COMEL
Cerita Dari Hati Adalah Kisah PeribadiKU Dulu, Kini Dan Selamanya.. Tiada Kaitan Dengan Yang Masih Hidup Atau Sudah Meninggal Dunia..Stories From the Heart is my personal story of the past, Now and Forever ..ஹார்ட் கதைகள் இப்போது மற்றும் ஃபாரெவர், கடந்த என் சொந்த கதை உள்ளன .. இறப்பு அல்லது வித் இட் தொடர்பில்லாத நாடு ..从心的故事是我个人的故事,过去,现在和永远..无关的生活与死亡或它..
Clip Here For Information - Hot Product 2011
Clip Here For Information ( Product )
Tuesday, 31 December 2013
Tahun Baru 2014 : Indahkah dari Tahun 2013
Detik jam ... Detik Minit..Dan Detik Saat adalah kiraan masa yang sentiasa bergerak tanpa menunggu sesiapa sahaja....
Sedar tak sedar kita akan meninggalkan tahun 2013 dan akan memasuki tahun yang baru iaitu 2014...Banyak yang dilalui sepanjang tahun ini , awal tahun bertukar kerja dari seorang penyelia juruwang kepada seorang "executive" di sebuah syarikat TELCO yang terbesar dan terkenal di Malaysia.
Sejarah juga berlaku bila bertukar status solo kepada sudah berpunya memberi banyak motivasi untuk lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri dan juga kepada insan lain dari semua segi seperti lebih rajin berkerja dan bersabar. Tahun 2013 juga menjadi untuk berkhidmat untuk masyarakat terutama kepada belia-belia supaya lebih banyak masa berfaedah dilakukan oleh mereka. Tidak kira lah, bersukan ke ekonomi ke janji mereka hidup sihat tanpa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Faktor ekonomi semasa menjadi isu hangat hingga ke saat Malam 31 disember 2013, taraf hidup semakin tinggi , inflasi semakin tinggi & kos sara hidup semakin membebankan atas faktor pelbagai kenaikan yang mendadak. Perlu ada langkah segera yang mesti diambil oleh pihak yang terlibat supaya rakyat tidak terbeban dengan isu ini. Jangan biarkan luka menjadi barah , jangan biarkan cinta menjadi dendam amarah kerana kesepitan hidup dibumi sendiri. Langkah "menang-menang" perlu dibuat untuk meredakan masalah ini supaya tiada yang kalah & terus dipersalahkan nanti. Mengurangkan Kos pembelanjaan oleh pihak berkenaan adalah langkah tepat tapi agak terlewat dilakukan kerana isu ini sudah hangat diperkatakan .. Malah usaha ini masih tidak menyeluruh dan perlu diperluaskan kepada semua sektor kerajaan serta mereka berkaitan agar sumber berkenaan dapat disalurkan kepada rakyat secara terus. Bila ada kenaikan itu dan ini , gaji pun perlulah naik atau beri lah imbuhan serta insentif yang boleh mengurangkan bebenan ini. Selepas itu barulah boleh kurangkan apa yang nak "dikurangkan" atau naikkan sesuatu tapi buatlah dengan berpada-pada..
Terpulang kepada yang menilai kerana ini adalah masalah rakyat,dan sebagai rakyat biasa kita yang merasanya. Namun sayangkan Negara , Bangsa & Agama perlulah Diutamakan. Tidak perlu melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan perpaduan dan keamanan negara ini.Sungguh susah untuk mencapai kemerdekaan , dan jangan pula mudah untuk menghuru-harakannya pula. Buat mereka Pembuat Keputusan, Dengarlah Rintihan perit kehidupan Rakyat dan Buat Rakyat pula...Jaga Keamanan Dan Perpaduan kita Semua..
KITA RAKYAT MALAYSIA
Love MALAYSIA
Friday, 23 August 2013
ISABELLA : SEARCH
Isabella
Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
Korus
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella
Ulang dari korus
Isabella
Sebuah lagu “legend” dalam semua lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan search. Namun tidak ramai yang tahu rahsia disebalik lagu yang sangat popular ini.
Composer : Search
Lyric : Bob Lokman
Inilah dua nama yang sering disebut jika ada yang bertanya siapakah yang mencipta lagu hebat ini sedangkan jika ditanya kepada Amy Search tentang kebenaran fakta ini..mungkin beliau hanya mampu tersenyum menyimpan seribu rahsia tentang misteri lagu ini. Memang benar dan tidak dinafikan lirik yang hebat ini adalah hasil nukilan Bob Lokman , malah tidak dapat diselindungi lagi suatu ketika dahulu Bob Lokman sering berkerjasama dengan seorang pemuzik yang hebat ini. Malah banyak kumpulan serta penyanyi solo mendapat sentuhan pemuzik ini iaitu M.Nasir
Semua tahu tentang kehebatan serta kebolehan M.Nasir dalam dunia seni. Selain mencipta lagu, beliau seorang penulis lirik,penyanyi,pelakon,pengarah,penerbit,pelukis dan banyak lagi. Beliau juga banyak mencipta lagu untuk kumpulan yang menyanyikan lagu Isabella iaitu SEARCH
Pernah Dato’ Ramli MS menyatakan susunan lagu yang hebat dari M.Nasir adalah lagu Isabella, walaupun semua tahu hakikatnya lagu itu didaftarkan atas nama Search dan Bob Lokman. Ada yang mengatakan perkara ini disebabkan ketika itu M.Nasir belum dapat taraf kerakyatan Malaysia .
Tapi Kumpulan SEARCH sendiri seperti mengiyakan bahawa pencipta sebenar lagu Isabella adalah M.Nasir menerusi filem Fenomena ( lagu Isabella dinyanyikan dalam file ini ) .
Walaupun hingga kini setelah bergelar Dato’, M.nasir tetap tidak tampil untuk menyatakan bahawa dialah pencipta sebenar lagu berkenaan. Mungkin padanya, biarlah hasil karyanya dihargai terlebih dahulu dari mengetahui siapa penciptanya..
*Semua kenyataan diatas hanyalah berdasarkan cerita-cerita yang sahih namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan
Tuesday, 27 December 2011
Dr Mahathir Atasi Krisis Kewangan
Dr Mahathir atasi krisis kewangan
MUNCULNYA satu detik, yang jarang sekali berlaku dalam hidup, apabila suatu peristiwa menakrifkan semula kehidupan seseorang dan merubah haluan buat selama-lamanya. Bagi saya, pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Buenos Aires, Argentina , pada petang 2 Oktober 1997 merupakan detik itu. Ia membolehkan saya memberi tumpuan selama enam tahun dalam kehidupan saya untuk berkhidmat dengan beliau, dan menemuinya hampir setiap hari. Sepanjang proses itu, ia membolehkan saya melihat lebih dekat keupayaan yang dimiliki insan hebat ini.
