Sambungan dari Part 1
Babak 2
Gambar Hiasan
Cuaca sekitar pantai memang panas, itulah keadaan yang harus dilalui oleh semua siswa/siswi disini. Cuaca sebegini memang sudah menjadi kebiasaan penduduk tempatan. Cuma bagi mereka yang baru menetap disini je terasa kelainannya.Mereka yang berkemampuan bolehlah membawa Kereta atau motor unutk memudahkan perjalanan ulang alik ke kuliah. Bagi yang kurang berkemampuan , ada perkhidmatan Van sekolah adalah pengangkutan rasmi untuk ke kuliah.Tapi kene ikut turn lah..Termasuk lah dengan Zue ini, Sudah hampir 1 jam masa berlalu namun van tetap penuh dengan pelajar lain yang berebut ingin balik awal..
Zue : Adus…siot je lyn gan melisa ni…mesti diorang tengah baring2 kat bilik
ni... Ahhhh…balik jalan kaki je lah…tapi hari panas lak…Selamba je lah
Zue memulakan langkah menyusuri laluan perjalan kaki..hanya kelihatan beberapa pokok kecil yang mula membesar..panas cuaca hari itu tidak dapat dikatakan lagi…sambil menutup bahagian atas kepala dengan buku untuk lindung dari panas matahari, ZUE meneruskan perjalanannya..walaupun jam baru pukul 12 thari, namun suasana jalan belakang universiti agak lenggang.maybe kerana hari pertama, semua pelajar berebut naik van sekolah.takut panas
Berbeza ketika mula dahulu ketika sesi orientasi …semua pelajar akan menggunakan jalan ini..perkara yang tak dapat dilupakan zue ketika itu adalah dia,melisa dan lyn lari bertempiaran selepas melihat biawak yang besar..kadang-kadang zue akan tersenyum sendirian bila teringat peristiwa itu.
…Ketika peluh mula membasahi diri zue akibat panas pantai..tiba-tiba cuaca menjadi redup sikit….
Ilham : Assalamualaikum…
Zue : Wa’alakumsalammmm…(keadaan menjadi senyap seketika)..iL..kau
wat apa sini…
Ilham : IL ikut zue …kesian tengok zue jalan tengah panas..ni Payung..
Zue : Patutlah redup je tadi….(kata zue dalam hati)…Kenape IL ada dekat
Sini? Tanya zue lagi sekali
Ilham : Sebab IL nak dekat dengan zue..IL nak tebus salah IL dulu..sebab
tu IL datang ke sini.
Zue : Please IL…zue xnak dengar lagi alasan IL..cukuplah apa yang berlaku
dulu..
Ilham : Zue …IL tau IL salah dengan zue.. sebab tu IL ambik keputusan pilih
sama U dengan Zue..Zue hak IL.. IL syg dekat Zue
Zue : SUDAHHHH…zue xnak dengar semua tu lagi..Tolong..jangan kacau
zue lagi..Nah ambik payung ni…zue xnak apa2 pemberian dari orng
bernama IL.. IL dah mati dalam hidup Zue..
Ilham : Zueeee…….
Zue pun berlari meninggalkan Ilham kesorangan ..kini peristiwa lama mula membayangi zue..deraian air mata mula membasihi pipi..zue tidak peduli keadaan sekeliling..semakin jauh ia berlari semakin hilang IL dari pandangannya…kini tiada sesiapa disitu selain zue..zue berhenti menangis sepenuh hati…kisah-kisah dulu mula membayangi pemikiran
Zue semula,ILHAM merupakan cinta pertamanya..tapi ILHAM juga membuatkan ZUE menjadi benci kepada lelaki…Zue betul-betul terluka pabila ILHAM pergi dari hidupnya..
Zue : IL!!!!...Apa salah zue…nape iL buat zue macam ni…nape IL seksa zue
macam ni..
