Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Monday, 29 August 2011

M.NASIR -komposer,penyanyi,penulis lirik,pengarah filem/drama,pelakon,pelukis,pemuzik,penerbit dan ahli perniagaan


LAGU DUET SIFU & DIVA-M.NASIR/SITI NURHALIZA
BAGAIKAN SAKTI

M.Nasir

M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir bin Mohamad (Lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, serta pelukis yang menetap di Malaysia. M. Nasir dilahirkan di Singapura. Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia.

KERJAYA

Beliau merupakan pengasas Kumpulan Kembara pada tahun 80-an. M.Nasir juga merupakan pemilik Luncai Emas Sdn Bhd & Pengetua Akademi Fantasia 3. malah adik lelaki M.Nasir iaitu Dzul juga aktif dlm bidang seni di Singapura. Selaku komposer, beliau merupakan insan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi , Misha Omar dan Hafiz AF7. Antara lagu-lagu ciptaannya adalah:
  1. Hati Emas (Kembara)
  2. Hingga Akhir Nanti (Alleycats)
  3. Sekuntum Mawar Merah (Alleycats)
  4. Mustika (M. Nasir)
  5. Mentera Semerah Padi (M.Nasir)
  6. Fantasia Bulan Madu (Search)
  7. Istana Menanti (Rahim Maarof)
  8. Kerja Gila (Amy Search)
  9. Sejati (Wings)
  10. Ukiran Jiwa (Awie)
  11. Mahligai Syahdu (Hattan)
  12. Senja Nan Merah (Awie & Ziana)
  13. Menanti (Ella)
  14. Dari Kekasih Kepada Kekasih (Hattan)
  15. Ghazal Untuk Rabiah (M. Nasir & Jamal Abdillah)
  16. Takdir Penentu Segala (Jamal Abdillah)
  17. Sandarkan Pada Kenangan (Jamal Abdillah & Siti Sarah)
  18. Tiara (Kris)
  19. Aku Dah Bosan (Amy)
  20. Nurnilam Sari (Awie & Search)
  21. Cinta Sakti (Def Gab C)
  22. Andalusia (M. Nasir)
  23. Phoenix Bangkit Dari Abu (M. Nasir)
  24. Manis Dalam Pulang (Umie Aida)
  25. Cinta Dewa Dewi (Spider)
  26. Aduh Saliha (Mawi)
  27. Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M. Nasir)
  28. Juwita Citra Terindah (M. Nasir)
  29. Nafas Cahaya (Misha Omar)
  30. Angan dan Sedar (Mawi)
  31. Cinta Zulaikha (Mawi)
  32. Dejavu Syura
  33. Ada Masa Mata /Bagaikan Sakti/Hanya Semalam (Dato' Siti Nurhaliza)
  34. Awan Nano - Hafiz AF7

Diskografi

Album Solo

  1. Untuk Pencinta Seni (1979)
  2. Dia Ibuku (1981)
  3. Solo (1989)
  4. Saudagar Mimpi (1992)
  5. Canggung Mendonan (1993)
  6. Konsert Akar M. Nasir - Manifestasi Akustika (1995)
  7. Terbaik M. Nasir (1998)
  8. Srikandi Cintaku (1999)
  9. Prahara Seni Abadi (2001)
  10. Phoenix Bangkit (2001)
  11. Sang Pencinta (2006)

Album Bersama Kembara

  1. Kembara (1981)
  2. Perjuangan (1982)
  3. Generasiku (1983)
  4. Seniman Jalanan (1984)
  5. 1404 Hijrah (1984)
  6. Duit (1985)
  7. Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1986)

Album Kompilasi

  1. Irama M. Nasir (inst) (1982)
  2. Lagu-Lagu Koleksi Kembara (1985)
  3. Lagu-Lagu Koleksi Kembara 2 (1989)
  4. Kembara Koleksi 1 (1991)
  5. Lagu-Lagu Hits Ciptaan Komposer M. Nasir - Berbilang artis (1992)
  6. Bunyi Yang Dilihat - Karyacipta M. Nasir - Berbilang artis (1992)
  7. Bunyi Yang Dilihat - Karyacipta M. Nasir Vol. 2 - Berbilang artis (1992)
  8. Karya Abadi M. Nasir - Berbilang artis (1993)
  9. Mentor (1994) - Hattan
  10. Yang Terbaik Dari M. Nasir - Berbilang artis (1995)
  11. Masihkah Ingat... Kembara 1981-1985 (1995)
  12. Koleksi Original 2 Kembara (1995)
  13. Sentuhan Ajaib M. Nasir - Berbilang artis (1995)
  14. Konsert Akar M. Nasir - Manifestasi Akustika (1995)
  15. Masihkah Ingat... M. Nasir & Yunizar Hussein (M. N)(1995)
  16. Dua Pencipta Slow Rock (Dedd) (1997)
  17. Gabungan Saleem Iklim & M. Nasir (1998) - Saleem
  18. 2 Dalam 1 - Kembara & Perjuangan (1998)
  19. 2 Dalam 1 - Duit & Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1998)
  20. Si Fu (1999) - Real
  21. Terimakasih M. Nasir.. Koleksi Klasik (1999)
  22. Koleksi Klasik Kembara (1999)
  23. Sentuhan Berhantu - J. S. Kevin dan M. Nasir - Berbilang Artis (1999)
  24. Si Fu - M. Nasir - 14 Karya Terbaik - Berbilang Artis (2000)
  25. Aku & Mentor (2000) - Hattan
  26. Best of M. Nasir Dengan Kembara (2001)
  27. Prahara Seni Abadi (2001)
  28. Best Of Kembara (2001)
  29. Karya Emas M. Nasir - Berbilang Artis (2002)
  30. Sentuhan Terbaik M. Nasir - Berbilang Artis (2002)
  31. Koleksi Klasik 2 Lagenda Rock - Sweet Charity vs Kembara (2002)
  32. M. Nasir vs Ebiet G. Ade - Penyair Nusantara (2002)
  33. M. Nasir No. 1 "Dulu Dan Kini" (2002)

