salah seorang budak bilik aku selain muin…(aku just bagi nickname je yek)…dia ni kaki bola sikit..macam aku gak..x macam muin dan seorang lagi kawan aku ni namanya pijat…lagi lah xpandai main bola..daus ni jenis giler-giler sikit manakala pijat dan muin ni lebih berbudi pekerti (skema).walaupun skema muin ni jenis yang jiwang gak lah..aku selalu gak dengar dia pasang lagu2 jiwang..time nak tido pun dia pasang..hehehe…pijat lak jenis pendiam …xbanyak cakap macam aku gak..tapi dia lagi lak teruk dari aku pendiamnya..walaupun pendiam..tapi bila dah berborak pandai lak wat lawak …hahaha..pijat2…so kene lah tiga sekawan yang pendiam dan yang penting single.

Kami kenal petang tu jugak sebab malam itu kami akan lalui hari-hari yang tidak disukai ramai junior2 iaitu Minggu Jalinan Mesra (MJM).selama 5 hari bermula 23mei-1jun kami akan diberi jadual yang mesti dipatuhi..adussssssss…Selepas Makan malam dan solat magrihb …kami (junior) bergerak ke kampus.Pada Mulanya kami ingat da lah bas ke apa ke datang jemput kami..rupanya kami kene menapak ikut jalan belakang asrama menuju ke kolej. Adus..dah la jauh..tapi nasib baik lah angin laut malam tu kuat..so xlah berpeluh sangat…suasana yang gelap membuatkan kami tidak dapat lihat keadaan sekeliling..tak pa so leh tengok..dalam perjalanan aku tengok ramai pelajar baru..yang cantik-cantik pun ramai gak..aku ingat aku je yang cuci mata masa tu rupanya ramai lagi budak laki yang buat macam tu termasuk lah muin dan pijat.hehehe.. Daus dah menghilang dengan kawan kami yang lain..

Kami pun sampai di dataran HEP..di tepi ada beberapa buah bas..tempat parking bas kot kat situ..kesian kami masa itu..maklumlah dewan masih dalam pembinaan…tetapi x kisah lah..aku pun masa tu mula bersemangat nak menuntut ilmu di KUSTEM.Malam itu kami diberi taklimat berkenaan MJM dan segala aktivitinya..perkara yang paling dititikberatkan adalah ketepatan pada masa..semua pelajar diigatkan jangan lambat…macam amaran je..mesti ada denda lah tu. Untuk malam pertama acara abis awal..dan kami boleh balik awal..dalam kepala just nak tidor je….penat pagi tadi pun tak hilang lagi…Eh…mak ayah aku dah sampai umah ke belum..baik aku tanya diorang..rupa-rupanya diorang dah sms yang mereka dah selamat sampai..aku xperasan kot sms tu..(silent Mode).. malam tu dalam perjalan pulang aku pijat dan muin hanya berbual kosong selain berbincang untuk memilih ko kurikulum.aku tak da masalah sebab aku akan ambik taekwondo manakala muin lak silat..pijat je xtau nak ambik apa yek..Kebetulan lak masa itu datang sahabat yang mengenali muin iaitu zahar. Bersama zaha adalah 3 lagi lelaki yang merasakan diri mereka hemsem iaitu Budin,Azam dan hairi.aku tengok 4 sekawan ni galak sangat..mesti kepala giler-giler..rupanya zaha ni 1 kampung dengan muin..dan lebih menarik diaorang ni tinggal sebelah bilik kami je..tapi diorang ambik PENGURUSAN PEMASARAN.
Sampai di bilik kami terus tido sebab sok jadual memang padat giler.

Hari Ke-2,kami bergerak awal ke kustem melalui jalan belakang asrama.kali ini suasana agak berbeza kerna diterangi matahari terbit.cukup indah waktu itu..pokok kepala yang tinggi melambai..desiran ombak menghempas ke pantai dan kawasan sekitar dipenuhi paya bakau yang memukau.malam tadi tak nak cantik macam ni pun..Aktiviti kami hari ini adalah mendengar ceramah..manakala petang lak bersama PTPTN..sain agreement lah tu..penat hanya tuhan je tahu..sentiasa mengejar masa.lambat nanti kene denda lak. Aktiviti malam pula da lah perbicangan kumpulan. Aku,muin dan pijat dipisahkan..malang nasib aku..sampai abis MJM aku bersama kumpulan ni..mati kutu aku macam…aku pun berkenalan lah dengan ahli kumpulan dan fasilitator . korang nak tau apa tugas kumpulan pada malam itu. Dapatkan signature senior.adus..masa mintak tu ingat leh dapat terus tapi kene lak wat apa yang diaorang minta macam nyanyi ramai ke…ahhhhhhhh..xpa lah janji dapat siapkan tugas malam ni..Lebh kurang kul 10 lebih baru kami boleh balik..penatnya..aku pun jumpa muin dan pijat semula..mereka pun kene buat benda yang sama..hahahaha