Jarang sekali kita melihat gabungan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang, dan gabungan unik inilah yang membolehkan Dr Mahathir mengubah Malaysia daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada negara berkembang maju dan bertenaga, dan kini berada pada landasannya untuk menjadi negara maju. Gabungan kualiti ini jugalah yang membolehkan Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah lagi negara IMF semasa krisis kewangan 1997/98.
Ia bermula pada 29 September 1997, apabila saya menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Dr Mahathir mahu menemui saya. Beliau berada di Cuba pada ketika itu, dan secara berseloroh, saya bertanya, adakah saya harus menemuinya di sana !
Saya diberitahu, bukan secara berseloroh, bahawa beliau akan tiba di Buenos Aires pada 2 Oktober dan saya harus memastikan diri saya berada di situ sekurang-kurangnya sehari sebelum ketibaan beliau. Saya segera berlepas ke Argentina , dan tiba pada 1 Oktober.
Perdana Menteri tiba pada 5 petang hari berikutnya dan kami segera bertemu di suite beliau. Dr Mahathir memberitahu, beliau telah bertanya ramai orang mengenai punca krisis kewangan tetapi tiada siapa mampu memberi penjelasan memuaskan. Beliau bertanya sama ada saya boleh menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.
Saya bertanya berapa banyak masa beliau ada. Dua jam, katanya. Saya pun menjelaskan bagaimana pasaran pertukaran asing berlaku, tentang kedudukan jangka pendek dan panjang, mengenai perlindungan nilai, bagaimana matawang dipinjam dan dijual, perbezaan “tawaran” dan “penawaran” serta bagaimana dana boleh dipindahkan di antara negara hanya dengan satu klik. Saya juga menjelaskan bagaimana pasaran ekuiti berlaku dan hubungan antara pasaran tukaran mata wang asing dan pasaran ekuiti. Dr Mahathir langsung tidak bercakap, kecuali bertanya satu atau dua soalan, dan mendengar penuh mendalam.
Selepas dua jam, beliau terpaksa menamatkan pertemuan itu untuk bersedia ke majlis makan malam rasmi. Beliau bertanya rancangan saya untuk malam itu dan saya memberitahu bahawa saya turut dijemput ke majlis yang sama. Dr Mahathir berkata: “Pulang ke bilik anda dan tulis semua yang anda beritahu sejak dua jam lepas, dan jumpa saya 7 pagi esok.” Saya kembali ke bilik saya, tidak ke majlis makan malam dan menulis kesemuanya, yang selesai kira-kira 6 pagi.
Saya menyerahkan laporan itu padanya sejam kemudian. Beliau menyuruh saya berehat dan menemuinya semula pada 2 petang. Apabila saya kembali menemuinya, beliau memberitahu beliau telah membaca laporan itu dan faham apa yang berlaku dalam pasaran kewangan. Kami mula membincangkan pelbagai kaedah untuk mengatasi krisis itu, dan perbincangan kami diteruskan selepas pulang ke Malaysia . Saya menemui beliau hampir setiap hari, kadang kala di kediaman beliau, dan pada masa lain di pejabat beliau. Kami mencuba beberapa mekanisme untuk mengatasi krisis itu, ada antaranya yang berfungsi pada mulanya, tetapi dana lindung nilai begitu kukuh hingga sukar untuk meneruskan penggunaan mekanisme itu dengan jayanya.
Pada awal 1998, Dr Mahathir meminta saya menerokai idea untuk mengenakan rejim kawalan pertukaran bagi mengatasi krisis itu. Saya masih ingat bagaimana saya menyediakan banyak nota mengenai perkara itu. Dr Mahathir meneliti nota-nota itu, dan sentiasa meminta maklumat demi maklumat. Kami telah melalui banyak pusingan perbincangan, sehingga beliau akhirnya yakin dengan kedua-dua konsep dan mekanisme yang dicadangkan. Selebihnya, saya rasa sudah menjadi sejarah.
Dr Mahathir juga meminta saya menyediakan satu kertas kerja mengenai bagaimana menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura. Beliau berpendapat, satu sebab penting mengakibatkan pasaran saham jatuh ialah jualan singkat saham Malaysia di CLOB. Saya menyediakan laporan dan Dr Mahathir memahami, buat pertama kalinya, bagaimana CLOB beroperasi. Laporan itu, yang turut dilaksanakan pada 1 September 1998, telah menamatkan perdagangan saham Malaysia di CLOB.
Saya perlu menyatakan bahawa langkah-langkah kawalan pertukaran telah direka sedemikian rupa untuk meminimumkan aspek-aspek kawalan dan memaksimumkan hasil. Dr Mahathir telah meneliti banyak kali mekanisme yang dicadangkan itu untuk memastikan hanya ada sedikit elemen kawalan tetapi mencukupi untuk memastikan hasil yang positif. Tidak ada elemen birokrasi dalam langkah-langkah itu, seperti mewajibkan pengimport untuk mendapatkan kebenaran Bank Negara bagi mengimport. Ringgit juga ditambat pada tahap di mana ia tidak terlebih nilai.
Di hampir setiap negara lain yang mengenakan langkah-langkah kawalan pertukaran dan penambatan matawang, secara definisinya, banyak kawalan birokrasi dan matawang juga ditambat pada kadar terlebih nilai.
Sistem kawalan pertukaran (termasuk kadar pertukaran tetap), yang dilaksanakan pada 1 September 1998, sering dianggap sebagai penyelamat negara. Langkah itu sememangnya diperlukan tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi krisis itu. Malaysia diselamatkan, bukan dengan kawalan pertukaran itu sendiri, tetapi oleh Dr Mahathir.
Biar saya jelaskan. Jika mana-mana negara membangun lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang kita perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia adalah kerana keupayaan dan watak Dr Mahathir. Ekonomi dan sistem kewangan, di bawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat – cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah kawalan pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negatif. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Perdana Menteri membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting di bawah rejim kawalan pertukaran baru.
