QPR vs Cardiff City
QPR dan Cardiff City , kedua-duanya kelab yang hangat diperkatakan pada masa kini kerana dimiliki oleh dua usahawan yang berjaya di Malaysia . Tan Sri Vincent Tan/Datuk Chan Tien Ghee pemilik bersama Cardiff City yang dibeli 2 tahun lepas manakala QPR pula dimiliki oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun pada 18 atau 19 ogos 2011. Pemilikan kedua-dua kelab Inggeris ini membuktikan Negara Malaysia tidak ketandusan hartawan yang bukan sahaja berjaya di Malaysia malah diperingkat antarabangsa. Inilah hasil dari pembangunan ekonomi yang terus-menerus maju malah mereka juga seiring dalam mempromosikan nama Malaysia di mata dunia melalui industri sukan.
* Juga dikenali sebagai bluebird yang kini beraksi dalam divisyen 1 liga Inggeris (NPower League)
telah dua kali melakukan percubaan untuk beraksi dalam Inggeris Premier League iaitu pada musim 2009-2010 dan 2010-2011 namun gagal dalam penentuan playoff.
* Promosi nama Malaysia di jersi Cardiff City adalah satu cara untuk menarik minat penonton seluruh dunia mengetahui tentang Negara Malaysia.Secara tidak langsung dapat mempromosi pemilik Cardiff City dimata dunia.
* Craig Bellamy merupakan pinjaman sensasi bagi Cardiff City kerana pemain ini agak terkenal di liga perdana Inggeris . Beliau yang juga pemain asal kelab Manchester city telah memberi impak besar pada Cardiff City pada musim lepas namun pemain ini terlepas perlawanan akhir dalam saingan NPower serta Playoff untuk ke Premier League kerana faktor kecederaan.
* Sumbangan yang dilakukan oleh kelab Cardiff City kepada Malaysia adalah membantu persekutuan bolasepak Malaysia ( FAM ) untuk membangunkan industri bolasepak Malaysia seperti mengadakan Klinik Bolasepak.
* Cardiff City juga telah menawarkan para pemain dalam simpanannya untuk beraksi dalam liga super ( Malaysia ) pada musim depan selepas FAM membenarkan penggunaan awang Import.
* Merupakan kelab yang bersaing dengan Cardiff City untuk beraksi di EPL pada musim ini namun
QPR lebih bernasib baik kerana berjaya dalam perlawanan terakhir di NPOWER .
* Permulaan yang agak mengecewakan apabila tewas 0-4 kepada Bolton pada perlawanan pertama namun dengan pertukaran pemilik yang baru dari Malaysia telah memberi semangat kepada pengurus Neil Warnock serta pemain untuk terus memberi aksi yang terbaik dalam liga sebagai hadiah kepada Tan Sri Tony Fernandes.
* Visi pemilik kelab juga mahu kelab ini berdaya saing dalam liga yang penuh kelab terkemuka ini. Malah menjadi harapan Tan Sri Tony Fernandes supaya kelab ini akan kekal dalam saingan EPL.
* Tan Sri Tony Fernandes juga memberi sokongan penuh kepada Pengurus Pasukan dalam membentuk pasukan ini malah beliau memberi lampu hijau untuk membeli 4 pemain baru. Antara yang berada dalam pemerhatian Tan Sri Tony Fernandes adalah Scott Parker dari West Ham ( Tan Sri Tony adalah peminat kelab West Ham )
Diharap dengan adanya rakyat Malaysia dalam saingan EPL dan NPower, dapat memberi kesan positif bagi sukan bolasepak Malaysia kerana ini lah masanya untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pemain kita beraksi dalam kedua-dua kelab ini. Tidak mustahil dalam masa terdekat ini ada pemain Malaysia akan bermain dalam kejohanan yang hebat ini. Itulah kesan yang kita mahukan dari pelaburan 4 rakyat Malaysia ini. Tan Sri Vincent Tan/Datuk Chan Tien Ghee ( Cardiff City fc ) dan Tan Sri Tony Fernandes/Datuk Kamarudin Meranun ( QPR fc), tahniah kerana mengharumkan nama Malaysia dimata dunia.Teruskan usaha mempromosikan Malaysia serta membangunkan Industri bolasepak Malaysia .
No comments:
Post a Comment