Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Monday, 28 November 2011

I LOVE U



Wo Ai Ni (I Love You) !!!

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipi no - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku ci nta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te ubesk
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe
tula
moga


Any words, any language....i juz want you to know
that..i luv U..4eva

Copy from Euphasia

Saturday, 26 November 2011

STEVIA - Penganti Gula




Tanaman herba yang cantik untuk landskap.

Daun manis pengganti gula untuk pesakit kencing manis dikategorikan sebagai pokok renek sesuai sebagai penghias penutup bumi

KONSEP Edible Garden atau Taman Ramuan menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan makanan, ubat selain menghias laman.

Untuk itu, ada beberapa pokok yang dikategorikan sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan menarik dalam Taman Ramuan termasuk stevia atau daun manis yang menjadi pilihan ramai kebelakangan ini.

Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.

Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi.

Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.

Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.

Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.

Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.

Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.
Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.

Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya,

Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.

Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.

Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes.

Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.

Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.

Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.

Di Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.

INFO: Stevia
• Tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air
• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas.
• Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.
• Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan. Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.

Nama Tempatan: Stevia
Nama Saintifik: Stevia rebaudiana

Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa,

Sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf.

Famili: Astereacea
Asal: Paraguay

Antara ciri-ciri stevia ialah:
Pemanis semula jadi
Menurunkan kadar gula dalam darah
Melawaskan kencing
Menurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan

Stevia boleh ganti gula
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

Lemah Jantung

Lemah Jantung
Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.
Sebab-sebab lemah jantung:
  • Penyakit jantung koronari
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah injap jantung
  • Kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
  • Diabetes
  • Penyakit jantung akibat alkohol
  • Penyakit Kelenjar Tiroid
Simptom
  • Letih
  • Sesak nafas
  • Aktiviti fizikal yang terhad
  • Bengkak Kaki
Komplikasi
  • Aktiviti harian yang terhad
  • Kekerapan memasuki hospital
  • Kadar kematian yang tinggi (10-50%) bergantung kepada keterukan penyakit
Rawatan
Bukan farmakologi (bukan secara ubat-ubatan)
  • Pengambilan air dan garam secara terhad
  • Senaman berkala mengikut kemampuan
  • Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol
Farmakologi
  • Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup
  • Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang dinasihatkan oleh doktor
Pencegahan
  • Cara Hidup Sihat:
    • Senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor)
    • Pemakanan sihat dan seimbang
    • Tidak merokok
    • Tidak minum minuman beralkohol
  • Mendapatkan rawatan awal dan kawalan ketat terhadap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung koronari dan denyutan jantung yang luar biasa
Rehabilitasi
Program rehabilitasi yang berstruktur adalah penting untuk mencapai fungsi yang optima dan hidup yang berkualiti. Program rehabilitasi adalah sangat penting tetapi mestilah diawasi oleh doktor dan jurulatih anda.
Kumpulan Sokongan
Semakan Akhir : 25 Mei 2007

Wednesday, 23 November 2011

World Art Games 2013

World Art Games


HQ CROTIA STEERING COMMITTEE:

President, Peter Weisz
Vice President, Jasminka Paunović
Dr. Damir Lenz
Miro Mihaljević
Suzana Šimić
Tomislav Bunjevac
Danko Novak
Miroslav Molnar


Description

World Art Games will take place every second year. Because of the large number of participants, the Games will be held during two weeks. First will be held in May 2013, in several cities in the Republic of Croatia.

Artistic teams from countries all over the world participate in the Games. National teams are selected by selectors – National Committees of the World Art Games (which are appointed and can be  dismissed by the General office).

Countries will present their top contemporary artists in all categories of artistic expression.

Participating countries can nominate themselves for Revues of individual artistic disciplines, which will take place during periods between two Games. During the same period, General office organise a range of individual cultural events, art colonies, symposia, conferences etc.

Idea

To interconnect and network artists from all creative disciplines to showcase the latest achievements.

The event will be of permanent character, and will traditionally be held every other year from 2013 (2013, 2015, 2017, 2019,......)