Beliau memastikan ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh. Ringgit kukuh dan stabil. Di belakang kestabilan matawang (pada RM2.50 berbanding dolar Amerika Syarikat), Malaysia berada pada kedudukan amat baik. Pada akhir 1996, keluaran dalam negara kasar berkembang hampir 8.5 peratus dan pertumbuhan itu dijangka berterusan untuk tahun-tahun mendatang. Kerajaan telah menikmati lebihan fiskal. Hutang luar negara adalah rendah, pada 40 peratus daripada keluaran negara kasar. Akaun matawang dari imbangan pembayaran telah mengecil daripada defisit 10 peratus kepada lima peratus daripada KNK, dan dijangka terus bertambah baik. Inflasi berada pada tahap paling rendah iaitu 2.1 peratus. Kita mempunyai pertumbuhan kukuh lebih lapan peratus bagi sebahagian besar tempoh itu. Dan kekuatan asas ini merupakan faktor penting yang membolehkan langkah kawalan pertukaran berjaya.
Selama lebih setahun lepas langkah 1 September 1998 itu, Perdana Menteri bertemu kumpulan kecil kami enam hari seminggu – sekurang-kurangnya dua jam sehari – bagi meneliti pelbagai data ekonomi termasuk mengenai pertumbuhan pinjaman, eksport, import dan hartanah tidak terjual. Ini membolehkan beliau mengambil tindakan cepat, pada bila-bila masa perlu. Saya masih ingat satu pagi, semasa kami sedang meneliti angka-angka hartanah, beliau memandang saya dan mengarahkan saya menganjurkan pameran untuk menghabiskan hartanah yang tidak terjual. Saya lakukannya, dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion telah dijual. Malah selepas berakhirnya krisis itu, Dr Mahathir terus menemui kumpulan kami, walaupun tidak sekerap sebelumnya. Dan Dr Mahathir terus meneliti semua data ekonomi dengan pensel tajam.
Tempoh 1997/98 adalah, mengikut parafrasa Charles Dickens, masa terburuk, tetapi ia juga masa terbaik. Keadaan paling buruk telah menyerlahkan yang terbaik dalam diri Dr Mahathir. Ada perumpamaan mengatakan pemimpin yang baik adalah seperti teh yang baik – anda hanya mengetahui kualiti sebenarnya apabila beliau berada dalam keadaan panas!
Sepanjang tempoh krisis, Perdana Menteri memberi tumpuan pada usaha mengatasinya. Siang malam, tiada perkara lain difikirkannya. Beliau membaca segala yang boleh mengenai kewangan; beliau terus meminta saya menyediakan nota-nota pelbagai isu teknikal. Kadang kala, walaupun selesema, beliau tetap bekerja. Beliau sedar beliau perlu memahami isu-isu berkenaan sebelum boleh berusaha mencari penyelesaian. Kepintaran semula jadi dan keupayaan beliau memberi tumpuan pada isu-isu teras sentiasa terserlah sepanjang krisis itu. Beliau tidak menunjukkan tanda takut walaupun dalam masa terburuk; satu-satunya kebimbangan beliau ialah keadaan ekonomi yang cepat merosot. Pada setiap masa, beliau yakin akan berjaya akhirnya.
Saya ingin menambah dua lagi perkara. Pertama, dalam melaksanakan langkah 1 September 1998, Dr Mahathir bukan saja menyelamatkan Malaysia malah negara-negara jiran juga.
Apabila Malaysia mengenakan langkah kawalan pertukaran, spekulator matawang menyedari negara lain yang terjejas (Thailand , Indonesia dan Korea Selatan) juga boleh mengenakan kawalan yang sama, dan mereka, dengan itu menghentikan aktiviti mereka. Spekulator menarik diri. Mereka membeli semula matawang yang mereka jual. Ini mengakibatkan kenaikan nilai mata wang serantau.
Selain itu, IMF tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia terutamanya sejak selepas melaksanakan langkah-langkah itu, kita melakukan perkara sebaliknya daripada apa yang IMF mahu – kita turunkan kadar faedah dan menyuntik kecairan dalam sistem. IMF kemudian mula melonggarkan syarat di negara lain dan membenarkan mereka merendahkan kadar faedah dan menyuntik kecairan bagi merangsang ekonomi mereka supaya Malaysia tidak mengatasi negara-negara IMF itu.
Perkara kedua ialah apa yang akan terjadi jika langkah kawalan pertukaran tidak dilaksanakan. Banyak syarikat di Malaysia mungkin gulung tikar akibat kadar faedah tinggi. Apabila syarikat jatuh seperti domino, bank akan menghadapi masalah kecairan dan mampu bayar yang teruk berikutan pinjaman tidak berbayar semakin membesar.
Masalah yang dihadapi oleh bank akan menyebabkan berlakunya tekanan kredit, yang akan membawa kepada satu lagi pusingan kegagalan korporat. Pendapatan kerajaan mungkin merosot dengan mendadak kerana kurang firma akan membayar cukai korporat, dengan itu mengurangkan keupayaan kerajaan untuk merangsang ekonomi melalui langkah dasar fiskal. Akibat daripada masalah yang dihadapi syarikat dan bank, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara, yang membawa kepada pusingan masalah kedua.
Ini adalah putaran ganas yang klasik, yang akhirnya boleh memusnahkan kestabilan sosial dan politik negara. Ini adalah senario yang menunggu untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana ketegasan dan keberanian Dr Mahathir, yang memutuskan untuk berusaha melalui jalan yang jarang dilalui. (less path travelled)
Oleh Nor Mohamed Yakcop
Wednesday, 14 December 2011
Noktah Cinta Euphasia : Part 3
Sambungan Dari Part 2
Gambar Hiasan
Babak 3
Suasana menjadi sunyi sepi..Semua mata hanya tertumpu kepada meja yang diduduki oleh ram,zue dan lyn. Pingan dan gelas bertaburan di atas dan bawah meja. Mereka bertiga jadi terpinga-pinga sebab semua itu berlaku dengan pantas…Dihadapan mereka kini adalah sekumpulan lelaki yang tidak dikenali…Gelagat mereka seperti penduduk kawasan kampong …
RAM : Bro…apa ni…kami tengah makan ni..jangan buat macam ni…
Lelaki Y : heh jantan…mu tau dok yang mu makan gan gewe ore ni…
RAM : ?????...aku x tau pun yang diaorang ni ada pakwe kat sini..kau ke pakwe
dia. Kalau kau ni pakwe diarong pun…salah ke aku bawa diaorang
makan.
Lelaki Y : Nate mu…(marah lelaki bekenaan)
RAM : Bro…aku xnak gaduh gan kamu semua…kami xbuat apa-apa pun,just
makan je..xkan salah kot.
Lelaki Y : Mu ni…itu gewe ore ,tau dok..kawe tak suko mu dekat gan dio ..