Hari Ke-3, ada program keceriaan dan mesra pantai…macam kene kutip sampah je..pantai…..oh ye..masa ni lah kami nak tengok pantai kustem …kami pun buat aktiviti membersih pantai bersama kumpulan yang telah diberi semalam..semasa kutip sampah dan buang sampah..aku nampak dua orang wanita yang aku macam kenal..siti nordiah dan sorang lagi budak sekolah aku dulu masa form 6.rupanya aku ada kawan kat sini. Nordiah ambik pemasaran manakala yang sorang lagi ambik perakaunan..lega gak hati ni sebab ada kawan ang aku kenal.boleh balik kg sama-sama nanti.hehehe..semasa di pantai abang2 dan akak2 senior ada bagitau yang malam itu setiap kumpulan mesti buat pesembahan..malam bakat…tapi apa  yang kami nak buat yek..dah la kami x berbakat..suruh nyanyi..mesti ribut kat kustem nanti..setelah berbincang kami bersetuju untuk membuat nasyid(kalau tak silaplah)..Latihan bermula 2.30ptg selepas solat jumaat. Hari itu pelajar lelaki bersolat jumaat di Masjid KUSZA. Kami dibawa dengan menaiki bas kustem. Seprt dijanjikan…latihan dilakukan..kumpulan aku da masalah dengan keserasian.maklumlah kami semua x berbakat..nasib baik abang dn akak senior sedia join sekali..jadi xnampak lah kelemahan nanti..hehehe.. Malam itu dtaran HEP seperti ada konsert ..riuh rendah dengan suara pelajar..ketawa dan boooo pasti akan kedengaran jika persembahan kumpulan itu x sedap hehehe.. nasib baik malam itu kumpulan kami nyanyi nasyid jadi diorang just tepuk tangan je. Hehehe. Selesai acara..aku dpat lihat terpancar  wajah kegembiraan pada setiap junior..mungkin kami mula merasai ikmat belajar di kustem ini menyeronokkan.

Hari Ke-4,Hari ini kami akan mendengar taklimat bersama falkulti masing-masing.sesi 1 bersama fakulti dan sesi 2 bersama jabatan masing-masing.melalui penerangan ini kami dapat mengetahui dengan lebih teperinci tentang skop matapelajaran kami sepanjang 3 tahun kami disini . Selain itu kami dapat mengenali para pensyarah dan ketua jabatan. Pada petang pula kami mendengar taklimat  berkenaan perpustakaan .Kaedah meminjam buku serta denda yang dikenakan sekiranya buku lewat dipulangkan atau buku hilang. Malam Pula sesi bersama Rektor(sekarang timbalan/naib Canselor)  serta makan malam bersama rektor dan pegawai utama KUSTEM. Selesai makan , kami dikehendaki mengadakan laihan ikrar untuk hari penutup minggu jalinan mesra 2003/2004.
Hari Ke-5-  Hari terakhir,malah aktiviti hari hanya Majlis Ikrar Pelajar baru.selepas itu tamat lah Minggu jalinan Mesra (MJM). Suasana agak sedih sikit sebab lepas ini semua pelajar baru akan mambawa haluan masing-masing.Malah susah untuk berkumpul macam ini kembali..kami akan kembali kepada jabatan dan kursus masing-masing..kembali kepada suasana normal tanpa aktiviti yang telah ditetapkan seperti MJM. Berakhirnya MJM bererti bermulanya perjuangan kami di KUSTEM. Samada kami bertahan disini atau tidak semuanya terpulang pada diri masing-masing.Selamat Berjuang Rakan-Rakan ku

Aku pun pulang ke asrama bersama muin,pijat,zahar,budin,azam dan hairi. Kami juga merancang nak pergi ke pantai tok jembal petang itu untuk mandi(rasmi mandi pantai tok jembal). Petang itu kami berjalan kaki ke pantai yang jauhnya lebih kurang 100 meter dari asrama. Seronok bukan kepalang.sampai dipantai..kami tengok ramai sangat pelajar kustem disitu,lagi ramai dari penduduk tempatan.ala kami pun dah dikira penduduk tempatan gak.hehehe
Macam orang giler kami bertujuh..macam xpenah jumpa air..hehehe..kami pulang sebelum magrihb. Malam pula kami makan beamai-ramai di depan asrama.. kedai air buah..hehehe dekat dengan kedai runcit..Sambil tengok bola sempat juga kami usha awek..hehehe..seteleh selesai makan kami pulang..untuk tido..setelah penat join MJM..penat tapi menyeronokkan…

Kepada Junior-junior, selamat mengharungi MJM yek…jangan tensiion2 yek…Selamat bergelar Mahasiswa mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu.

*Bersambung.. Part 4