Derby Of ASEAN antara Harimau Muda Malaya Vs Garuda pada 21 Nov 2011 merupakan pertembungan yang sangat dinantikan kali ini selepas patahnya sayap garuda selepas dibaham harimau Malaya ketika bertemu Harimau Muda Malaya pada 17 Nov 2011 yang lepas.Luka yang pasti perit ditanggung mereka.
Namun skrip kali ini agak berbeza kerana inilah pentas terakhir iaitu Final Bolasepak Sukan Sea 2011 yang boleh dianggap ibu kepada segala pingat emas yang dipertandingkan dalam sukan sea. Malaysia hadir selaku penyadang pingat emas serta juara kumpulan selepas berjaya menundukkan Garuda pada saingan kumpulan.Manakala Garuda pula seperti yang kita maklum adalah tuan rumah kali ini dan disebut-sebut bakal memenangi Pingat Emas seterusnya juara bolasepak bagi sukan sea kali ini.Malah Malaysia dianggap seteru ketat mereka dirantau Asean terutama dalam sukan Bolasepak.Sebelum itu kita ikuti ulasan tentang perlawanan separuh akhir antara Malaysia bertemu Myanmar.
Ulasan Perlawanan Malaysia Vs Myanmar
Pada perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Myanmar semalam ( 19 Nov 2011 ), penguasaan bola agak seimbang namun serangan lebih banyak dilakukan oleh barisan serangan Myanmar pada separuh masa yang pertama.Malaysia dilihat lebih banyak bertahan berbanding menyerang kerana faktor hilangnya bola dengan mudah kepada pihak lawan selain serangan seiring dipatahkan oleh pertahanan Myanmar . Tapi harus diingat, sesekali Malaysia menyerang pasti akan menimbulkan keresahan pada pertahanan Myanmar kerana kelincahan pemain sayap Negara seperti Fandi dan Syahrul Azwari yang sering membuat larian pantas ketika menyerang. Tetapi Myanmar sering mengawal pergerakkan Syahrul hingga pemain itu sering dikasari hingga kadang-kadang pemain ini hilang punca untuk mengatur pergerakkannya.
Kapten Pasukan Harimau Muda juga dilihat kurang berfungsi seperti ketika menentang Indonesia seperti dikawal ketat oleh pemain Myanmar.Mungkin telah diatur bahawa Baddrol Bakhtiar perlu dirantai dari bebas melakukan percubaan yang membahaya kerana itulah kelebihan yang dimiliki pemain ini. Myanmar juga seakan lebih gemar menyerang di bahagian pertahanan kiri Malaysia iaitu posisi yang dikawal oleh Asra.Kita dapat lihat pemain kita ini berhempas pulas menyerap asakan lawan sambil sekali sekala membantu bahagian serangan.Kesungguhan yang harus dipuji.
eparuh masa kedua pula,barulah malaysia menunjukkan aksi menyerang. Tetapi beberapa peluang dilepaskan oleh bahagian serangan yang diketuai Ahmad Fakri Saarani yang bertindak selaku penyerang tunggal sambil dibantu kapten Baddrol Bakhtiar , Syahrul Azwari, Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor. Di Bahagian pertahanan pula Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan oleh jurulatih Ong Kim Swee manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.
Ketika perlawanan seakan-akan berlanjutan hingga masa tambahan, Fakri menggembira kem Harimau Muda apabila berjaya merobek gawang Myanmar pada minit ke-85.Menerusi satu serangan balas di sebelah kanan pintu gol Myanmar, penyerang gantian, Izzaq Faris Ramlan berjaya melakukan hantaran lintang sebelum disudahkan Fakri.
Keputusan separuh akhir semalam ( 19 Nov 2011 ) Malaysia 1-0 Myanmar dan Vietnam 0-2 Indonesia . Keputusan yang diramal ini menjadi kenyataan apabila sekali lagi kita akan bertemu dengan Garuda namun kali ini pasti,pasti garuda ingin membalas dendam atas kekalahan kepada Harimau Muda pada perlawanan kumpulan .
Dengan sorakkan yang pasti bertambah melebihi 100,000 penonton setia Indonesia pasti memberi tekanan kepada pemain Malaysia . Malah tidak mustahil sekali lagi pemain Malaysia akan menaiki barracuda (provokasi penonton )untuk menuju ke stadium atas faktor keselamatan.Pelbagai tekanan diterima oleh pemain malaysia , malah jurulatih Ong Kim Swee juga menerima nasib yang serupa ketika didenda duduk di tempat penonton ( dilarang berhubung dengan pegawainya melalui alat telekomunikasi). Adakah semua ini mungkin tujuan untuk melemahkan semangat pemain Malaysia ?. Kita diharap perkara ini bukan disengajakan tetapi adalah diluar kawalan pihak penganjur dan juga peraturan yang telah ditetapkan.
Tidak kira apa jua tekanan yang diterima,Pasukan Harimau muda telah bersedia untuk menghadapi tekanan ini semua. Kerana sejak awal pengundian lagi kita telah diletakkan dalam kumpulan Maut dan lihat bakal tersingkir awal.Tetapi semua itu kita harungi dengan jayanya. Sekarang tiba lah masa kita buktikan bahawa malaysia adalah juara sebenar rantau ASEAN dan kemenangan di Piala AFF dahulu bukan tuah semata-mata tetapi sememangnya Pasukan Bolasepak Malaysia telah meningkat mutu permainannya.Sudah tiba Harimau Malaya mengaummmm dengan lebih Gagah lagi.Pasti garuda terbang bertempiaran dalam keadaan terluka lagi.
Ayuh Pemain Malaysia , berjuanglah anda dengan semangat Malaysia Boleh. Jangan takut dan jangan undur.kita tentang habis-habisan.Kerana Maruah Malaysia perlu dipertahankan. Buktikan kepada “1 Malaysia ”, Harimau Malaya kini telah ditranformasikan menjadi Raja Asean ….dulu , kini dan selamanya. Insya’Allah
SOKONG TETAP SOKONG
Harimau Muda Malaya Boleh
No comments:
Post a Comment