Mission

PROJECT'S MISSION IS:

To build a network of National Committees throughout the world, whose members are well-known public figures and artists from various artistic disciplines
Global promotion of art and culture, and development of ideas of peace and tolerance
To invite all the world countries to participate, regardless of race, religion and/or political beliefs



Letter of WAG`s president

This is a Project on which our Team are working already 2 1/2 years, and whose realization is in progress.
Soon, in the year 2013, Croatia will be the host Country for Artists from all over the World.

Idea of the Games is a very good one to globally present the national cultures, promote international cooperation, tolerance and intercultural dialogue, which will positively imprint in the youngest generations in educational terms. With its multicultural nature the project contributes significnatly to a better understanding among the nations, which is particularly important for building bridges of friendship and understanding among peoples.

The initiative was recognized in Croatia and around the World. Artists, celebrities, politicians, economists, Academic Society, and number of Institutions recognized importance of such Event, and they support it.

WAG is open to all people who respect the differences in Cultural tradition and Cultural Artistic Expression.

Finally, with particular pride and pleasure, we draw your attention to the fact that the World Art Games are unique, noble and deeply humane Idea.

Sincerely,

President of the World Art Games
Peter Weisz
July 2011


World Art Games National Committee Malaysia ?

* World Art Games National Committee Malaysia masih dalam proses untuk ditubuhkan kerana persatuan ini masih baru di Malaysia dan tidak ramai mengetahui tentang persatuan ini.

* World Art Games ( WAG ) merupakan projek antarabangsa  yang beribu pejabat di Croatia dengan keanggotaan terkini melebihi 65 buah Negara . Merupakan badan yang berteraskan kepada Kesenian dan Kebudayaan.

* WAG telah mendapat kerjasama dari kerajaan Negara masing-masing ( Selain Malaysia-Belum ditubuhkan ) dan buat julung kalinya WAG akan akan mengadakan pertandingan pada 2013 di Negara Croatia.

*Pertandingan Meliputi seni tarian,muzik , Lukisan, seramik, Masakan , Filem/drama dan pelbagai lagi acara .Pertandingan ini akan digilirkan sebanyak 2 tahun sekali dan setiap Negara peserta berpeluang untuk menjadi tuan rumah.

* Namun demikian , seorang rakyat Malaysia telah terpilih dan dijemput untuk menghadiri persidangan World Art Games yang berlangsung di Croatia pada 18-21 Nov 2011 lalu bagi membincangkan hal-hal berkaitan WAG serta pertandingan yang akan dilangsungkan pada 2013 nanti . Tetapi beliau tidak dapat mengikuti persidangan ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

* Rakyat Malaysia yang dimaksudkan dan terpilih itu adalah Ramsah Sabdin berasal dari Negeri Sabah .

Profil Ramsah Sabdin

* Beliau merupakan seorang yang berbakat dalam semua bidang seperti penulisan , sukan , muzik dan pelbagai bidang lagi. Malah beliau berbakat untuk menghasilkan pelbagai karya penulisan seperti sajak,puisi dan novel. Novel yang beliau sedang usahakan bertajuk “Ranau Rindu Yang Semakin Hilang” hanya boleh didapati melalui laman blog beliau iaitu cikemiau.blogspot.com . Novel tersebut juga telah mendapat tawaran untuk diterbitkan oleh sebuah penerbitan yang berpengkalan di Eropah. Selain itu juga beliau mendapat tawaran untuk menterjemah buku tentang IQ terbitan seorang sarjana daripada Perancis ke dalam bahasa Melayu yang sehingga kini telah diterbitkan kedalam pelbagai bahasa antarabangsa. Satu pengiktirafan kepada rakyat Malaysia .

*Beliau juga berbakat dalam penciptaan lagu dan lirik. Salah satu hasil Ciptaan beliau adalah “Kau Yang memang Sangatku Sayangi”. Namun lagu ini hanya boleh didengar di dalam blog milik beliau sendiri.

* Pernah mengikuti pertandingan IQ peringkat antarabangsa (International Cerebrals Contest 2009) dan mendapat tempat dalam kalangan 50 yang terbaik .Malah beliau juga merupakan ahli kepada 3 pertubuhan IQ tinggi antarabangsa. Pencapaian yang beliau miliki adalah dengan mencapai tahap IQ melebihi 140 ( Skala 15 Weschler )


Saya sendiri telah menanyakan kepada beliau, tentang perasaan beliau setelah mendapat tawaran dari WAG , malah dicadangkan oleh Vice President WAG  - Jasminka Paunović (ahli Mensa Society) untuk menjadi presiden WAG NC Malaysia?