Single

  1. Demi Kedamaian (dgn Artis-Artis Polygram)(1980)
  2. Joget Berpantun (suara latar bagi Yunizar Hussein) (1980)
  3. Adam Dan Hawa (suara latar bagi Al Jawaher) (1982)
  4. Perjalanan 2 (duet dgn Al Jawaher) (1982)
  5. Semalam Semalam (suara latar bagi Yunizar Hussein) (1982)
  6. Pada Satu Kedudukan (suara latar bagi Search) (1986)
  7. Sabarlah Sayang (duet dgn Sharifah Aini) (1989)
  8. Kenangan (1992)
  9. Satu Hari Di Hari Raya (1994)
  10. Bersama Berdua (1994)
  11. KepadaMu Kekasih (dgn Hattan & Jamal Abdillah) (1994)
  12. Jikalau Berkasih (1994)
  13. Serumpun Tak Bisa Luroh (dgn Artis-Artis BMG/Sony Music) (1994)
  14. Ghazal Untuk Rabiah (duet dgn Jamal Abdillah) (1995)
  15. Hati Emas (unplugged) (1995)
  16. Musafir Di Aidilfitri (1995)
  17. Dunia Impian Kita (1995)
  18. Ya! Sidi Mustafa (1996)
  19. Tinggalkan Satu Peluru (1996)
  20. Mencari Amerika (duet dgn Dr Wan) (1996)
  21. Ala Canggung (duet dgn Ramlah Ram) (1998)
  22. Salam Dunia (lagu Hari Raya) (2001)
  23. Senandung Sayang (duet dgn Aishah) (2001)
  24. Juwita...(Citra Terindah) (2006)

Filem yang dibintanginya

  1. Kembara Seniman Jalanan (sebagai Bujang/Jebat)
  2. Selubung (sebagai Kamal)
  3. Fenomena (sebagai Hassan)
  4. Balada (sebagai Desa)
  5. Simfoni Duniaku (sebagai Iskandar)
  6. Merah (bertindak sebagai pengarah & pelakun. Sebagai Hassan)
  7. Perempuan Melayu Terakhir (Cameo)(sebagai M.Nasir)
  8. Putih (suara Putera Aftus)
  9. Puteri Gunung Ledang (sebagai Hang Tuah)
  10. Magika (sebagai Penunggu Tasik Chini)