RAM : Kami x kenal pun kamu semua….ZUE..LYN…korang kenal ke budak-
budak ni
Zue/Lyn : Tak..Kami tak kenal…
Kemarahan lelaki Y itu tidak dapat dibendung lagi..lalu tercetuslah pergaduhan antara enam lelaki dengan ram..ram telah diserang dari belakang oleh salah seorang lelaki berkenaan..tersungkur ram ke tanah…manakala lyn dan zue menjerit memanggil ram dan ingin membantu ram namun ditahan oleh dua lagi lelaki lain..ram mula tidak dapat menahan kesabarannya melihat zue dan lyn dikasari.
Ram bangun dan memberi amaran agar zue dan lyn dilepaskan…namun amaran itu tidak diendahkan oleh dua lelaki itu, sedangkan 4org lelaki lagi sedia untuk menyerang Ram …pergaduhan memang tidak dapat dielakan..hampir 5 minit bergaduh…keputusan telah diketahui…ram bersandar di sebatang pokok kelapa dalam keadaan keletihan…manakala keenam-enam lelaki itu pergi meninggal warung berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa.
Lyn dan Zue terus mendapatkan RAM yang kelihatan cedera akibat pergaduhan tadi
Zue : Ram…awak ok ke…
RAM : aku ok…Zue,boleh x bawak ram balik ke bilik ram…
Zue : ram x nak pergi hospital ke..zue risau tengok ram mcm ni…
RAM : xpa..ram ok..just bwk ram balik ke bilik je…
Lyn : biar lyn yang drive ye ram….
RAM : Thanks lyn…ni kuncinya..
Ram dipapah oleh orang ramai disitu…dan di bawa pulang oleh lyn dan zue balik ke hostel…sampai di hostel…shah dan melisa telah sedia menunggu mereka..mereka berdua bergegas pulang apabila dapat tahu hal berkenaan daripada lyn…Ram dibawa terus ke bilik nya.mujur masa ram sampai,tidak berapa ramai pelajar disitu.kalau tidak pasti kecoh satu hostel masa itu pasal pergaduhan Ram.
Shah : Kau rehat dulu ye ram..aku nak hantar diorang ni…tapi hebat gak kau
yek ..sampai lari 6 orang tu..
RAM : Mana ada hebat..aku just wat apa yang termampu je..lgpun aku xsuka
tengok org wat kasar gan zue n lyn.
Melisa : hai..lyn…zue..lepas ni korang dah ada bodyguard…xpayah lah risau gan
sapa2..
Zue : kau ni lisa..kesian dekat ram ..apa pun, thanks ye ram sebab tolong kami
td..hebat juga kau yek…
Lyn : Ye lah RAM…sampai bertempiaran lari diorang tadi…nampak macam
hebat tapi hampeh…klu kau, kami tengok tadi memang hebat…dah
macam hang tuah..hehehe
Shah : Mana tak hebatnya Lyn…taekwondo gan silat ,dua2 dia ambik..tai Chi
Gan silambam je yang belum…klu tidak dia mesti jd Rajanikan
….hehehehe
Mereka ketawa bila mendengar lawak shah..memang x dinafikan ram memang hebat dalam seni mempertahankan diri. Malah di kolej pun,walaupun beliau pelajar baru namun telah menjadi tenaga pengajar bagi membantu jurulatih di kolej..Kejadian di warung makcik isma itu telah menjadi perbualan hangat di kolej. Ram telah menjadi pujaan kerana hebat mempertahankan zue dan lyn…kerana ketika pergaduhan itu ibarat aksi jet li melawan musuh..teruk empat lelaki itu dibelasah ram.walaupun ram tidak cedera parah..namun laporan polis telah dibuat bagi menjamin keselamatan dia , zue dan lyn.namun yang menjadi persoalan RAM, apa yang mereka mahu…siapa mereka ini…sampai boleh kenal Zue dan Lyn???
Kejadian itu juga seperti melembutkan hati zue kepada ram…jika dulu, mereka akan duduk berjauhan walaupun didalam kelas yang sama.tapi kini sering saja kelihatan mereka bersama..hinggakan setiap hari zue akan jadi penumpang setia bg ram jika pergi dan balik dari kuliah.
Lyn seperti mengerti apa yang berlaku…mengerti bahawa dia bukanlah pilihan utama ram..walaupun dalam fikiran ini..sering muncul wajah ram..wajah yang sukar untuk mengukir senyuman…serius serta sukar untuk memulakan bicara. Tapi yang menarik tentang ram bg lyn adalah kerana ram seorang yang giler-giler bila sudah biasa dengannya.serta suka membuat lawak bodoh. Lyn dan ram sering bergaduh sebab suka memberi panggilan kepada satu sama lain.. Ram dipanggil T-Rex oleh lyn kerna muka ram yang serius manakala lyn pula dipanggil ira..sebabnya lyn seperti erra fazIRA..kata ram yang mengusik…
Dan satu hari, ketika RAM berada di library untuk mencari buku bagi menyiapkan satu assignment …beliau telah menerima satu panggilan talefon …panggilan yang membuatnya risau kerana kenal dengan nadadering ini..Bergegas dia keluar dari Library..
RAM : aik..nape mama call aku lak time-time macamni..(nadadering lagu aduh
saliha yang telah ditetapkan untuk ibunya). Assalamualaikum mama..
Datin Suhaila : Waalaikumsalam syg…cepatnya anak mama ni jawab call…
RAM : Hehehe…ala biasalah mama..dengar je lagu Aduh Saliha…dah tau mama
call..
Datin Suhaila : Macam tau-tau je mama minat gan lagu tu…Ram macam mana dekat
sana..sihat ?
RAM : Ram sihat je mama..mama lak macam ne? papa sihat ke?
Datin Suhaila : Mama dan papa kau sihat je..cume papa kau ni asyik g outstation je..so
tinggal lah mama dengan adik kau je.
RAM mempunyai seorang adik perempuan yang bernama AIN yang kini sedang menghadapi SPM.Itu lah satu-satu adik yang ram ada..kerana mereka hanya dua beradik sahaja.RAM agak manja dengan ibunya manakala adiknya pula manja dengan ayahnya.
RAM : Oooo…macam ne dengan study adik..ok tak…
Datin Suhaila : Hmmm…adik kau sorang ni…jangan haraplah nak tengok dia baca
buku..asyik keluar je..bila mama tanya dia kata g study kat sekolah.
Macam ram dulu-dulu..
RAM : Hehehe…ala mama jangan lah risau sangat..adik Nampak je macam
tu..tapi dia pandai jaga diri.. emmmm…mama ada apa sebenarnya call
ram ni?
Datin Suhaila : Mama sebenarnya nak suruh ram balik weekend ni..
RAM : Ala mama.. penatlah drive jauh-jauh ..lagipun just cuti 2 hari je..
Datin Suhaila : Syg…balik lah…weekend ni kan hari lahir papa..ram dah lupa ke?