Ramsah Sabdin : 
Rasa sangat bertuah kerana terpilih malah gembira kerana mendapat network yang baik dari rakan-rakan di Malaysia serta Ahli-ahli IQ tinggi di seluruh dunia
                           

Perancangan seterusnya selepas ini ?

Ramsah Sabdin :
Memastikan peluang ini dapat direalisasikan kerana seperti ini hanya datang sekali sahaja. Malaysia Boleh



Website : http://www.wagames.org/ ( World Art Games )
                 http://www.cikemiau.blogspot.com/ ( Ramsah Sabdin )

Sunday, 20 November 2011

Final Bolasepak Sukan Sea 2011: Malaysia ( Harimau Muda ) vs Indonesia ( Garuda Muda )





Derby Of ASEAN antara Harimau Muda Malaya Vs Garuda pada 21 Nov 2011 merupakan pertembungan yang sangat dinantikan kali ini selepas patahnya sayap garuda selepas dibaham harimau Malaya ketika bertemu Harimau Muda Malaya pada 17 Nov 2011 yang lepas.Luka yang pasti perit ditanggung mereka.

Namun skrip kali ini agak berbeza kerana inilah pentas terakhir iaitu Final Bolasepak Sukan Sea 2011 yang boleh dianggap ibu kepada segala pingat emas yang dipertandingkan dalam sukan sea. Malaysia hadir selaku penyadang pingat emas serta juara kumpulan selepas berjaya menundukkan Garuda pada  saingan kumpulan.Manakala Garuda pula seperti yang kita maklum adalah tuan rumah kali ini dan disebut-sebut bakal memenangi Pingat Emas seterusnya juara bolasepak bagi sukan sea kali ini.Malah Malaysia dianggap seteru ketat mereka dirantau Asean terutama dalam sukan Bolasepak.Sebelum itu kita ikuti ulasan tentang perlawanan separuh akhir antara Malaysia bertemu Myanmar.

Ulasan Perlawanan Malaysia Vs Myanmar

Pada perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Myanmar semalam ( 19 Nov 2011 ), penguasaan bola agak seimbang namun serangan lebih banyak dilakukan oleh barisan serangan Myanmar pada separuh masa yang pertama.Malaysia dilihat lebih banyak bertahan berbanding menyerang kerana faktor hilangnya bola dengan mudah kepada pihak lawan selain serangan seiring dipatahkan oleh pertahanan Myanmar . Tapi harus diingat, sesekali Malaysia menyerang pasti akan menimbulkan keresahan pada pertahanan Myanmar kerana kelincahan pemain sayap Negara seperti Fandi dan Syahrul Azwari yang sering membuat larian pantas ketika menyerang. Tetapi Myanmar sering mengawal pergerakkan Syahrul hingga pemain itu sering dikasari hingga kadang-kadang pemain ini hilang punca untuk mengatur pergerakkannya.

Kapten Pasukan Harimau Muda juga dilihat kurang berfungsi seperti ketika menentang Indonesia seperti dikawal ketat oleh pemain Myanmar.Mungkin telah diatur bahawa Baddrol Bakhtiar perlu dirantai dari bebas melakukan percubaan yang membahaya kerana itulah kelebihan yang dimiliki pemain ini. Myanmar juga seakan lebih gemar menyerang di bahagian pertahanan kiri Malaysia iaitu posisi yang dikawal oleh Asra.Kita dapat lihat pemain kita ini berhempas pulas menyerap asakan lawan sambil sekali sekala membantu bahagian serangan.Kesungguhan yang harus dipuji.

eparuh masa kedua pula,barulah malaysia menunjukkan aksi menyerang. Tetapi beberapa peluang dilepaskan oleh bahagian serangan yang diketuai Ahmad Fakri Saarani yang bertindak selaku penyerang tunggal sambil dibantu kapten Baddrol Bakhtiar , Syahrul Azwari, Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor. Di Bahagian pertahanan pula Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan oleh jurulatih Ong Kim Swee manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.