Drama TV yang dibintanginya

  1. Hello (1993) Heroin: Tiara Jacquelina & Umie Aida
  2. Salam Taj Mahal (2000) Heroin: Umie Aida
AWARDS

M.Nasir has received a variety industry awards including:
  • Best Song Award (Malaysian Film Festival);
  • Overall Winner Award three times in Juara Lagu;
  • Four out of five awards for Juara Lagu (1994);
  • Best Male Vocal and Best Rock Album in Anugerah Industri Muzik, 2000;
  • Most Popular Male Singer; Best Album, Best Vocal Performance, Best Pop Album, Best Album Cover and Anugerah Sri Wirama at Anugerah Industri Muzik;
  • Top Composer in Anugerah MACP (2002–2007 )
  • Song of the Year - AIM 14 (2006) for Juwita Citra Terindah
  • Song of the Year - AIM 16 (2008) for Nafas Cahaya sung by Misha Omar
Nominated for all categories in TV3 Juara Lagu (RATNAKU) – Pop, (SAMPAI HATI) – Ballad and (INANG BUJANG DAN DARA) – Irama Malaysia.
1994 Record Breaking Achievement in TV3 Juara Lagu Won 4 awards from 5 nominated, Best Song Irama Malaysia (BONDA), Best Song in Pop Rock (TANYA SAMA ITU HUD HUD), Best Performance (TANYA SAMA ITU HUD HUD) and Overall Best Song Of The Year(TANYA SAMA ITU HUD HUD)
Silver Award by Malaysian Video Awards for his videoclip (MENTERA SEMERAH PADI) directed himself.
His solo concert “KONSERT CANGGUNG M.NASIR” at Stadium Negara was considered Concert Of The Year 1994
1995 ‘Most Popular Artiste 1994’ Anugerah Bintang-Bintang Popular organized by Berita Harian‘Augerah Khas’ by TV3 for being the composer with the most compositions in the history of Muzik-Muzik from 1985–1995
His live acoustically concert ‘KONSERT AKAR M.NASIR’ at Dewan Merdeka, PWTC was highlighted as Concert Of The Year by Utusan Malaysia
1996 Awarded ‘AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.) by DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
1997 Won Best Film in Anugerah Skrin TV3 for his directed film ‘MERAH” Represent Malaysia in Asia Pacific Film Festival in Cheju, Korea Represent Malaysia in East Asia Film Festival, P.Pinang
1999 Won Best Song in Irama Malaysia Categories and Overall Best Song for (GHAZAL UNTUK RABIAH), his composition co-written with Jamal Abdillah in TV3 Juara Lagu
2000 Won Best Song in Pop Rock Categories and Overall Best Song (ANDALUSIA) in TV3 Juara Lagu
2001 Anugerah Pencipta Terunggul MACP for year 1999, for being composer with the most royalties collection Awarded ‘Rock Composer’ by PAPITA Most Popular Male Singer in Anugerah Bintang-Bintang Popular organised by Berita Harian & RTM Anugerah Industri Muzik (AIM) for Best Male Vocal Performance in Srikandi Cintaku Album and Best Rock Album Producer for AKU – AMY) Represented Malaysia in Music Bridge/Expo 2000 International Song Collaboration in Germany Awarded ‘AHLI MAHKOTA PAHANG (AMP)’ by DYMM Sultan Pahang
2001 Best TV Performer in Anugerah Sri Angkasa RTM Anugerah Majalah URS for Most Glamour Male Artiste Anugerah Planet Muzik in Singapore for Popular Male Artiste, Best Male Artiste and Best Album (PHOENIX BANGKIT)
2002 Anugerah WIRAMA in Anugerah Indusri Muzik for great contribution towards music industry
2004 Lead Actor in the most expensive Malaysian movie, PUTERI GUNUNG LEDANG
2005 Head Principal of ‘Akademi Fantasia Season 3’
2002-2011 Top Composer in Anugerah MACP (2002–2007 )
2009 Konsert Alam Muzik by M.Nasir at Istana Budaya
2011 Awarded ‘DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (DIMP)' by Sultan Pahang for ‘Dato’ title.

From Wikipedia, the free encyclopedia

Saturday, 27 August 2011

AKU,DIA & PEPSI




 Filem/Drama ini mengisahkan pengalaman seorang suami melalui kehidupan dengan penuh cabaran dan ranjau berkeluarga.Tanpa disedari berlaku peristiwa penuh tragis,emosi  dan pembelajaran.....

Dibintangi Oleh:
AZZAHA AZMI

MOHD ZULKERNAIN
TREX-COMEL
MOHD TAJUDDIN
NORHIDAYAH
SUHAIDAWATI
KASMAH
RAFIQA
ROHAIDAH
HAELMIE
JASMINE

UNDANGAN  KHAS
ROZALIFAH
NORSAFINAH
MR.ERIC
WAN FAZIANIWATI
ADIK HAIKAL HANIF

SUNTINGAN KHAS
AZHANI AMAT KHAIRI

*Terima kasih kepada pihak yang menjayakan dan memberi sokongan dalam menghasilkan filem/drama pendek ini.Kerjasama yang baik antara ahli kumpulan telah memberikan hasil yang terbaik .Inilah hasil yang terbaik semasa menuntut di Universiti Malaysia Terengganu. Pihak Universiti memberi kami peluang untuk mengembangkan lagi bakat kami selain hanya menuntut ilmu.Terima kasih kami ucapkan.

Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kene mengena antara hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Yang baik jadi pengajaran,yang buruk jadikan sempadan..Cerita ini hanyalah tujuan pembelajaran dan bukan untuk tujuan komersil. Diharap tiada pihak tersingung dengan filem/drama ini.Jika ada, kami(saya) memohon maafkan kepada pihak yang terlibat.

HAKCIPTA TERPELIHARA ©

Monday, 22 August 2011

Wanita dan Shopping

Wanita dan Shopping

Wanita memang sinonim dengan istilah shopping..berbelanja sakan..biar papa asalkan bergaya. “engkau orang ini boleh demam agaknya kalau tak habiskan duit dengan shopping tu” . Itulah yang sering dikatakan oleh golongan lelaki kepada wanita tidak kira ayah,suami,pakwe,abang dan sebagainya.Tapi apa yang dikatakan oleh golongan lelaki kadang-kadang tidak diambil peduli oleh wanita. Kami (wanita) tak kacau orang pun..kami bukan ambik free( bukan Curilah tu),kami pakai duit kami sendiri (yelah tu..kadang-kadang yang jadi mangsa “paw” adalah kaum lelaki). Dah tu aktiviti kami..dari kami duduk tak buat apa baik kami pergi menjana ekonomi Negara ( weekend, kalau bosan mesti wanita akan pergi shopping punya.. ). Ada diantara wanita menjadikan shopping sebagai hobi utama mereka...tengok je dekat biodata mereka di facebook,tagged .Cuba bayangkan..jika lelaki yang hobinya main bolasepak akan main bolasepak setiap hari inikan lak wanita yang hobinya adalah shopping,adakah mereka akan bershopping setiap hari???? Jika Shopping yang seperti membeli barangan keperluan harian tak apa lah..tak beli nanti, kebulur lak suami gan anak-anak .Tapi ini Shopping yang lain..Wanita pasti akan mengetahuinya lebih dari lelaki.

