Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Friday, 18 November 2011

Malaysia Vs Indonesia – Bolasepak Sukan Sea 2011


Harimau Malaya Vs   Garuda
                   1        -           0

Harimau Malaya VS Garuda , gelaran yang cukup elit bagi dua pasukan ini dirantau Asean. Malah mengambarkan satu perlawanan yang cukup sengit bagi mempertahankan maruah keagongan Bolasepak Negara masing-masing.Setiap kali bertemu, kedua-dua pasukan akan mencetuskan fenomena yang sangat unik terutama bagi Negara Malaysia.Walaupun situasi liga Malaysia agak hambar,namun selepas pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Piala AFF seluruh rakyat Malaysia seperti menjadi fanatik dengan nama Harimau Malaya. Sokongan yang begitu jelas kelihatan apabila Harimau Malaya beraksi . Kali ini sekali lagi ( 17 Nov 2011 ) Harimau Malaya ( Muda ) menentang Garuda selepas kali terakhir ketika menjuarai Piala AFF tahun lepas.

Stadium Gelora Bung Karno bergelora lagi dengan kehadiran hampir 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda.Lautan merah memenuhi segenap tempat duduk beserta kain rentang yang memuja skuad garuda seperti Forza Indonesia atau Laskar Garuda dan lain-lain. Diatas kertas sebelum pelawanan , harimau Malaya(muda) bukan diletakkan pasukan pilihan kerana seperti yang kebiasaan stadium ini menjadi gelangan keramat skuad Garuda dan mereka sukar ditewaskan oleh lawan.Sokongan penyokong Indonesia sentiasa mengerunkan serta melemahkan pasukan lawan dan tidak hairan jika Garuda dikatakan kebal di stadium ini.

Namun semua itu tidak menjadi alasan untuk Harimau Malaya(Muda) mengaku kalah sebelum berjuang. Selaku penyandang pingat Emas disukan sea yang lepas ( Laos ), sedikit sebanyak menghadirkan gerun pada jurulatih Garuda. Lihat sahaja gelegat beliau yang agak gelisah serta tidak menunjukkan keceriaan walaupun Garuda telah menang pada perlawanan dahulu seperti menentang Kemboja,Singapura dan Thailand.Ini kerana pasukan Malaysia adalah pasukan yang sentiasa memberi cabaran pada pihak lawan.Seperti perlawanan pertama menentang Singapura,walaupun seri tetapi banyak peluang yang terhasil disebabkan corak permainan yang menarik.Corak itulah ditunjukkan ketika menentang Thailand dengan menang 2-1 dan selepas itu pula menang dengan kemboja 4-1. Banyak peluang yang dihasilkan oleh barisan tengah dan sayap Malaysia dan jika tidak kurangnya pengalaman barisan serangan Malaysia,sudah tentu jaringan akan lebih besar.

Faktor itu yang menjadi keresahan barisan Garuda..Kerisauan mereka itu menjadi kenyataan apabila pasukan Harimau Muda kita menguasai perlawanan separuh masa pertama iaitu 60% berbanding Garuda 40% ( Tapi yang mereka paparkan berbeza,biasalah tu ).Ong Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.



Segalanya bermula bermula pada minit ke 14 apabila pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Syahrul Azwari Ibrahim. Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17 . Gol ini menyebabkan seluruh penyokong setia Indonesia terdiam seketika bagaikan tidak percaya yang pasukan mereka sedang ditewaskan. Penyokong Malaysia bersorak gembira disebabkan gol yang penting itu.Tidak ketinggalan Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi Datuk Seri Najib Tun Razak turut sempat meluangkan masa menonton perlawanan ini di hotel penginapan Nusa Bali  (Sidang Kemuncak ASEAN) bersama para menteri dan pegawai Malaysia juga turut bersorak gembira.

Kemasukkan Syahrul Azwari telah merancakkan lagi permainan pasukan Harimau Muda,malah dia dilihat lebih serasi atau sesuai bermain disayap kanan berbanding penyerang kerana kemampuan beliau mengawal bola serta kepantasan dalam membuat larian menyebabkan skuad Garuda kucar kacir.Bahagian tengah berfungsi dengan baik dengan beberapa peluang yang dihasilkan untuk jaringan gol namun nasib belum menyebelahi penyerang tunggal Malaysia Izzaq Faris Ramlan. Fungsi benteng pertahanan Malaysia juga dilihat semakin kebal dan utuh dengan gandingan mantap Muslim, Fadhli shas,Asra dan Mahali menyukarkan serangan pasukan Garuda.Pujian harus diberi kepada Kapten Malaysia Baddrol Bakhtiar yang berjaya menjadi nadi kepada permainan Malaysia semalam. Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad. Malaysia menang dengan Jaringan 1-0.

Esok ( 19 Nov 2011 ) perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Myanmar bagi menentukan siapa yang lebih layak beraksi di pentas final Sukan Sea kali ini.Kemenangan dengan Indonesia tidak bererti jika kita gagal ke perlawanan akhir dan seterusnya memenangi pingat emas. Oleh itu di harap Jurulatih Ong Kim Swee dapat mengekalkan kesebelasan utama semasa menentang Indonesia semalam bagi mengekalkan corak permainan menyerang seperti menewaskan Garuda.Hanya perlu memberi sedikit kata semangat kepada anak muda kita agar terus berjuang hingga wisel terakhir.

Ayuh Harimau Malaya ( Muda), buktikan bahawa rakyat Malaysia boleh. Pantang Malaysia menyerah kalah sebelum berjuang. Biarlah kita menangis sekalipun, namun tangisan itu adalah tangisan kemenangan pasukan Harimau Muda. Rakyat Malaysia , Marilah Kita terus menyokong Pasukan Bolasepak Malaysia dengan sepenuh hati.Tidak Kira kalah atau menang..Sokong tetap Sokong

1 MALAYSIAMALAYSIA BOLEH

No comments:

Post a Comment