Ketika perlawanan seakan-akan berlanjutan hingga masa tambahan, Fakri menggembira kem Harimau Muda apabila berjaya merobek gawang Myanmar pada minit ke-85.Menerusi satu serangan balas di sebelah kanan pintu gol Myanmar, penyerang gantian, Izzaq Faris Ramlan berjaya melakukan hantaran lintang sebelum disudahkan Fakri.

Jaringan tunggal Ahmad Fakri Saarani memastikan Harimau Muda mara ke final acara bola sepak Sukan SEA 2011 hasil kemenangan 1-0 ke atas Myanmar pada aksi separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno semalam.

Analisa dan Harapan Final Malaysia Vs Indonesia

Keputusan separuh akhir semalam ( 19 Nov 2011 ) Malaysia 1-0 Myanmar dan Vietnam 0-2 Indonesia. Keputusan yang diramal ini menjadi kenyataan apabila sekali lagi kita akan bertemu dengan Garuda namun kali ini pasti,pasti garuda ingin membalas dendam atas kekalahan kepada Harimau Muda pada perlawanan kumpulan .

Dengan sorakkan yang pasti bertambah melebihi 100,000 penonton setia Indonesia pasti memberi tekanan kepada pemain Malaysia. Malah tidak mustahil sekali lagi pemain Malaysia akan menaiki barracuda (provokasi penonton )untuk menuju ke stadium atas faktor keselamatan.Pelbagai tekanan diterima oleh pemain malaysia , malah jurulatih Ong Kim Swee juga menerima nasib yang serupa ketika didenda duduk di tempat penonton ( dilarang berhubung dengan pegawainya melalui alat telekomunikasi). Adakah semua ini mungkin tujuan untuk melemahkan semangat pemain Malaysia?. Kita diharap perkara ini bukan disengajakan tetapi adalah diluar kawalan pihak penganjur dan juga peraturan yang telah ditetapkan.

Tidak kira apa jua tekanan yang diterima,Pasukan Harimau muda telah bersedia untuk menghadapi tekanan ini semua. Kerana sejak awal pengundian lagi kita telah diletakkan dalam kumpulan Maut dan lihat bakal tersingkir awal.Tetapi semua itu kita harungi dengan jayanya. Sekarang tiba lah masa kita buktikan bahawa malaysia adalah juara sebenar rantau ASEAN dan kemenangan di Piala AFF dahulu bukan tuah semata-mata tetapi sememangnya Pasukan Bolasepak Malaysia telah meningkat mutu permainannya.Sudah tiba Harimau Malaya mengaummmm dengan lebih Gagah lagi.Pasti garuda terbang bertempiaran dalam keadaan terluka lagi.

Ayuh Pemain Malaysia, berjuanglah anda dengan semangat Malaysia Boleh. Jangan takut dan jangan undur.kita tentang habis-habisan.Kerana Maruah Malaysia perlu dipertahankan. Buktikan kepada “1 Malaysia”, Harimau Malaya kini telah ditranformasikan menjadi Raja Asean ….dulu , kini dan selamanya. Insya’Allah

SOKONG TETAP SOKONG
Harimau Muda Malaya Boleh
Malaysia Boleh




Friday, 18 November 2011

Malaysia Vs Indonesia – Bolasepak Sukan Sea 2011


Harimau Malaya Vs   Garuda
                   1        -           0

Harimau Malaya VS Garuda , gelaran yang cukup elit bagi dua pasukan ini dirantau Asean. Malah mengambarkan satu perlawanan yang cukup sengit bagi mempertahankan maruah keagongan Bolasepak Negara masing-masing.Setiap kali bertemu, kedua-dua pasukan akan mencetuskan fenomena yang sangat unik terutama bagi Negara Malaysia.Walaupun situasi liga Malaysia agak hambar,namun selepas pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Piala AFF seluruh rakyat Malaysia seperti menjadi fanatik dengan nama Harimau Malaya. Sokongan yang begitu jelas kelihatan apabila Harimau Malaya beraksi . Kali ini sekali lagi ( 17 Nov 2011 ) Harimau Malaya ( Muda ) menentang Garuda selepas kali terakhir ketika menjuarai Piala AFF tahun lepas.