Tapi tidak dinafikan ada baik buruknya jika kuat shopping. Antaranya adalah seperti berikut:

Kebaikan :
1)      Sentiasa menjaga barangan untuk seisi keluarga seperti baju suami,anak-anak .
2)      Lebih peka dengan situasi pasaran harga semasa seperti bila ada SALE yang murah. Dengan ini mereka akan dapat lebih berjimat.sebab tau mana ada 50% Disc,70%disc ke.
3)      Merancakkan ekonomi domestik kerana dengan banyak berbelanja dapat meningkat permintaan sesuatu barang. Bila ini berlaku , ekonomi lebih maju dan banyak peluang kerja akan wujud ( seperti supermarket )
4)      Menjaga Kesihatan diri – Contohnya jika pergi ke 10 buah kedai kasut untuk membuat pilihan, mereka akan pergi ke kedai pertama sekali untuk membelinya. Jadinya mereka akan bersenam tangan ( memilih kasut ) kaki ( berjalan antara 10 buah kedai ).Memang penat ( berpeluh kita mengikutnya )*pengalaman ikut awek
5)      Mengeratkan Silaturahim-Wujud ikatan yang erat jika kita luangkan bersama orang yang kita sayang bershopping. Nak lak 3-4jam pilih baju kat kedai.mesti banyak kenangan manis masa tu. Selain itu juga tauke kedai akan lebih kenal pelanggannya..” ini olang saya punya regular customer..selalu mali ini kedai and borong banyak…ada bagus ini olang..inilah dikatakan kawan ma..”hehehe
6)      Apa guna cari duit banyak-banyak jika tak dapat beli barang yang kita mahukan..memang dimata orang nampak membazir..tapi dah mampu..apa salahnya.





Keburukan :

1)      Pembaziran-Membeli barang yang tidak sepatutnya dibeli sedangkan barang itu masih boleh digunakan..Seperti membeli Sofa baru untuk raya sedangkan Sofa lama masih elok lagi.nak lawan jiran sebelah la tu
2)      Suami dan anak-anak akan menunggu ibunya bershopping di ruang legar supermarket. Kesian kan kami ibu…jangan lah borong semua..nanti kami juga kene angkat..dah kami tunggu lama ni..huhuhu
3)      Pembelanjaan keluarga akan bertambah (pembelanjaan yang tidak berpatutan)…akan berlaku krisis keluarga jika tidak dibendung secepat mungkin. Sebab masing-masing akan mencari salah pasangan mereka jika bil kad kredit melambung ke apa ke.
4)      Lelaki akan takut dengan wanita jenis ini- “aduh..gaji aku adalah RM500.00..dia lak ajak g shopping dekat Paris lak..mampus kawan macam ni weh”
5)      Menggunakan masa yang sangat lama…nak beli 1 barang je…tapi makan masa 3 jam…katanya nak cari kepuasan semasa memilih barang..aduh…3 jam leh g KL-Genting pergi balik…


Namun apa yang penting adalah berjimat dalam setiap sen yang kita keluarkan. Kerana setiap sen itu sangat bernilai bagi mereka yang mencarinya. Adalah lebih baik di bulan yang mulia ini kita banyakkan berbelanja ( sedekah ) kepada mereka yang memerlukan..semoga mereka dapat merasaikan nikmat hari raya seperti kita semua Berbelanja tidak salah namun harus sentiasa beringat supaya tidak membazir. Tidak kira wanita atau lelaki , tetap akan shopping jika ada peluang. Tapi ingat lah.. jadilah pengguna yang bijak bila berbelanja.


Sunday, 21 August 2011

JANGAN MENGELUH - Kita selalu Bertanya..dan Al-Quran sudah menjawabnya.......

JANGAN MENGELUH ..........
 
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
 
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
 
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
 
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
 
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
 
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
 
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
 
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
 
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( KUSTEM ) CINTA PERTAMA KU – PART 2.

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( KUSTEM ) CINTA PERTAMA KU – PART 2.

*Sambungan dari Part 1

“Bila nak sampai ni, aduhhhhh jauh sangatlah KUSTEM ni”..keluh ku …..

Perjalanan dah hampir  4 jam.. sangat-sangat memenatkan badan jalan jauh-jauh ni, biasa nye paling jauh pun 2 jam je.itu pun pergi ke Kuala Lumpur je.aku tengok akak ,adik perempuan dan mak ku dah tido ..mungkin penat kot jalan jauh-jauh. Yang tak tido, aku,ayah aku, abang dan kawan dia. Masa tu, yang drive kawan abang aku so abang aku kene teman dia untuk beborak..tak lah dia mengantuk sangat. Tapi yang pelik nape ayah aku tak tido. Bila tanya nape abah tak tido , dia jawab “taka pa, abah tak mengantuk lagi”.maybe dia teruja anak dia nak masuk KUSTEM..Yelah,ibubapa mana yang tak gembira bila anak mereka dapat masuk U kan.

