Wanita memang sinonim dengan istilah shopping..berbelanja sakan..biar papa asalkan bergaya. “engkau orang ini boleh demam agaknya kalau tak habiskan duit dengan shopping tu” . Itulah yang sering dikatakan oleh golongan lelaki kepada wanita tidak kira ayah,suami,pakwe,abang dan sebagainya.Tapi apa yang dikatakan oleh golongan lelaki kadang-kadang tidak diambil peduli oleh wanita. Kami (wanita) tak kacau orang pun..kami bukan ambik free( bukan Curilah tu),kami pakai duit kami sendiri (yelah tu..kadang-kadang yang jadi mangsa “paw” adalah kaum lelaki). Dah tu aktiviti kami..dari kami duduk tak buat apa baik kami pergi menjana ekonomi Negara ( weekend, kalau bosan mesti wanita akan pergi shopping punya.. ). Ada diantara wanita menjadikan shopping sebagai hobi utama mereka...tengok je dekat biodata mereka di facebook,tagged .Cuba bayangkan..jika lelaki yang hobinya main bolasepak akan main bolasepak setiap hari inikan lak wanita yang hobinya adalah shopping,adakah mereka akan bershopping setiap hari???? Jika Shopping yang seperti membeli barangan keperluan harian tak apa lah..tak beli nanti, kebulur lak suami gan anak-anak .Tapi ini Shopping yang lain..Wanita pasti akan mengetahuinya lebih dari lelaki.
Tapi tidak dinafikan ada baik buruknya jika kuat shopping. Antaranya adalah seperti berikut:
Kebaikan :
1) Sentiasa menjaga barangan untuk seisi keluarga seperti baju suami,anak-anak .
2) Lebih peka dengan situasi pasaran harga semasa seperti bila ada SALE yang murah. Dengan ini mereka akan dapat lebih berjimat.sebab tau mana ada 50% Disc,70%disc ke.
3) Merancakkan ekonomi domestik kerana dengan banyak berbelanja dapat meningkat permintaan sesuatu barang. Bila ini berlaku , ekonomi lebih maju dan banyak peluang kerja akan wujud ( seperti supermarket )
4) Menjaga Kesihatan diri – Contohnya jika pergi ke 10 buah kedai kasut untuk membuat pilihan, mereka akan pergi ke kedai pertama sekali untuk membelinya. Jadinya mereka akan bersenam tangan ( memilih kasut ) kaki ( berjalan antara 10 buah kedai ).Memang penat ( berpeluh kita mengikutnya )*pengalaman ikut awek
5) Mengeratkan Silaturahim-Wujud ikatan yang erat jika kita luangkan bersama orang yang kita sayang bershopping. Nak lak 3-4jam pilih baju kat kedai.mesti banyak kenangan manis masa tu. Selain itu juga tauke kedai akan lebih kenal pelanggannya..” ini olang saya punya regular customer..selalu mali ini kedai and borong banyak…ada bagus ini olang..inilah dikatakan kawan ma..”hehehe
6) Apa guna cari duit banyak-banyak jika tak dapat beli barang yang kita mahukan..memang dimata orang nampak membazir..tapi dah mampu..apa salahnya.
Keburukan :
1) Pembaziran-Membeli barang yang tidak sepatutnya dibeli sedangkan barang itu masih boleh digunakan..Seperti membeli Sofa baru untuk raya sedangkan Sofa lama masih elok lagi.nak lawan jiran sebelah la tu
2) Suami dan anak-anak akan menunggu ibunya bershopping di ruang legar supermarket. Kesian kan kami ibu…jangan lah borong semua..nanti kami juga kene angkat..dah kami tunggu lama ni..huhuhu
3) Pembelanjaan keluarga akan bertambah (pembelanjaan yang tidak berpatutan)…akan berlaku krisis keluarga jika tidak dibendung secepat mungkin. Sebab masing-masing akan mencari salah pasangan mereka jika bil kad kredit melambung ke apa ke.
4) Lelaki akan takut dengan wanita jenis ini- “aduh..gaji aku adalah RM500.00..dia lak ajak g shopping dekat Paris lak..mampus kawan macam ni weh”
5) Menggunakan masa yang sangat lama…nak beli 1 barang je…tapi makan masa 3 jam…katanya nak cari kepuasan semasa memilih barang..aduh…3 jam leh g KL-Genting pergi balik…
Namun apa yang penting adalah berjimat dalam setiap sen yang kita keluarkan. Kerana setiap sen itu sangat bernilai bagi mereka yang mencarinya. Adalah lebih baik di bulan yang mulia ini kita banyakkan berbelanja ( sedekah ) kepada mereka yang memerlukan..semoga mereka dapat merasaikan nikmat hari raya seperti kita semua Berbelanja tidak salah namun harus sentiasa beringat supaya tidak membazir. Tidak kira wanita atau lelaki , tetap akan shopping jika ada peluang. Tapi ingat lah.. jadilah pengguna yang bijak bila berbelanja.
No comments:
Post a Comment