RAM : aduh…. Sorry lah mama, ram lupa..hehehe.. ok2 .. Ram balik nanti yek
Datin Suhaila : Macam ni lah anak mama gan papa…balik tau… Ok lah..ada masa mama
call lagi ye..ram jaga diri dekat sana…
RAM : Ok mama..pandailah ram jaga diri..mama gan papa jaga diri jugak..kirim
salam kat adik sekali yek. Assalamualaikum…
Datin Suhaila : Wa’alaikumsalam…(tut..tut..tut)
Ram termenung seketika selepas selesai berbual dengan ibunya tadi..Harijadi papa….si dia…dia…perkara yang merimaskan ram…kalau tidak balik..apa kata papa nanti…balik nanti…dia…
Bersambung di Part 4
Friday, 9 December 2011
Noktah Cinta Euphasia : Part 2
Sambungan dari Part 1
Babak 2
Gambar Hiasan
Cuaca sekitar pantai memang panas, itulah keadaan yang harus dilalui oleh semua siswa/siswi disini. Cuaca sebegini memang sudah menjadi kebiasaan penduduk tempatan. Cuma bagi mereka yang baru menetap disini je terasa kelainannya.Mereka yang berkemampuan bolehlah membawa Kereta atau motor unutk memudahkan perjalanan ulang alik ke kuliah. Bagi yang kurang berkemampuan , ada perkhidmatan Van sekolah adalah pengangkutan rasmi untuk ke kuliah.Tapi kene ikut turn lah..Termasuk lah dengan Zue ini, Sudah hampir 1 jam masa berlalu namun van tetap penuh dengan pelajar lain yang berebut ingin balik awal..
Zue : Adus…siot je lyn gan melisa ni…mesti diorang tengah baring2 kat bilik
ni... Ahhhh…balik jalan kaki je lah…tapi hari panas lak…Selamba je lah
Zue memulakan langkah menyusuri laluan perjalan kaki..hanya kelihatan beberapa pokok kecil yang mula membesar..panas cuaca hari itu tidak dapat dikatakan lagi…sambil menutup bahagian atas kepala dengan buku untuk lindung dari panas matahari, ZUE meneruskan perjalanannya..walaupun jam baru pukul 12 thari, namun suasana jalan belakang universiti agak lenggang.maybe kerana hari pertama, semua pelajar berebut naik van sekolah.takut panas
Berbeza ketika mula dahulu ketika sesi orientasi …semua pelajar akan menggunakan jalan ini..perkara yang tak dapat dilupakan zue ketika itu adalah dia,melisa dan lyn lari bertempiaran selepas melihat biawak yang besar..kadang-kadang zue akan tersenyum sendirian bila teringat peristiwa itu.
…Ketika peluh mula membasahi diri zue akibat panas pantai..tiba-tiba cuaca menjadi redup sikit….
Ilham : Assalamualaikum…
Zue : Wa’alakumsalammmm…(keadaan menjadi senyap seketika)..iL..kau
wat apa sini…
Ilham : IL ikut zue …kesian tengok zue jalan tengah panas..ni Payung..
Zue : Patutlah redup je tadi….(kata zue dalam hati)…Kenape IL ada dekat
Sini? Tanya zue lagi sekali
Ilham : Sebab IL nak dekat dengan zue..IL nak tebus salah IL dulu..sebab
tu IL datang ke sini.
Zue : Please IL…zue xnak dengar lagi alasan IL..cukuplah apa yang berlaku
dulu..
Ilham : Zue …IL tau IL salah dengan zue.. sebab tu IL ambik keputusan pilih
sama U dengan Zue..Zue hak IL.. IL syg dekat Zue
Zue : SUDAHHHH…zue xnak dengar semua tu lagi..Tolong..jangan kacau
zue lagi..Nah ambik payung ni…zue xnak apa2 pemberian dari orng
bernama IL.. IL dah mati dalam hidup Zue..
Ilham : Zueeee…….
Zue pun berlari meninggalkan Ilham kesorangan ..kini peristiwa lama mula membayangi zue..deraian air mata mula membasihi pipi..zue tidak peduli keadaan sekeliling..semakin jauh ia berlari semakin hilang IL dari pandangannya…kini tiada sesiapa disitu selain zue..zue berhenti menangis sepenuh hati…kisah-kisah dulu mula membayangi pemikiran
Zue semula,ILHAM merupakan cinta pertamanya..tapi ILHAM juga membuatkan ZUE menjadi benci kepada lelaki…Zue betul-betul terluka pabila ILHAM pergi dari hidupnya..
Zue : IL!!!!...Apa salah zue…nape iL buat zue macam ni…nape IL seksa zue
macam ni..
Hujan mula turun melenyapkan panas sebentar tadi…seperti mengerti akan kesedihan yang dialami oleh ZUE ketika itu…tangisan zue seperti hujan yang turun lebat ketika itu…
Jam menunjukkan pukul 6 petang..Lyn dan melisa baru terjaga dari tido..menjadi kebiasaan bagi student akan tido selepas solat zuhur…
Lyn : Lisa…, zue x balik lagi ke…kau ada nampak dia ke
Melisa : Koi tak tau weh..kan aok gan koi tido tadi..pepalih aok ni
Lyn : Kau ni lisa…perli loghat aku nampak…aku tanya betul2 ni
Melisa : Entahlah…cube ko call ke sms ke..mana tau minah tu kene makan gan
biawak komodo ke…hari tu pun dah besar giler kita jumpa..hehehe
Lyn : Muluttttt…yelah aku call dia
Zue : Apa yang korang bising ni..dari luar pun dah dengar.aku hidup lagi
( nada sedih )
Lyn : Lah zue… kau g mana??? Risau kami tau. Dah pukul 6 ni kau baru balik
Zue : Aku g library lah… korang kan tinggal aku sorang2 td…
Perasaan menyesal mula timbul dari Lyn dan Melisa..mereka tahu,mereka tak patut tinggalkan zue sorang-sorang di kampus…sedangkan mereka naik kereta dan boleh siap tido sampai petang…
Melisa : Alo-alo..mengajuk lak si diva ni…ye lah kami salah…janganlah mrajuk
yek..malam ni kami belanja ko makan yek..ko makan lah puas-puas
Zue : Ye ke…aku nak makan puas-puas malam ni.hehehe ( hilang sedikit
kesedihan zue,…yang baru pulang dari pantai bukannya dari Library )
Suasana menjadi gembira sedikt bila dengar gelak ketawa tiga sekawan ni..sambil ketawa mereka turut dance mengikut rentak lagu Rossa ( pudar ) yang baru dipasang oleh melisa. Riuh rendah bilik mereka bertiga.