Tapi penat tu terubat bila lihat pemandangan sepanjang laluan di Bandar perindustrian Petronas di Paka yang indah di waktu malam..siapa yang pernah melaluinya akan mengetahui keadaan ketika itu.Kawasan perindustrian Minyak yang sangat besar dan diterangi cahaya lampu serta api yang menjulang ke langit . Itu adalah aktiviti rutin di Bandar ini iaitu memproses minyak mentah. Selain itu juga, laluan dipantai juga cukup indah dengan suasana pantai yang diterangi cahaya bulan..macam dalam filem lak suasana masa tu…terutama bila sampai di Rantau Abang…kadang-kadang pikir gak,bestnya duduk tepi pantai..walaupun panas siang hari tapi bila malam suasana nyaman sangat..bunyi ombak lagi..bestnya..hehehehe..Kami akhirnya sampai di Marang  betul-betul azan subuh berkumandangan..kami berserta ayah berhenti untuk menunaikan solat subuh di Masjid Haji Hadi…nama betul masjid tu tidak diketahui kerana waktu yang masih gelap..ye lah pergi masjid bukan nak tengok nama masjid kan..tapi orang situ panggil nama masjid haji Hadi..entahlah…Ayah aku kata ni kawasan parlimen Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Dia selalu solat dan menjadi Iman di Masjid ini.

Selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke KUSTEM.Akhirnya kami sampai di Bandar Kuala Terengganu.. Ternampak papan tanda pantai batu burok. Pantai yang selalu di promosi dalam TV… “nanti aku nak g jalan-jalan dekat sini lah” hehehehe.. orang cakap cantik, mesti banyak penyu kat situ... Lebih kurang jam 7 pagi kami sampai di depan KUSTEM atau lebih dikenali Kolej Universiti Sains Dan Teknologi Malaysia… Kelihatan 3 Bangunan yang dalam pembinaan berhampiran pintu keluar masuk.. “ aik mana U nye, tak macam U je.”hatiku mula risau..

Ayah ku mengajak kami masuk ke dalam Kustem untuk menyesuaikan diri dengan jalan di dalam U ini. Sepanjang laluan hanya kelihatan bahan dan jentera pembinaan sahaja..Pokok-Pokok kecil baru mula di tanam. Rumput pun baru nak tumbuh. ..  “Ni kalau tengahari mesti panas giler nanti”. Kami pun melalui bangunan yang tertera nama Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi (FPE). Didepannya adalah Padang Bola.. “takda stadium ke…” aku mula berbicara. Yang lain hanya berdiam diri sahaja…Kami meneruskan perjalanan dan melalui Dewan Serbaguna Kustem yang serdahana besar.sampai di satu kawasan lapang,kelihatan banyak bas tertera nama kustem..aik..takkan besar ni je KUSTEM, mana Asrama???..kami pun keluar dari Van..terus terdengar bunyi ombak..ehhh..ada pantai ke kat belakang ni. “Boleh aku mandi tiap-tiap hari nanti”hehehe usik hati ku yang gembira sedikit (bukan selalu dapat mandi laut )..aku lihat ada jugak lah family lain disitu..dan ayah aku menghampiri satu keluarga tu untuk bertanya jam berapa untuk pendaftaran. Rupanya waktu pendaftaran pukul 9 pagi..Jadi kami agak awal sampai..so ayah aku ajak kami pergi makan selain suruh aku siapkan diri untuk daftar nanti.

Kami pun bersarapan di depan KUSZA,selepas bersarapan kami ke Masjid KUSZA untuk siapkan diri.Aku pun mandi disitu dan aku lihat masjid KUSZA cukup besar dan dilengkapi pelbagai kemudahan.Jam hampir pukul 9pg..kami bergerak ke KUSTEM semula. Abang aku pula yang ambik tugas memandu sebab kawannya sudah penat memandu sejak malam tadi. Kami park van di Padang bola yang pasti menjadi tempat aku bermain bola nanti..aku ni jenis kaki bola..so dah ada padang nanti boleh la aku main.. Aku pun bergerak menuju tempat pendaftaran. Menemani aku adalah abah,mak,akak dan adik ku. Tapi mereka sibuk melihat kawasan sekitar dan aku pula sibuk mengisi pelbagai borang. Selesai mendaftar, kene lak pergi dengar taklimat untuk mereka yang telah mendaftar selain mengetahui tentang PTPTN. Antara perkara taklimat yang diberikan adalah visual sekitar KUSTEM serta perancangan pembangunan yang akan dilakukan pada masa depan. Bila lihat visual itu..aku mula yakin dengan KUSTEM..cantik gak KUSTEM ni.Berbalik pada PTPTN tadi, pasti semua tahu pasal PTPTN kan. aku perlukan pinjaman ini untuk survive disini. Bukan aku je..maybe orang lain pun perlukan bantuan kerajaan ini..Maklumlah kebanyakkan kami bukan orang kaya. Selesai segala urusan pendaftaran, aku diberi nama asrama dan no bilik..agak-agak berapa orang yek..pegawai Kustem juga memberi maps ke Asrama itu.Katanya berhampiran Pantai mengabang Telipot dan sebelah je kawasan KUSTEM ini. Maksudnya kene keluar dari Kolej ini lah yak..

