Sambungan Dari Part 2
Gambar Hiasan
Babak 3
Suasana menjadi sunyi sepi..Semua mata hanya tertumpu kepada meja yang diduduki oleh ram,zue dan lyn. Pingan dan gelas bertaburan di atas dan bawah meja. Mereka bertiga jadi terpinga-pinga sebab semua itu berlaku dengan pantas…Dihadapan mereka kini adalah sekumpulan lelaki yang tidak dikenali…Gelagat mereka seperti penduduk kawasan kampong …
RAM : Bro…apa ni…kami tengah makan ni..jangan buat macam ni…
Lelaki Y : heh jantan…mu tau dok yang mu makan gan gewe ore ni…
RAM : ?????...aku x tau pun yang diaorang ni ada pakwe kat sini..kau ke pakwe
dia. Kalau kau ni pakwe diarong pun…salah ke aku bawa diaorang
makan.
Lelaki Y : Nate mu…(marah lelaki bekenaan)
RAM : Bro…aku xnak gaduh gan kamu semua…kami xbuat apa-apa pun,just
makan je..xkan salah kot.
Lelaki Y : Mu ni…itu gewe ore ,tau dok..kawe tak suko mu dekat gan dio ..
RAM : Kami x kenal pun kamu semua….ZUE..LYN…korang kenal ke budak-
budak ni
Zue/Lyn : Tak..Kami tak kenal…
Kemarahan lelaki Y itu tidak dapat dibendung lagi..lalu tercetuslah pergaduhan antara enam lelaki dengan ram..ram telah diserang dari belakang oleh salah seorang lelaki berkenaan..tersungkur ram ke tanah…manakala lyn dan zue menjerit memanggil ram dan ingin membantu ram namun ditahan oleh dua lagi lelaki lain..ram mula tidak dapat menahan kesabarannya melihat zue dan lyn dikasari.
Ram bangun dan memberi amaran agar zue dan lyn dilepaskan…namun amaran itu tidak diendahkan oleh dua lelaki itu, sedangkan 4org lelaki lagi sedia untuk menyerang Ram …pergaduhan memang tidak dapat dielakan..hampir 5 minit bergaduh…keputusan telah diketahui…ram bersandar di sebatang pokok kelapa dalam keadaan keletihan…manakala keenam-enam lelaki itu pergi meninggal warung berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa.
Lyn dan Zue terus mendapatkan RAM yang kelihatan cedera akibat pergaduhan tadi
Zue : Ram…awak ok ke…
RAM : aku ok…Zue,boleh x bawak ram balik ke bilik ram…
Zue : ram x nak pergi hospital ke..zue risau tengok ram mcm ni…
RAM : xpa..ram ok..just bwk ram balik ke bilik je…
Lyn : biar lyn yang drive ye ram….
RAM : Thanks lyn…ni kuncinya..
Ram dipapah oleh orang ramai disitu…dan di bawa pulang oleh lyn dan zue balik ke hostel…sampai di hostel…shah dan melisa telah sedia menunggu mereka..mereka berdua bergegas pulang apabila dapat tahu hal berkenaan daripada lyn…Ram dibawa terus ke bilik nya.mujur masa ram sampai,tidak berapa ramai pelajar disitu.kalau tidak pasti kecoh satu hostel masa itu pasal pergaduhan Ram.
Shah : Kau rehat dulu ye ram..aku nak hantar diorang ni…tapi hebat gak kau
yek ..sampai lari 6 orang tu..
RAM : Mana ada hebat..aku just wat apa yang termampu je..lgpun aku xsuka
tengok org wat kasar gan zue n lyn.
Melisa : hai..lyn…zue..lepas ni korang dah ada bodyguard…xpayah lah risau gan
sapa2..
Zue : kau ni lisa..kesian dekat ram ..apa pun, thanks ye ram sebab tolong kami
td..hebat juga kau yek…
Lyn : Ye lah RAM…sampai bertempiaran lari diorang tadi…nampak macam
hebat tapi hampeh…klu kau, kami tengok tadi memang hebat…dah
macam hang tuah..hehehe
Shah : Mana tak hebatnya Lyn…taekwondo gan silat ,dua2 dia ambik..tai Chi
Gan silambam je yang belum…klu tidak dia mesti jd Rajanikan
….hehehehe
Mereka ketawa bila mendengar lawak shah..memang x dinafikan ram memang hebat dalam seni mempertahankan diri. Malah di kolej pun,walaupun beliau pelajar baru namun telah menjadi tenaga pengajar bagi membantu jurulatih di kolej..Kejadian di warung makcik isma itu telah menjadi perbualan hangat di kolej. Ram telah menjadi pujaan kerana hebat mempertahankan zue dan lyn…kerana ketika pergaduhan itu ibarat aksi jet li melawan musuh..teruk empat lelaki itu dibelasah ram.walaupun ram tidak cedera parah..namun laporan polis telah dibuat bagi menjamin keselamatan dia , zue dan lyn.namun yang menjadi persoalan RAM, apa yang mereka mahu…siapa mereka ini…sampai boleh kenal Zue dan Lyn???