Seperti djanjikan Lyn dan melisa, mereka kene belanja zue makan di warung berhadapan hostel mereka.Restauran itu terkenal dengan masakan panas….info ini mereka dapat dari para senior semasa sesi orientasi …ZUE dilayan bagai puteri oleh Lyn dan Melisa..meja makan mereka penuh dengan pelbagai makan..ZUE lak siap order Air buah gelas besar lagi (2 Gelas air tembikai).Zue bagai lupa seketika peristiwa petang tadi ….zue happy melihat kawan-kawannya sering ketawa dan menyakat dia..
Sudah hampir 1 minggu mereka semua di universiti ini..Zue sudah mula berubah sikap..menjadi agak pendiam..namun dengan RAM beliau tetap bermusuh disebab peristiwa hari pertama kuliah itu..Zue tetap menolak pelawaan Shah untuk menaiki kereta RAM. Malah bila Shah bawa keretenya..zue tetap tidak mahu naik kerete itu..Maybe zue marah dengan peristiwa itu atau sekadar merajuk…merajuk kerana lyn dan melisa sering tumpang kereta BMW RAM. Malah pelbagai cerita kelakar yang zue dengar tentang RAM dan SHAH dari perbualan lyn dan melisa ketika di bilik. Walaupun sekadar mendengar, kadang-kadang terburai juga gelak ketawa zue.Lyn bagitahu yang RAM dan shah suka buat lawak bodoh n poyo…
Lyn : Lisa.. Zue..Petang ni kita pergi makan sotong goreng kat pantai
Airport,Nak tak? Lgpun kita dah bau abis test …boleh release tensen skit
Zue : Ok gak tu,pejam celik dah dekat sebulan kita kat sini kan …petang nanti
kita sewa kereta yek..
Melisa : Eh..korang…aku x boleh join korang lah..aku da hal sikit petang ni
Lyn : Hal gan Shah lah tu…kau ingat aku tak tau kau ada skandal gan
mamat alfa romeo tu.mamat poyo tu,,hahaha
Melisa : Ala ok apa Shah tu..baik..hensem..
Zue : Heee..korang ni…dah la tu..so mcm ne petang ni lyn.
Lyn : Bereh Boh….
Zue/Melisa : Org temerloh dah pandai ckp tganu..hahahahaha
Lyn : Jahat lah korang ni…Hehehehe
Seperti yang dirancang, lyn dan zue pergi ke tempat sewa kereta. Namun apa yang diharapkan tidak kesampaian sebab semua kereta telah abis disewa…mungkin sebab ramai pelajar baru abis test..jadi ramailah yang keluar jalan-jalan.malang sungguh nasib dua wanita ni sebab hajat nak pergi santai di tepi pantai airport tidak kesampaian.
Ping..ping..
Lyn : Eh… tu kereta RAM
RAM : Hai lyn…nak pergi mana ni..????
Zue : kau sibuk apa!!!suka hati kami lah nak g mana??
RAM : Amboi garangnya awek ni..aku cakap gan lyn..bukan kau..perasan
Lyn : Kami nak sewa kereta tadi..nak pergi tepi pantai..tapi kete lak habis
RAM : Lah..kebetulan..aku pun nak pergi pantai airport ni..jom lah ikut skali.
Lyn : Zue..jom lah ikut skali…
Zue : Malas lah aku ( Nada yang agak lembut )
Lyn : Jom lahhhhhhhhh…. ( Lyn pun tarik zue ke pintu depan dan dan lyn
duduk di belakang ).
Zue : Lyn…aok lah duduk depan..hehehe
RAM : eh…Zue orang temerloh ke???
Lyn : Dah RAM..jangan di layan perempuan giler ni..
RAM : hehehehe ( Gembira ram bila zue mula mengukir senyum dengan nya)
Inilah saat yang dinantikan RAM…selepas bergaduh diawal pertemuan dahulu…hatinya mula terbit perasaan ingin tahu tentang Zue.Tingkah lakunye…kecantikkan wajahnya yang seumpama wanita cina membuat ram begitu terpesona…lain pula bagi lyn, dia seorang wanita yang ayu wajahnya..terserlah ciri-ciri wanita timur dengan kelembutan dan sopan adab tertib . Kedua-dua istimewa bagi ram kerana zue umpama putik cinta yang mula bersinar didalam hatinya walaupun hanya ram sahaja yang merasainya..adakah Zue akan menerimanya???Manakala Lyn pula seorang rakan yang banyak membantunya dalam mendapatkan cerita tentang seharian Zue..persahabatan yang kadang-kadang menimbulkan kemesraan seperti pasangan kekasih..
Zue : RAM …. RAM..(panggil zue)
RAM : Eh…ye zue..ada apa…sorry , aku x perasan kau panggil aku td.
Zue : Kau ni…suka sangat koya kan …ingat apa lah tu…
RAM : Mana ada ingat apa2…tapi “koya” tu apa????hehehe
Zue : Koya tu bler..macam kau td..Khayal lah…kita dah nak sampai ni..kau
dari td senyap je..aku gan lyn pelik jd pelik lak bila ko senyum.
RAM : hehehe..mana ada..aku happy sebab kau dah boleh senyum..tak macam
awal2 kita bergaduh dulu.
Zue hanya tersenyum je bila ingat semula kejadian hari tu. Dia pun pelik kenapa dia boleh jadi cepat mesra dengan ram..maybe kerana kesungguhan ram mahu berkawan dengan nya atau dia selalu mendengar cerita tentang ram dari lyn dan melisa..Kereta ram pun berhenti di warung kepok lekor di tepi pantai berhampiran airport. Pemandangan yang indah diwaktu petang.Ramai family yang bersiar-siar di kawasan pantai.Kanak-kanak bermain layang-layang,membuat istana pasir.Kami pun pergi ke seorang makcik yang sedang mengoreng sotong dan ikan. Selain menjual keropok, warung ini juga menjual makanan laut .
RAM : Assalamualaikum makcik isma….
Mck Isma : Wasalam … kau rupanya ram…hah nak makan apa hari ini…sotong
goreng ke…eh…hari ni bawak teman wanita ke..selalu bawak shah je.
RAM : Makcik isma ni…mana ada awek nye..kawan2 je..tak kan lah 2 org sekali
awek sy…hehehe.
Mck Isma : Boleh je klu nak…hah korang ni nak makan apa?
RAM :Emmmm….Lyn dengan Zue nak makan apa ?
Lyn : Kami ikut je RAM..tapi air , kami nak air kelapa yek…
RAM : ok…korang pergi ambik meja tepi tu..xda org lg..nanti aku bawakkan
makanan ni.