Perjalanan ke asrama memakan masa lebih kurang 4-5minit.. “eh..macam mana aku nak g kuliah nanti yek..dah la aku xbawak moto ke apa” pikir ku.. sampai je di Asrama KUSTEM, aku nampak ada 6 Blok asrama… kelihatan ramai student kat kawasan itu.. memang lah ramai student, nama pun asrama…aparak..tapi yang aku pelik da gak student KUSZA keluar masuk dalam Asrama KUSTEM..aku salah tempat ke..ahhh lantak lah..baik aku cepat dapatkan bilik aku..dah lah panas sekarang ni..aku pun tengok jam Handphone Nokia 3310(masa tu mana ada lagi HP cangih-cangih) dah pukul 1 lebih..lama jugak aku g daftar tadi..sampai je di blok yang seperti dalam surat daftar tadi, kami disambut baik oleh urusetia penginapan. Aku pun diberi kunci dan no bilik.selain itu juga aku dimaklumkan yang aku mempunyai 3 lagi roommate  dari sama jurusan. Selain itu aku juga diberitahu yang student KUSTEM berkongsi asrama dengan student KUSZA tetapi blok berasingan. “eh nape macam tu”tanya ku ..Pihak KUSTEM dikatakan telah membeli Blok kediaman tetapi buat sementara student Kustem perlu berkongsi dengan student Kusza atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

“Tak apa lah encik, saya tak kisah pun sebab saya pasti Pihak KUSTEM ada perancagan untuk kami”…...jawab ku

“ Untuk Pengetahuan adik sekeluarga, Pihak KUSTEM akan membina Kolej kediaman yang baru dalam masa terdekat ini selepas siap 3 bangunan di hadapan KUSTEM itu”balas urusetia itu

“ Bangunan yang besar itu…bangunan apa tu yek” tanya ku,

“Satu bangunan Canselori dan pentadbiran,satu lagi perpustakaan dan satu lagi yang bentuk macam penyu tu dewan konvo” Jawab Urusetia itu kembali.


“ohhh..cantik gak yek”hehehe.. Setelah itu Kami dihantar oleh salah seorang urusetia ke bilik aku..terima kasih aku ucapkan sebab sudi hantar aku sampai ke bilik.. aku nampak bilik aku terbukak je..mesti ada orang ni.. Masuk je bilik itu ada seorang lelaki bersama ayah dan ibunya.aku pun terus memperkenalkan diri aku dan dia menyuruh aku memanggil dia Muin. “ kau dari mana? Aku dari pahang.” Tanya ku.. “ eh samalah,aku pun dari pahang tapi dari rompin”jawabnya… Kami berbual sambil mengemas katil dan barang masing-masing.Manakala ayah dan ibu ku berborak dengan keluarga Muin. Yang adik aku ni sibuk membebel suruh aku cepat sikit sebab dia lapar. Siap kemas bilik aku pun bagitahu muin yang aku nak kuar makan dan hantar keluarga aku balik jap lagi.. “ Jap lagi kita borak lagi yek”

Kami sekeluarga makan di cafeteria Asrama… best gak makan dekat sini . hehehe… Aku lihat ramai student baru makan gan keluarga masing-masing.. yelah jap lagi masing-masing berpisah dengan keluarga termasuklah aku sendiri..hati ni dah mula sedih.. Siap makan kami gerak ke pintu masuk Asrama Kustem, sebab van parking diluar tadi..aku tengok kawasan luar ini banyak kedai-kedai makan..senang lah aku nak makan nanti..hehehe.. aku megiringi keluarga aku ke van kerana sebentar lagi mereka akan pulang.maka tinggal lah aku disini untuk selama 3 tahun. Suasana sedih mula terasa..ye lah merantau jauh ditempat orang, takda saudara mara atau kawan-kawan yang aku kenal kat sini.susah senang nanti perlu aku laluinya tanpa keluarga aku. Mungkin inilah dinamakan berdikari.

Aku pun salam dengan Abah dan mak …sempat mereka berpesan supaya aku jaga diri dan berlajar bersungguh-sungguh supaya aku berjaya nanti..sedih aku bila mak gan abah  peluk dan cium aku sebab sekejap lagi mereka akan pulang ke pahang semula. Aku memang sedih masa tu tapi nape susah nak menitiskan air mata..Yang adik perempuan aku ni sibuk perli aku cakap aku macam sedih je diaorang nak balik. “Mesti lah sedih wehhh “ …jawab aku.Aku pun bersalam gan abang,akak ,adik dan kawan abang aku sambil mengucapkan terima kasih sebab sudi hantar kami ke sini. Van pun mula bergerak meninggalkan aku..tinggal lah aku di sini sendirian..aku perlu lalui kehidupan mahasiswa KUSTEM dan perlu pastikan aku berjaya mendapatkan ijazah . Moga aku takkan hampakan ibubapa ku..Insya’allah…

