UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( KUSTEM ) CINTA PERTAMA KU – PART 2.
*Sambungan dari Part 1
“Bila nak sampai ni, aduhhhhh jauh sangatlah KUSTEM ni”..keluh ku …..
Perjalanan dah hampir 4 jam.. sangat-sangat memenatkan badan jalan jauh-jauh ni, biasa nye paling jauh pun 2 jam je.itu pun pergi ke Kuala Lumpur je.aku tengok akak ,adik perempuan dan mak ku dah tido ..mungkin penat kot jalan jauh-jauh. Yang tak tido, aku,ayah aku, abang dan kawan dia. Masa tu, yang drive kawan abang aku so abang aku kene teman dia untuk beborak..tak lah dia mengantuk sangat. Tapi yang pelik nape ayah aku tak tido. Bila tanya nape abah tak tido , dia jawab “taka pa, abah tak mengantuk lagi”.maybe dia teruja anak dia nak masuk KUSTEM..Yelah,ibubapa mana yang tak gembira bila anak mereka dapat masuk U kan .
Tapi penat tu terubat bila lihat pemandangan sepanjang laluan di Bandar perindustrian Petronas di Paka yang indah di waktu malam..siapa yang pernah melaluinya akan mengetahui keadaan ketika itu.Kawasan perindustrian Minyak yang sangat besar dan diterangi cahaya lampu serta api yang menjulang ke langit . Itu adalah aktiviti rutin di Bandar ini iaitu memproses minyak mentah. Selain itu juga, laluan dipantai juga cukup indah dengan suasana pantai yang diterangi cahaya bulan..macam dalam filem lak suasana masa tu…terutama bila sampai di Rantau Abang…kadang-kadang pikir gak,bestnya duduk tepi pantai..walaupun panas siang hari tapi bila malam suasana nyaman sangat..bunyi ombak lagi..bestnya..hehehehe..Kami akhirnya sampai di Marang betul-betul azan subuh berkumandangan..kami berserta ayah berhenti untuk menunaikan solat subuh di Masjid Haji Hadi…nama betul masjid tu tidak diketahui kerana waktu yang masih gelap..ye lah pergi masjid bukan nak tengok nama masjid kan ..tapi orang situ panggil nama masjid haji Hadi..entahlah…Ayah aku kata ni kawasan parlimen Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Dia selalu solat dan menjadi Iman di Masjid ini.
Selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke KUSTEM.Akhirnya kami sampai di Bandar Kuala Terengganu.. Ternampak papan tanda pantai batu burok. Pantai yang selalu di promosi dalam TV… “nanti aku nak g jalan-jalan dekat sini lah” hehehehe.. orang cakap cantik, mesti banyak penyu kat situ... Lebih kurang jam 7 pagi kami sampai di depan KUSTEM atau lebih dikenali Kolej Universiti Sains Dan Teknologi Malaysia … Kelihatan 3 Bangunan yang dalam pembinaan berhampiran pintu keluar masuk.. “ aik mana U nye, tak macam U je.”hatiku mula risau..
Ayah ku mengajak kami masuk ke dalam Kustem untuk menyesuaikan diri dengan jalan di dalam U ini. Sepanjang laluan hanya kelihatan bahan dan jentera pembinaan sahaja..Pokok-Pokok kecil baru mula di tanam. Rumput pun baru nak tumbuh. .. “Ni kalau tengahari mesti panas giler nanti”. Kami pun melalui bangunan yang tertera nama Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi (FPE). Didepannya adalah Padang Bola.. “takda stadium ke…” aku mula berbicara. Yang lain hanya berdiam diri sahaja…Kami meneruskan perjalanan dan melalui Dewan Serbaguna Kustem yang serdahana besar.sampai di satu kawasan lapang,kelihatan banyak bas tertera nama kustem..aik..takkan besar ni je KUSTEM, mana Asrama???..kami pun keluar dari Van..terus terdengar bunyi ombak..ehhh..ada pantai ke kat belakang ni. “Boleh aku mandi tiap-tiap hari nanti”hehehe usik hati ku yang gembira sedikit (bukan selalu dapat mandi laut )..aku lihat ada jugak lah family lain disitu..dan ayah aku menghampiri satu keluarga tu untuk bertanya jam berapa untuk pendaftaran. Rupanya waktu pendaftaran pukul 9 pagi..Jadi kami agak awal sampai..so ayah aku ajak kami pergi makan selain suruh aku siapkan diri untuk daftar nanti.
Kami pun bersarapan di depan KUSZA,selepas bersarapan kami ke Masjid KUSZA untuk siapkan diri.Aku pun mandi disitu dan aku lihat masjid KUSZA cukup besar dan dilengkapi pelbagai kemudahan.Jam hampir pukul 9pg..kami bergerak ke KUSTEM semula. Abang aku pula yang ambik tugas memandu sebab kawannya sudah penat memandu sejak malam tadi. Kami park van di Padang bola yang pasti menjadi tempat aku bermain bola nanti..aku ni jenis kaki bola..so dah ada padang nanti boleh la aku main.. Aku pun bergerak menuju tempat pendaftaran. Menemani aku adalah abah,mak,akak dan adik ku. Tapi mereka sibuk melihat kawasan sekitar dan aku pula sibuk mengisi pelbagai borang. Selesai mendaftar, kene lak pergi dengar taklimat untuk mereka yang telah mendaftar selain mengetahui tentang PTPTN. Antara perkara taklimat yang diberikan adalah visual sekitar KUSTEM serta perancangan pembangunan yang akan dilakukan pada masa depan. Bila lihat visual itu..aku mula yakin dengan KUSTEM..cantik gak KUSTEM ni.Berbalik pada PTPTN tadi, pasti semua tahu pasal PTPTN kan . aku perlukan pinjaman ini untuk survive disini. Bukan aku je..maybe orang lain pun perlukan bantuan kerajaan ini..Maklumlah kebanyakkan kami bukan orang kaya. Selesai segala urusan pendaftaran, aku diberi nama asrama dan no bilik..agak-agak berapa orang yek..pegawai Kustem juga memberi maps ke Asrama itu.Katanya berhampiran Pantai mengabang Telipot dan sebelah je kawasan KUSTEM ini. Maksudnya kene keluar dari Kolej ini lah yak..