Zue dan lyn pun bergerak ke meja yang dikatakan oleh RAM tadi..namun semua mata tertumpu kepada zue sahaja. Wajahnya yang mirip amoi cina malah pakaian yang agak moden menyerlahkan lg kecantikkannya.sebentar kemudian ram pun datang membawa makanan yang di order.
Zue : Alo-alo..siannya dia..berat ke…meh zue tolong..
RAM : Eh..xpa zue..demi zue..kapal terbang pun ram sanggup angkat..hehehe
Lyn : Zue je…lyn macam ne lak ( Usik lyn kepada ram )
RAM : Lyn pun nak jugak ke…nah tolong angkatkan air kelapa ni..korang
punya gak.
Lyn : hummmm…..yelah…
Zue : zue makan dulu yek…..bestnye sotong goreng ni….
RAM : Mestilah best…makcik isma yang masak..korang nak tau..dia buat
sendiri ramuan tepung goreng ni..tu yang best..ala mcm kat kedai yang
ayam goreng best tu..hehehe
Tiba-tiba……Pang…..( Gelas dan pingan di meja ram jatuh )…lalu kedengaran suara memekik..HOI JANTAN…
*Bersambung di Part 3
Sunday, 4 December 2011
Noktah Cinta Euphasia : Part 1
Noktah Sebuah Cinta
Cinta dan sayang ibarat pengorbanan jiwa dan raga kepada insan yang disayangi..namun jika menjadi hamba cinta akan memusnahkan sebuah erti harga diri..ZUE didalam dlema pabila hadirnya ILHAM dalam hidupnya selepas hancurnya segala impian..Kasih yang mula disinari oleh RAM membuat ZUE dalam persimpangan untuk memilih..ILHAM atau RAM….Namun LYN hanya berserah moga beliau tidak menjadi penghalang kasih ZUE dan RAM…walaupun cintanya hanya untuk RAM…adakah cinta ini berakhir antara ZUE dan RAM…atau adakah ruang lagi untuk kasih yang lain…
Babak 1
Jurusan Ekonomi adalah bidang yang dipilih oleh Amri walaupun dia tiada asas dalam bidang itu. Tiada basic tapi dah dapat kan nak buat macam ne..itu lah padahnya jika isi borang UPU ikut suka hati je. Amri juga mempunyai nama yang pelik iaitu RAM . Nama ini diperolehi ketika berada di universiti,namun itu lah yang dipanggil dan kekal sehingga kini. Gelaran itu tidak penting sangat sebab apa ada dengan nama kan…Baginya , berada di pusat pengajian tinggi adalah saat yang paling menyeronokkan kerana menjadi siswa tapi beliau merasa janggal dan sunyi sebab hanya seorang diri berkelana mencari Ilmu di salah sebuah Universiti di Pantai Timur. Pusat pengajian yang kurang dikenali namun sedap disebut bila disingkatkan namanya. Ikutilah kisah yang sarat dengan cinta dan dendam ini.
Hari pertama yang penuh tanda tanya, betul ke aku ni..sambil termenung di hadapan sebuah bangunan iaitu bilik kuliah..
Prof Shukri : Awak berangan apa tu???..dengan nada sergah
RAM : Opocot mak kau…( alamak, macam ne aku boleh melatah lak ni)..tak
berangan pun…aku tengok pintu bilik…cantik sangat…
Prof Shukri : Student Kelas ekonomi ke..kalau student masuk..jangan termenung
depan pintu mcm tu…macam tengok awek je.
RAM : kau student baru gak ke ??? tanya ku…
Pertanyaan hanya dijawab dengan langkahnya yang terus masuk ke bilik yang tengok dari tadi..sombong giler mamat ni..aku tanya dia x jawab pun..aku pun ikut lelaki yang menyapa aku tadi lalu mengambil tempat duduk dibelakang sekali bersama sekumpulan student lelaki yang lain..
RAM : Eh , Nape mamat tu duduk meja depan(kata ku dengan nada yang
pelahan)..tak kan dia lecturer kot ..Mampus aku …
Prof Shukri : Awak!!!!! yang baru masuk tadi tu!!!laung beliau.
RAM : Saya ke ????
Prof Shukri : Awak lah…tak kan saya kot.Awak dengan saya je yang masuk lewat
tadi..Datang depan sini..duduk tepi meja saya ni.
RAM : Kene duduk depan ke????
Prof Shukri : YE….Sekarang….
Bilik kuliah menjadi sunyi sepi bila mamat tu mula marah..aku pun tak suka dipandang orang ramai terutama perempuan..cepat-cepat aku duduk tepi mejanya.
Prof Shukri : Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia …sebelum saya perkenalkan diri
saya, saya nak bagi last warning…saya tak nak student saya masuk
lewat dan termenung depan pintu.
Prof Shukri : hey Boy…lepas ni saya tak nak tgk awk termenung mcm perpatung
depan pintu..FAHAM
RAM : Dengkilah tu.(ngomel ku seorang )…OK fine…
Prof Shukri : Nama saya Prof Dr.Shukri Rusli, Ketua jabatan ekonomi. Sy akan ajar
Kamu semua subjek Mikroekonomi untuk sem ini.Suka atau tidak..awak
semua kene jugak suka..Hari ini saya xnak mulakan lagi ajar awak
semua..saya nak berkenalan dengan kamu semua dulu.
Prof Shukri : Kita start dari budak termenung ni dulu…
Sesi berkenalan dimulakan dengan aku …sebelum itu nama sebenarku adalah Amri Hamzah Hurairah..berasal dari Kuala Lumpur.kota yang penuh pelbagai manusia,ragam dan golongan darjat.aku dari keluarga yang kaya.ayah ku ahli perniagaan yang terkenal di kuala lumpur… tak kisah lah sapa dia..janji , bila aku minta duit dia bagi.Aku sampai di kolej ini pun bukan sebab aku nak..tapi ayah aku yang suruh..kalau aku x ikut cakap dia..dia nak ambik semula kereta BMW dan elaun aku…dari hilang semua tu,,baik aku g sini..ala belajar je ..bukan g perang pun.
Sedar tak sedar, sesi berkenalan dah nak abis….kelas ini ada ramai awek2..jantan-jantan adalah dalam 20org..kami macam minority lak..tapi xpa lah sebab peluang nak dapat awek senang..tapi yang pelik..awek2 ni mcm xnak layan aku je…tak hensem ke aku ni..pendek sangat ke aku ni..pendek lagi prof shukri tu.maybe sebab diaorang ingat aku ni jahat kot…dah la masuk lambat hari pertama ,,pakaian lak comot x bergosok..hehehe biasa lah lelaki..