*Bersambung.. Part 3

Saturday, 20 August 2011

QPR vs Cardiff City

QPR vs Cardiff City

QPR dan Cardiff City, kedua-duanya kelab yang hangat diperkatakan pada masa kini kerana dimiliki oleh dua usahawan yang berjaya di Malaysia. Tan Sri Vincent Tan/Datuk Chan Tien Ghee pemilik bersama Cardiff City yang dibeli 2 tahun lepas manakala QPR pula dimiliki oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun pada 18 atau 19 ogos 2011. Pemilikan kedua-dua kelab Inggeris ini membuktikan Negara Malaysia tidak ketandusan hartawan yang bukan sahaja berjaya di Malaysia malah diperingkat antarabangsa. Inilah hasil dari pembangunan ekonomi yang terus-menerus maju malah mereka juga seiring dalam mempromosikan nama Malaysia di mata dunia melalui industri sukan.

Cardiff City
*              Juga dikenali sebagai bluebird yang kini beraksi dalam divisyen 1 liga Inggeris (NPower League)
telah dua kali melakukan percubaan untuk beraksi dalam Inggeris Premier League iaitu pada musim 2009-2010 dan 2010-2011 namun gagal dalam penentuan playoff.
*              Promosi nama Malaysia di jersi Cardiff City adalah satu cara untuk menarik minat penonton seluruh dunia mengetahui tentang Negara Malaysia.Secara tidak langsung dapat mempromosi pemilik Cardiff City dimata dunia.
*              Craig Bellamy merupakan pinjaman sensasi bagi Cardiff City kerana pemain ini agak terkenal di liga perdana Inggeris . Beliau yang juga pemain asal kelab Manchester city telah memberi impak besar pada Cardiff City pada musim lepas namun pemain ini terlepas perlawanan akhir dalam saingan NPower serta Playoff untuk ke Premier League kerana faktor kecederaan.
*              Sumbangan yang dilakukan oleh kelab Cardiff City kepada Malaysia adalah membantu persekutuan bolasepak Malaysia ( FAM ) untuk membangunkan industri bolasepak Malaysia seperti mengadakan Klinik Bolasepak.
*              Cardiff City juga telah menawarkan para pemain dalam simpanannya untuk beraksi dalam liga super ( Malaysia ) pada musim depan selepas FAM membenarkan penggunaan awang Import.

QPR-Queens Park Rangers F.C
*           Merupakan kelab yang bersaing dengan Cardiff City untuk beraksi di EPL pada musim ini namun
             QPR lebih bernasib baik kerana berjaya dalam perlawanan terakhir di NPOWER        .
*           Permulaan yang agak mengecewakan apabila tewas 0-4 kepada Bolton pada perlawanan pertama namun dengan pertukaran pemilik yang baru dari Malaysia telah memberi semangat kepada pengurus Neil Warnock serta pemain untuk terus memberi aksi yang terbaik dalam liga sebagai hadiah kepada Tan Sri Tony Fernandes.
*              Visi pemilik kelab juga mahu kelab ini berdaya saing dalam liga yang penuh kelab terkemuka ini. Malah menjadi harapan Tan Sri Tony Fernandes supaya kelab ini akan kekal dalam saingan EPL.
*              Tan Sri Tony Fernandes juga memberi sokongan penuh kepada Pengurus Pasukan dalam membentuk pasukan ini malah beliau memberi lampu hijau untuk membeli 4 pemain baru. Antara yang berada dalam pemerhatian Tan Sri Tony Fernandes adalah Scott Parker dari West Ham ( Tan Sri Tony adalah peminat kelab West Ham )                                  


Diharap dengan adanya rakyat Malaysia dalam saingan EPL dan NPower, dapat memberi kesan positif bagi sukan bolasepak Malaysia kerana ini lah masanya untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pemain kita beraksi dalam kedua-dua kelab ini. Tidak mustahil dalam masa terdekat ini ada  pemain Malaysia akan bermain dalam kejohanan yang hebat ini. Itulah kesan yang kita mahukan dari pelaburan 4 rakyat Malaysia ini. Tan Sri Vincent Tan/Datuk Chan Tien Ghee ( Cardiff City fc ) dan Tan Sri Tony Fernandes/Datuk Kamarudin Meranun ( QPR fc), tahniah kerana mengharumkan nama Malaysia dimata dunia.Teruskan usaha mempromosikan Malaysia serta membangunkan Industri bolasepak Malaysia.


Malaysia Boleh, 1 Malaysia.

Tuesday, 16 August 2011

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( KUSTEM ) CINTA PERTAMA KU – PART 1.

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( KUSTEM ) CINTA PERTAMA KU – PART 1.