Stadium Gelora Bung Karno bergelora lagi dengan kehadiran hampir 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda.Lautan merah memenuhi segenap tempat duduk beserta kain rentang yang memuja skuad garuda seperti Forza Indonesia atau Laskar Garuda dan lain-lain. Diatas kertas sebelum pelawanan , harimau Malaya(muda) bukan diletakkan pasukan pilihan kerana seperti yang kebiasaan stadium ini menjadi gelangan keramat skuad Garuda dan mereka sukar ditewaskan oleh lawan.Sokongan penyokong Indonesia sentiasa mengerunkan serta melemahkan pasukan lawan dan tidak hairan jika Garuda dikatakan kebal di stadium ini.

Namun semua itu tidak menjadi alasan untuk Harimau Malaya(Muda) mengaku kalah sebelum berjuang. Selaku penyandang pingat Emas disukan sea yang lepas ( Laos ), sedikit sebanyak menghadirkan gerun pada jurulatih Garuda. Lihat sahaja gelegat beliau yang agak gelisah serta tidak menunjukkan keceriaan walaupun Garuda telah menang pada perlawanan dahulu seperti menentang Kemboja,Singapura dan Thailand.Ini kerana pasukan Malaysia adalah pasukan yang sentiasa memberi cabaran pada pihak lawan.Seperti perlawanan pertama menentang Singapura,walaupun seri tetapi banyak peluang yang terhasil disebabkan corak permainan yang menarik.Corak itulah ditunjukkan ketika menentang Thailand dengan menang 2-1 dan selepas itu pula menang dengan kemboja 4-1. Banyak peluang yang dihasilkan oleh barisan tengah dan sayap Malaysia dan jika tidak kurangnya pengalaman barisan serangan Malaysia,sudah tentu jaringan akan lebih besar.

Faktor itu yang menjadi keresahan barisan Garuda..Kerisauan mereka itu menjadi kenyataan apabila pasukan Harimau Muda kita menguasai perlawanan separuh masa pertama iaitu 60% berbanding Garuda 40% ( Tapi yang mereka paparkan berbeza,biasalah tu ).Ong Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.



Segalanya bermula bermula pada minit ke 14 apabila pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Syahrul Azwari Ibrahim. Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17 . Gol ini menyebabkan seluruh penyokong setia Indonesia terdiam seketika bagaikan tidak percaya yang pasukan mereka sedang ditewaskan. Penyokong Malaysia bersorak gembira disebabkan gol yang penting itu.Tidak ketinggalan Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi Datuk Seri Najib Tun Razak turut sempat meluangkan masa menonton perlawanan ini di hotel penginapan Nusa Bali  (Sidang Kemuncak ASEAN) bersama para menteri dan pegawai Malaysia juga turut bersorak gembira.

Kemasukkan Syahrul Azwari telah merancakkan lagi permainan pasukan Harimau Muda,malah dia dilihat lebih serasi atau sesuai bermain disayap kanan berbanding penyerang kerana kemampuan beliau mengawal bola serta kepantasan dalam membuat larian menyebabkan skuad Garuda kucar kacir.Bahagian tengah berfungsi dengan baik dengan beberapa peluang yang dihasilkan untuk jaringan gol namun nasib belum menyebelahi penyerang tunggal Malaysia Izzaq Faris Ramlan. Fungsi benteng pertahanan Malaysia juga dilihat semakin kebal dan utuh dengan gandingan mantap Muslim, Fadhli shas,Asra dan Mahali menyukarkan serangan pasukan Garuda.Pujian harus diberi kepada Kapten Malaysia Baddrol Bakhtiar yang berjaya menjadi nadi kepada permainan Malaysia semalam. Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad. Malaysia menang dengan Jaringan 1-0.

Esok ( 19 Nov 2011 ) perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Myanmar bagi menentukan siapa yang lebih layak beraksi di pentas final Sukan Sea kali ini.Kemenangan dengan Indonesia tidak bererti jika kita gagal ke perlawanan akhir dan seterusnya memenangi pingat emas. Oleh itu di harap Jurulatih Ong Kim Swee dapat mengekalkan kesebelasan utama semasa menentang Indonesia semalam bagi mengekalkan corak permainan menyerang seperti menewaskan Garuda.Hanya perlu memberi sedikit kata semangat kepada anak muda kita agar terus berjuang hingga wisel terakhir.

