Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Tuesday, 1 November 2011

Golf Challenge 2011

Finance Dept VS Engineering Dept

Pada 8 Nov 2011, satu perlawanan golf akan diadakan diantara Finance Dept dan Engineering Dept bertempat di Tioman Golf Club , BERJAYA TIOMAN BEACH RESORT. Perlawanan ini dianjurkan untuk menilai mutu permainan selepas hampir 2 bulan berlatih serta menyahut idea dari seorang pemain golf yang sangat berwibawa iaitu Ramsah Sabdin ( cikemiau.blogspot.com ) untuk mengadakan golf persahabatan.

Beliau telah mencetuskan idea kepada pihak engineering untuk mengadakan 1 perlawanan persahabatan kerana beliau merasakan bahawa pasukannya iaitu Finance telah bersedia untuk mempamerkan kualiti pemainan yang terbaik.Beliau juga telah bersetuju untuk membentuk pasukan finance dan diberi nama “2on Team”.

Pasukan Engineering telah menerima pelawaan itu walaupun ketika tawaran dibuat pasukan finance berada pada kualiti divisyen 3 keseluruhannya.Hanya beberapa orang sahaja yang berada tahap divisyen 2 iaitu semestinya Cikgu Ramsah Sabdin,Zaidi ,Bomoh dan Pipah.Manakala tahap kualiti pasukan Engineering pula sentiasa berada pada yang terbaik kerana hampir kesemua pemainnya berada dalam kelompok divisyen 1 dan 2.




             Gambar Hanya Hiasan Bukan untuk Tujuan Rasmi

Namun, ini tidak mematahkan semangat pasukan “2on” untuk terus berlatih kerana dikalangan pemain “2on” mempunyai kebolehan untuk memberi latihan dan tunjuk ajar kepada pemain baru yang tiada asas dalam sukan Golf. Abu hurairah,Mohd Syukri,Rosle Bakar ,Ishak dan William adalah pemain baru yang sangat berminat untuk medalami sukan golf.Panas terik dan hujan lebat tidak menjadi halangan untuk berlatih dan terus berlatih.Malah Cikgu Ramsah sentiasa memberikan yang terbaik serta tidak pernah jemu mencurahkan ilmunya hinggakan ilmunya kadang-kadang merosot. Hanya dengan satu tujuan, tidak mahu pasukan “2on” rebah dimedan perjuangan, azimat lagu Ella “ standing in the eyes of the world” yang dinyanyikan sendiri oleh Cikgu Ramsah sentiasa menjadi pembakar semangat dikala kami tertekan dengan pemainan kami.

Oleh itu, menjelang hari perlawanan yang akan tiba, kami semakin bersedia dan pasukan “ 2on “ telah membuat baju rasmi untuk hari perlawanan.Biar kami gugur dimedan perjuangan tapi jangan tergadai maruah kami “ biar kalah asalkan bergaya”

Kami berharap perlawanan ini mengeratkan lagi hubungan sebagai rakan pekerja. Mewujudkan suasana sihat ditempat kerja adalah langkah yang baik kerana melalui sukan juga kita boleh mengenali rakan-rakan yang lain selain dapat menyihat tubuh badan.
Semoga tiada berlaku apa-apa konflik semasa perlawanan.Bertanding atas semangat perpaduan serta toleransi yang utuh sesama kita menjamin kesejahteraan yang berkekalan. Akhir kata Majulah sukan untuk Negara.. “Fair Play”

Sila saksikan profil pemain Pasukan Finance ( 2on ) diblog cikemiau.blogpot.com dan trexcomeleuphasia.blogspot.com

No comments:

Post a Comment