Perjalanan ke asrama memakan masa lebih kurang 4-5minit.. “eh..macam mana aku nak g kuliah nanti yek..dah la aku xbawak moto ke apa” pikir ku.. sampai je di Asrama KUSTEM, aku nampak ada 6 Blok asrama… kelihatan ramai student kat kawasan itu.. memang lah ramai student, nama pun asrama…aparak..tapi yang aku pelik da gak student KUSZA keluar masuk dalam Asrama KUSTEM..aku salah tempat ke..ahhh lantak lah..baik aku cepat dapatkan bilik aku..dah lah panas sekarang ni..aku pun tengok jam Handphone Nokia 3310(masa tu mana ada lagi HP cangih-cangih) dah pukul 1 lebih..lama jugak aku g daftar tadi..sampai je di blok yang seperti dalam surat daftar tadi, kami disambut baik oleh urusetia penginapan. Aku pun diberi kunci dan no bilik.selain itu juga aku dimaklumkan yang aku mempunyai 3 lagi roommate dari sama jurusan. Selain itu aku juga diberitahu yang student KUSTEM berkongsi asrama dengan student KUSZA tetapi blok berasingan. “eh nape macam tu”tanya ku ..Pihak KUSTEM dikatakan telah membeli Blok kediaman tetapi buat sementara student Kustem perlu berkongsi dengan student Kusza atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
“Tak apa lah encik, saya tak kisah pun sebab saya pasti Pihak KUSTEM ada perancagan untuk kami”…...jawab ku
“ Untuk Pengetahuan adik sekeluarga, Pihak KUSTEM akan membina Kolej kediaman yang baru dalam masa terdekat ini selepas siap 3 bangunan di hadapan KUSTEM itu”balas urusetia itu
“ Bangunan yang besar itu…bangunan apa tu yek” tanya ku,
“Satu bangunan Canselori dan pentadbiran,satu lagi perpustakaan dan satu lagi yang bentuk macam penyu tu dewan konvo” Jawab Urusetia itu kembali.
“ohhh..cantik gak yek”hehehe.. Setelah itu Kami dihantar oleh salah seorang urusetia ke bilik aku..terima kasih aku ucapkan sebab sudi hantar aku sampai ke bilik.. aku nampak bilik aku terbukak je..mesti ada orang ni.. Masuk je bilik itu ada seorang lelaki bersama ayah dan ibunya.aku pun terus memperkenalkan diri aku dan dia menyuruh aku memanggil dia Muin. “ kau dari mana? Aku dari pahang.” Tanya ku.. “ eh samalah,aku pun dari pahang tapi dari rompin”jawabnya… Kami berbual sambil mengemas katil dan barang masing-masing.Manakala ayah dan ibu ku berborak dengan keluarga Muin. Yang adik aku ni sibuk membebel suruh aku cepat sikit sebab dia lapar. Siap kemas bilik aku pun bagitahu muin yang aku nak kuar makan dan hantar keluarga aku balik jap lagi.. “ Jap lagi kita borak lagi yek”
Kami sekeluarga makan di cafeteria Asrama… best gak makan dekat sini . hehehe… Aku lihat ramai student baru makan gan keluarga masing-masing.. yelah jap lagi masing-masing berpisah dengan keluarga termasuklah aku sendiri..hati ni dah mula sedih.. Siap makan kami gerak ke pintu masuk Asrama Kustem, sebab van parking diluar tadi..aku tengok kawasan luar ini banyak kedai-kedai makan..senang lah aku nak makan nanti..hehehe.. aku megiringi keluarga aku ke van kerana sebentar lagi mereka akan pulang.maka tinggal lah aku disini untuk selama 3 tahun. Suasana sedih mula terasa..ye lah merantau jauh ditempat orang, takda saudara mara atau kawan-kawan yang aku kenal kat sini.susah senang nanti perlu aku laluinya tanpa keluarga aku. Mungkin inilah dinamakan berdikari.
Aku pun salam dengan Abah dan mak …sempat mereka berpesan supaya aku jaga diri dan berlajar bersungguh-sungguh supaya aku berjaya nanti..sedih aku bila mak gan abah peluk dan cium aku sebab sekejap lagi mereka akan pulang ke pahang semula. Aku memang sedih masa tu tapi nape susah nak menitiskan air mata..Yang adik perempuan aku ni sibuk perli aku cakap aku macam sedih je diaorang nak balik. “Mesti lah sedih wehhh “ …jawab aku.Aku pun bersalam gan abang,akak ,adik dan kawan abang aku sambil mengucapkan terima kasih sebab sudi hantar kami ke sini. Van pun mula bergerak meninggalkan aku..tinggal lah aku di sini sendirian..aku perlu lalui kehidupan mahasiswa KUSTEM dan perlu pastikan aku berjaya mendapatkan ijazah . Moga aku takkan hampakan ibubapa ku..Insya’allah…
*Bersambung.. Part 3
rindu alam u sgt2...rasa cm smlam je register....tup2 da 7 taun dftr msk kustem.....yg pasti sgt rindu terengganu
ReplyDelete