Hujan mula turun melenyapkan panas sebentar tadi…seperti mengerti akan kesedihan yang dialami oleh ZUE ketika itu…tangisan zue seperti hujan yang turun lebat ketika itu…
Jam menunjukkan pukul 6 petang..Lyn dan melisa baru terjaga dari tido..menjadi kebiasaan bagi student akan tido selepas solat zuhur…
Lyn : Lisa…, zue x balik lagi ke…kau ada nampak dia ke
Melisa : Koi tak tau weh..kan aok gan koi tido tadi..pepalih aok ni
Lyn : Kau ni lisa…perli loghat aku nampak…aku tanya betul2 ni
Melisa : Entahlah…cube ko call ke sms ke..mana tau minah tu kene makan gan
biawak komodo ke…hari tu pun dah besar giler kita jumpa..hehehe
Lyn : Muluttttt…yelah aku call dia
Zue : Apa yang korang bising ni..dari luar pun dah dengar.aku hidup lagi
( nada sedih )
Lyn : Lah zue… kau g mana??? Risau kami tau. Dah pukul 6 ni kau baru balik
Zue : Aku g library lah… korang kan tinggal aku sorang2 td…
Perasaan menyesal mula timbul dari Lyn dan Melisa..mereka tahu,mereka tak patut tinggalkan zue sorang-sorang di kampus…sedangkan mereka naik kereta dan boleh siap tido sampai petang…
Melisa : Alo-alo..mengajuk lak si diva ni…ye lah kami salah…janganlah mrajuk
yek..malam ni kami belanja ko makan yek..ko makan lah puas-puas
Zue : Ye ke…aku nak makan puas-puas malam ni.hehehe ( hilang sedikit
kesedihan zue,…yang baru pulang dari pantai bukannya dari Library )
Suasana menjadi gembira sedikt bila dengar gelak ketawa tiga sekawan ni..sambil ketawa mereka turut dance mengikut rentak lagu Rossa ( pudar ) yang baru dipasang oleh melisa. Riuh rendah bilik mereka bertiga.
Seperti djanjikan Lyn dan melisa, mereka kene belanja zue makan di warung berhadapan hostel mereka.Restauran itu terkenal dengan masakan panas….info ini mereka dapat dari para senior semasa sesi orientasi …ZUE dilayan bagai puteri oleh Lyn dan Melisa..meja makan mereka penuh dengan pelbagai makan..ZUE lak siap order Air buah gelas besar lagi (2 Gelas air tembikai).Zue bagai lupa seketika peristiwa petang tadi ….zue happy melihat kawan-kawannya sering ketawa dan menyakat dia..
Sudah hampir 1 minggu mereka semua di universiti ini..Zue sudah mula berubah sikap..menjadi agak pendiam..namun dengan RAM beliau tetap bermusuh disebab peristiwa hari pertama kuliah itu..Zue tetap menolak pelawaan Shah untuk menaiki kereta RAM. Malah bila Shah bawa keretenya..zue tetap tidak mahu naik kerete itu..Maybe zue marah dengan peristiwa itu atau sekadar merajuk…merajuk kerana lyn dan melisa sering tumpang kereta BMW RAM. Malah pelbagai cerita kelakar yang zue dengar tentang RAM dan SHAH dari perbualan lyn dan melisa ketika di bilik. Walaupun sekadar mendengar, kadang-kadang terburai juga gelak ketawa zue.Lyn bagitahu yang RAM dan shah suka buat lawak bodoh n poyo…
Lyn : Lisa.. Zue..Petang ni kita pergi makan sotong goreng kat pantai
Airport,Nak tak? Lgpun kita dah bau abis test …boleh release tensen skit
Zue : Ok gak tu,pejam celik dah dekat sebulan kita kat sini kan …petang nanti
kita sewa kereta yek..
Melisa : Eh..korang…aku x boleh join korang lah..aku da hal sikit petang ni
Lyn : Hal gan Shah lah tu…kau ingat aku tak tau kau ada skandal gan
mamat alfa romeo tu.mamat poyo tu,,hahaha
Melisa : Ala ok apa Shah tu..baik..hensem..
Zue : Heee..korang ni…dah la tu..so mcm ne petang ni lyn.
Lyn : Bereh Boh….
Zue/Melisa : Org temerloh dah pandai ckp tganu..hahahahaha
Lyn : Jahat lah korang ni…Hehehehe
Seperti yang dirancang, lyn dan zue pergi ke tempat sewa kereta. Namun apa yang diharapkan tidak kesampaian sebab semua kereta telah abis disewa…mungkin sebab ramai pelajar baru abis test..jadi ramailah yang keluar jalan-jalan.malang sungguh nasib dua wanita ni sebab hajat nak pergi santai di tepi pantai airport tidak kesampaian.
Ping..ping..
Lyn : Eh… tu kereta RAM
RAM : Hai lyn…nak pergi mana ni..????
Zue : kau sibuk apa!!!suka hati kami lah nak g mana??
RAM : Amboi garangnya awek ni..aku cakap gan lyn..bukan kau..perasan
Lyn : Kami nak sewa kereta tadi..nak pergi tepi pantai..tapi kete lak habis
RAM : Lah..kebetulan..aku pun nak pergi pantai airport ni..jom lah ikut skali.