Kejadian itu juga seperti melembutkan hati zue kepada ram…jika dulu, mereka akan duduk berjauhan walaupun didalam kelas yang sama.tapi kini sering saja kelihatan mereka bersama..hinggakan setiap hari zue akan jadi penumpang setia bg ram jika pergi dan balik dari kuliah.
Lyn seperti mengerti apa yang berlaku…mengerti bahawa dia bukanlah pilihan utama ram..walaupun dalam fikiran ini..sering muncul wajah ram..wajah yang sukar untuk mengukir senyuman…serius serta sukar untuk memulakan bicara. Tapi yang menarik tentang ram bg lyn adalah kerana ram seorang yang giler-giler bila sudah biasa dengannya.serta suka membuat lawak bodoh. Lyn dan ram sering bergaduh sebab suka memberi panggilan kepada satu sama lain.. Ram dipanggil T-Rex oleh lyn kerna muka ram yang serius manakala lyn pula dipanggil ira..sebabnya lyn seperti erra fazIRA..kata ram yang mengusik…
Dan satu hari, ketika RAM berada di library untuk mencari buku bagi menyiapkan satu assignment …beliau telah menerima satu panggilan talefon …panggilan yang membuatnya risau kerana kenal dengan nadadering ini..Bergegas dia keluar dari Library..
RAM : aik..nape mama call aku lak time-time macamni..(nadadering lagu aduh
saliha yang telah ditetapkan untuk ibunya). Assalamualaikum mama..
Datin Suhaila : Waalaikumsalam syg…cepatnya anak mama ni jawab call…
RAM : Hehehe…ala biasalah mama..dengar je lagu Aduh Saliha…dah tau mama
call..
Datin Suhaila : Macam tau-tau je mama minat gan lagu tu…Ram macam mana dekat
sana..sihat ?
RAM : Ram sihat je mama..mama lak macam ne? papa sihat ke?
Datin Suhaila : Mama dan papa kau sihat je..cume papa kau ni asyik g outstation je..so
tinggal lah mama dengan adik kau je.
RAM mempunyai seorang adik perempuan yang bernama AIN yang kini sedang menghadapi SPM.Itu lah satu-satu adik yang ram ada..kerana mereka hanya dua beradik sahaja.RAM agak manja dengan ibunya manakala adiknya pula manja dengan ayahnya.
RAM : Oooo…macam ne dengan study adik..ok tak…
Datin Suhaila : Hmmm…adik kau sorang ni…jangan haraplah nak tengok dia baca
buku..asyik keluar je..bila mama tanya dia kata g study kat sekolah.
Macam ram dulu-dulu..
RAM : Hehehe…ala mama jangan lah risau sangat..adik Nampak je macam
tu..tapi dia pandai jaga diri.. emmmm…mama ada apa sebenarnya call
ram ni?
Datin Suhaila : Mama sebenarnya nak suruh ram balik weekend ni..
RAM : Ala mama.. penatlah drive jauh-jauh ..lagipun just cuti 2 hari je..
Datin Suhaila : Syg…balik lah…weekend ni kan hari lahir papa..ram dah lupa ke?
RAM : aduh…. Sorry lah mama, ram lupa..hehehe.. ok2 .. Ram balik nanti yek
Datin Suhaila : Macam ni lah anak mama gan papa…balik tau… Ok lah..ada masa mama
call lagi ye..ram jaga diri dekat sana…
RAM : Ok mama..pandailah ram jaga diri..mama gan papa jaga diri jugak..kirim
salam kat adik sekali yek. Assalamualaikum…
Datin Suhaila : Wa’alaikumsalam…(tut..tut..tut)
Ram termenung seketika selepas selesai berbual dengan ibunya tadi..Harijadi papa….si dia…dia…perkara yang merimaskan ram…kalau tidak balik..apa kata papa nanti…balik nanti…dia…
Bersambung di Part 4
No comments:
Post a Comment