Ayuh Harimau Malaya ( Muda), buktikan bahawa rakyat Malaysia boleh. Pantang Malaysia menyerah kalah sebelum berjuang. Biarlah kita menangis sekalipun, namun tangisan itu adalah tangisan kemenangan pasukan Harimau Muda. Rakyat Malaysia , Marilah Kita terus menyokong Pasukan Bolasepak Malaysia dengan sepenuh hati.Tidak Kira kalah atau menang..Sokong tetap Sokong

1 MALAYSIAMALAYSIA BOLEH

Tuesday, 1 November 2011

Golf Challenge 2011

Finance Dept VS Engineering Dept

Pada 8 Nov 2011, satu perlawanan golf akan diadakan diantara Finance Dept dan Engineering Dept bertempat di Tioman Golf Club , BERJAYA TIOMAN BEACH RESORT. Perlawanan ini dianjurkan untuk menilai mutu permainan selepas hampir 2 bulan berlatih serta menyahut idea dari seorang pemain golf yang sangat berwibawa iaitu Ramsah Sabdin ( cikemiau.blogspot.com ) untuk mengadakan golf persahabatan.

Beliau telah mencetuskan idea kepada pihak engineering untuk mengadakan 1 perlawanan persahabatan kerana beliau merasakan bahawa pasukannya iaitu Finance telah bersedia untuk mempamerkan kualiti pemainan yang terbaik.Beliau juga telah bersetuju untuk membentuk pasukan finance dan diberi nama “2on Team”.

Pasukan Engineering telah menerima pelawaan itu walaupun ketika tawaran dibuat pasukan finance berada pada kualiti divisyen 3 keseluruhannya.Hanya beberapa orang sahaja yang berada tahap divisyen 2 iaitu semestinya Cikgu Ramsah Sabdin,Zaidi ,Bomoh dan Pipah.Manakala tahap kualiti pasukan Engineering pula sentiasa berada pada yang terbaik kerana hampir kesemua pemainnya berada dalam kelompok divisyen 1 dan 2.




             Gambar Hanya Hiasan Bukan untuk Tujuan Rasmi

Namun, ini tidak mematahkan semangat pasukan “2on” untuk terus berlatih kerana dikalangan pemain “2on” mempunyai kebolehan untuk memberi latihan dan tunjuk ajar kepada pemain baru yang tiada asas dalam sukan Golf. Abu hurairah,Mohd Syukri,Rosle Bakar ,Ishak dan William adalah pemain baru yang sangat berminat untuk medalami sukan golf.Panas terik dan hujan lebat tidak menjadi halangan untuk berlatih dan terus berlatih.Malah Cikgu Ramsah sentiasa memberikan yang terbaik serta tidak pernah jemu mencurahkan ilmunya hinggakan ilmunya kadang-kadang merosot. Hanya dengan satu tujuan, tidak mahu pasukan “2on” rebah dimedan perjuangan, azimat lagu Ella “ standing in the eyes of the world” yang dinyanyikan sendiri oleh Cikgu Ramsah sentiasa menjadi pembakar semangat dikala kami tertekan dengan pemainan kami.

Oleh itu, menjelang hari perlawanan yang akan tiba, kami semakin bersedia dan pasukan “ 2on “ telah membuat baju rasmi untuk hari perlawanan.Biar kami gugur dimedan perjuangan tapi jangan tergadai maruah kami “ biar kalah asalkan bergaya”

Kami berharap perlawanan ini mengeratkan lagi hubungan sebagai rakan pekerja. Mewujudkan suasana sihat ditempat kerja adalah langkah yang baik kerana melalui sukan juga kita boleh mengenali rakan-rakan yang lain selain dapat menyihat tubuh badan.
Semoga tiada berlaku apa-apa konflik semasa perlawanan.Bertanding atas semangat perpaduan serta toleransi yang utuh sesama kita menjamin kesejahteraan yang berkekalan. Akhir kata Majulah sukan untuk Negara.. “Fair Play”

Sila saksikan profil pemain Pasukan Finance ( 2on ) diblog cikemiau.blogpot.com dan trexcomeleuphasia.blogspot.com