TAHUN 2003-Tahun yang gemilang bagi ku kerana selama hampir 13 tahun aku menuntut ilmu bermula dari belajar ABC sehinggalah aku mempelajari matapelajaran pengajian perniagaan di tingkatan 6. Pada mulanya aku tidak percaya yang aku diterima masuk ke universiti kerana keputusan STPM aku agak tidak baik..tapi aku bersyukur sebab dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Terengganu ( KUSTEM ) yang sekarang lebih dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu. Aku memilih Kolej Universiti sebab aku tau ramai akan pilih U , jadi saingan akan jadi lebih sengit. Apa yang aku tau KUSTEM pun salah 1 universiti yang dikenali di Malaysia malah mula mendapat nama di mata dunia. Tak kisah lah apa anugerah yang telah diperolehi, yang penting aku dapat belajar dekat menara gading. Itu impian setiap pelajar .. walaupun aku bukan yang jenis minat belajar tapi aku sedar jika inginkan sesuatu kita perlu berusaha.begitu juga kalau ingin berjaya dalam hidup, kita perlu ada ilmu. Ilmu takkan datang kalau tak dicari.

Selepas dapat result yang aku dapat masuk KUSTEM, aku pun refer kat kawan-kawan aku mana tau diorang pun dapat sama tempat gan aku..senang sikit aku nak suaikan diri kat sana (KUSTEM). Ye lah..inilah  kali pertama aku nak jejakkan kaki ke Terengganu Darul Iman.. Sebelum ni aku just tau pasal rantau abang je..tempat penyu bertelor…eh lupa, aku pernah pergi ke rantau abang tapi masa zaman sekolah rendah dulu..dah lama tu.. ok, kita berbalik pada kisah aku nak jumpa kawan-kawan aku tadi. Mereka semua dapat UUM,UM,UKM,UPM dan aku pulak KUSTEM..Macam mane ni, aku sorang-sorang je ni..dah lah nama pun pelik..aku pun satu, pergi letak KUSTEM dalam pilihan aku wat apa.. Untuk kuat semangat , aku pergi ke sekolah untuk bertemu cikgu mana tau diaorang boleh bagi nasihat ke apa ke..

 “Cikgu..Cikgu tahu tak pasal KUSTEM”… nak tau  apa yang cikgu aku jawab.. “nama kilang ke tu!!!”…aduh, nampak sangat dia pun tak tahu.. Tiba-tiba cikgu aku pun ketawa..”Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia  (KUSTEM) kan…cikgu tau,saja je cikgu gurau tadi”Nape awak tanya pasal KUSTEM..

“Saya just nak tahu KUSTEM  ok ke tak,ye lah semua kawan-kawan saya dapat universiti penuh, saya lak dapat Kolej Universiti je”keluh ku.

“U ke KU( kolej universiti ) ke sama je abu, dua-dua diiktiraf kerajaan, cume KUSTEM tu baru.tak lama lagi jadi U lah.aok jangan risau sangat. Yang penting carilah ilmu untuk berjaya  pada masa depan.”jawab cikgu.

“Jadi memang betul lah saya kene pergi sana”balas saya.





Senang hati aku bila bila cikgu memberi kata-kata semangat supaya aku pergi ke sana.gembira macam orang giler dah aku waktu itu(bukan giler betul-betul tau) tapi keluarga aku lagi gembira terutama ibubapa aku.Mereka sangat berharap ada salah seorang anak mereka masuk Universiti.Kerana mereka ingin anak-anak berjaya dan tidak mahu anak-anak mengikut jejak mereka yang hanya bersekolah rendah sahaja.Zaman mereka begitu susah untuk mencari ilmu..zaman darurat Jepun lah komunis lah..susah untuk menuntup ilmu.hanya mereka yang “berada” sahaja yang berpeluang  menuntup ilmu dengan sempurna. Sebab itulah mereka berharap sangat aku pergi ke KUSTEM. Segala barangan untuk pergi ke KUSTEM telah disediakan…malah keluarga ku telah membuat kenduri kesyukuran sebab aku berjaya pergi ke sana. Terharu dan bersyukur sangat aku waktu itu sebab ramai rakan-rakan aku yang hadir .

Hari untuk aku bertolak ke terengganu telah tiba..keluarga ku menyewa van untuk menghantarku ke sana. Kami bergerak pada waktu malam..sebab jalan sesak dan cuaca tidak panas. Berat hati untuk meninggalkan mak gan ayah aku..maklumlah mereka dah tua..tetapi ku gagahkan diri ini untuk melihat mereka senang dikemudian hari. Lewat 12 malam.. kami sekeluarga bertolak ke Terengganu Darul Iman …

*bersambung..Part 2

Friday, 12 August 2011

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu 'Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu 'Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas 'Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu 'Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu 'Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahu a'lam...

*Sumber dari Blogger:  nuursyifa.blogspot.com

Thursday, 11 August 2011

Lirik Lagu Harapan Ramadhan

Artis:Raihan Dan Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Kelebihan Solat Tarawih

Kelebihan Solat Tarawih
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa
kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar
meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-
dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala
yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan
sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang
bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang
mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi
Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke sepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke sebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke dua belas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga belas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan
keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan
menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima belas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam belas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh belas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan belas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan
dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang
soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari
tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang
mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang
mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang
Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama
salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang
bernama Al-Kautsar.