Lyn : Zue..jom lah ikut skali…
Zue : Malas lah aku ( Nada yang agak lembut )
Lyn : Jom lahhhhhhhhh…. ( Lyn pun tarik zue ke pintu depan dan dan lyn
duduk di belakang ).
Zue : Lyn…aok lah duduk depan..hehehe
RAM : eh…Zue orang temerloh ke???
Lyn : Dah RAM..jangan di layan perempuan giler ni..
RAM : hehehehe ( Gembira ram bila zue mula mengukir senyum dengan nya)
Inilah saat yang dinantikan RAM…selepas bergaduh diawal pertemuan dahulu…hatinya mula terbit perasaan ingin tahu tentang Zue.Tingkah lakunye…kecantikkan wajahnya yang seumpama wanita cina membuat ram begitu terpesona…lain pula bagi lyn, dia seorang wanita yang ayu wajahnya..terserlah ciri-ciri wanita timur dengan kelembutan dan sopan adab tertib . Kedua-dua istimewa bagi ram kerana zue umpama putik cinta yang mula bersinar didalam hatinya walaupun hanya ram sahaja yang merasainya..adakah Zue akan menerimanya???Manakala Lyn pula seorang rakan yang banyak membantunya dalam mendapatkan cerita tentang seharian Zue..persahabatan yang kadang-kadang menimbulkan kemesraan seperti pasangan kekasih..
Zue : RAM …. RAM..(panggil zue)
RAM : Eh…ye zue..ada apa…sorry , aku x perasan kau panggil aku td.
Zue : Kau ni…suka sangat koya kan …ingat apa lah tu…
RAM : Mana ada ingat apa2…tapi “koya” tu apa????hehehe
Zue : Koya tu bler..macam kau td..Khayal lah…kita dah nak sampai ni..kau
dari td senyap je..aku gan lyn pelik jd pelik lak bila ko senyum.
RAM : hehehe..mana ada..aku happy sebab kau dah boleh senyum..tak macam
awal2 kita bergaduh dulu.
Zue hanya tersenyum je bila ingat semula kejadian hari tu. Dia pun pelik kenapa dia boleh jadi cepat mesra dengan ram..maybe kerana kesungguhan ram mahu berkawan dengan nya atau dia selalu mendengar cerita tentang ram dari lyn dan melisa..Kereta ram pun berhenti di warung kepok lekor di tepi pantai berhampiran airport. Pemandangan yang indah diwaktu petang.Ramai family yang bersiar-siar di kawasan pantai.Kanak-kanak bermain layang-layang,membuat istana pasir.Kami pun pergi ke seorang makcik yang sedang mengoreng sotong dan ikan. Selain menjual keropok, warung ini juga menjual makanan laut .
RAM : Assalamualaikum makcik isma….
Mck Isma : Wasalam … kau rupanya ram…hah nak makan apa hari ini…sotong
goreng ke…eh…hari ni bawak teman wanita ke..selalu bawak shah je.
RAM : Makcik isma ni…mana ada awek nye..kawan2 je..tak kan lah 2 org sekali
awek sy…hehehe.
Mck Isma : Boleh je klu nak…hah korang ni nak makan apa?
RAM :Emmmm….Lyn dengan Zue nak makan apa ?
Lyn : Kami ikut je RAM..tapi air , kami nak air kelapa yek…
RAM : ok…korang pergi ambik meja tepi tu..xda org lg..nanti aku bawakkan
makanan ni.
Zue dan lyn pun bergerak ke meja yang dikatakan oleh RAM tadi..namun semua mata tertumpu kepada zue sahaja. Wajahnya yang mirip amoi cina malah pakaian yang agak moden menyerlahkan lg kecantikkannya.sebentar kemudian ram pun datang membawa makanan yang di order.
Zue : Alo-alo..siannya dia..berat ke…meh zue tolong..
RAM : Eh..xpa zue..demi zue..kapal terbang pun ram sanggup angkat..hehehe
Lyn : Zue je…lyn macam ne lak ( Usik lyn kepada ram )
RAM : Lyn pun nak jugak ke…nah tolong angkatkan air kelapa ni..korang
punya gak.
Lyn : hummmm…..yelah…
Zue : zue makan dulu yek…..bestnye sotong goreng ni….
RAM : Mestilah best…makcik isma yang masak..korang nak tau..dia buat
sendiri ramuan tepung goreng ni..tu yang best..ala mcm kat kedai yang
ayam goreng best tu..hehehe
Tiba-tiba……Pang…..( Gelas dan pingan di meja ram jatuh )…lalu kedengaran suara memekik..HOI JANTAN…
*Bersambung di Part 3
No comments:
Post a Comment