Shah : Ram….ko nak balik ke??nak tumpang…
RAM : A’ah..jom lah..aku bau nak ajak ko td. Lgpun kunci bilik tertinggal..ko
ada kan …
Shah : Ada-ada….
Shah adalah teman sebilik ku yang baru ku kenal semalam…asal dari Putrajaya manakala aku pula dari bukit bintang.Nama je shah tapi sebenarnya Shahrul Andikar. Katanya nama glemer..shah pun anak orang berada jugak..semalam aku nampak dia bawak kereta alfa romeo..tapi pelik gak nape nak naik gan aku..
RAM : Mana kete kau…
Shah : Tinggal kat hostel…pagi td aku tgk ramai aweks ikut jalan belakang
asrama kita..aku pun join lah..lgpun tgk view mcm cantik je..
RAM : Mmg lah cantik siot..tepi pantai kan ..eh..jom lah…aku nak breakfast ni.
Shah : Ko nak belanja ke.
RAM : Ayah ko Tan Sri pun, nak aku belanja ko gak ke…….Yela2 aku belanja
Shah : Hehehe..saja je nak merasa duit anak datuk…
Keluar je dari bilik kuliah kami pun menuju ke parking kereta..tapi ramai lak student yang lepak kat kawasan dataran kuliah ni…awek-awek kelas aku pun ada gak…macam ne aku nak g ambik kete aku yek.
Shah : Aik…yang kau stop kat tempat orang ramai ni nape…kau usha zue yek
RAM : Banyak lah…takat zue tu ..ramai lagi kat KL….aku tengah pikir mcm ne
nak ambik kete aku tu…klu aku g kat kete …mesti diorang kata aku nak
menunjuk tengiling aku tu.
Shah : apa lak nak menunjuknye…dah mmg kereta kau kan …aku sure and
confirm zue mesti melompong mulut nanti .
RAM : Klu boleh aku xnak menunjuk sgt..tp idea kau tu boleh pakai gak…boleh
tahan gak si zue ni.hehehe
Bermulalah idea jahat kami berdua …Shah menyuruh aku menegur zue dulu sebelum pergi ke kereta..katanya umpan untuk pancing zue..shah ckp dia dah siasat tentang zue masa di bilik kuliah tadi. Zue atau zulaika seorang gurl yang agak seksi dan cantik .. berasal dari johor..Aku pun just tau nama dia je masa sesi suai kenal tadi..walaupun masa tu aku tengah angin gan prof pendek sorang tu..
RAM : hai zue..
Zue : Hai….
RAM : Sombongnye…sy Amri Hamzah hurairah..just call me RAM
Zue : dah tau..yang datang lambat td kan …
RAM : Mana ada lewat ..Prof pendek tu yang jalan laju sangat.hahahaha
Lawak ku membuat Shah dan rakan-rakan zue turut ketawa..zue bersama 2 lagi rakan yang agak ctk macam dia…Lyn dan Melisa…Lyn Dan melisa ni nampak mesra sikit…tapi Zue ni macam kerek sikit..tau lah dia paling ctk antara 3 orang ni
Zue : Boleh tolong tak…
RAM : Tolong apa Zue?dengan nada manja.
Zue : Jangan kacau kami boleh tak..Rimas lah..Dah lah x terurus..dengan baju
x gosoknya..datang kelas lewat..heeeeeeeeee
RAM : Hey ah so..cakap baik-baik sikit yek…ko ingat ko macam amoi aku selak
sangat kat kau..cantik lagi nenek aku lah(dalam keadaan sedikit marah)
Zue : Blah lah Jantan..budget hensem je..muka je hensem tapi diri sendiri
xpandai urus..xda masa depan..
RAM : Ni dah lebih………..
Baru saja aku nak mulakan pergaduhan dengan zue..aku ditarik oleh Shah manakala zue pulak diredakan lyn dan melisa.Suasana disitu akan kecoh..semua orang tengok kami..
Shah : dah lah Ram…semua tengok kita..jom lah blah..tadi kau ckap lapar kan ...
RAM : Jom lah..menyampah aku layan si cantekkkkkkkkkk ni…
Lyn : Ram…tunggu dulu…Sapa Lyn
Lyn mengejar kami yang sedang berlalu pergi dari Zue…
RAM : hai..yang engkau ni panggil aku ni..mcm dah kenal lama je
Lyn : Hehehe..ala satu kelas tadi tengok awak…
RAM : Ye ke…malunya aku…
Lyn : sorry ye sebab zue marah-marah kau td…dia tensen sebab x dapat naik
bas td…tu yang angin semacam je
RAM : HAHAHAHA…patut lah muka macam cuka je..sebenarnya kami sj je
nak kacau dia..hehehehe
Sementara tadi..Lyn dan melisa dah dapat menenangkan zue yang macam nak naik hantu…Lyn dan melisa agak lembut orangnya serta bersederhana dalam semua segi walaupun agak cantik…namun zue pula bersikap panas baran…maybe belum kenal betul2 kot.
RAM : Jom lah aku hantar kamu semua balik….
Lyn : Naik apa?
RAM : Kereta kancil tu.(kebertulan ari tu banyak kereta)
Shah : hehehehe
Lyn : Jap yek…lyn tanya melisa gan zue yek…
Aku dan Shah hanya memerhati sahaja lyn berlalu pergi ke arah melisa dan zue..sebenarnya kami dah plan awal untuk ajak diaorang ni dan umpan dengan kete kancil…nak tengok gelagat diaorang macam ne terutama zue..dah la seksi..pakaian mcm artis je..
Zue : Lyn…nape lama sgt gan jantan2 tu…
Lyn : Aku just mintak maaf kat diaorang sebab hal td. Tak patut ko ckap ram
macam tu.
Zue : Memang patut pun..dah lah comot…ada hati nak dekat gan aku…
Lyn : Ye la..kau kan diva…eh…ram ajak kita naik kete dia..nak Tak ?
Melisa : Boleh je…lagipun dah lama kita kat sini…muka aku pun dah tebal sebab
gaduh td.
Zue : Korang ni..Please lah…orang mcm tu pun korang nak…comot…entah2
bawa kete kancil je…
Lyn ; Memamng kancil pun…ala dia ikhlas nak tumpangkan kite..jom lah
Zue : Aku rela balik jalan kaki dari naik kancil..kalau Honda civic mcm prof
Shukri tu ok lah. Dah lah hensem ..segak lak tu..single lg tu…hehehe
Lyn : ko ni zue…memilih sgt…nak ikut ke tak ni..kalau xnak aku g gan melisa
je
Zue : Korang g jelah aku xnak…comot…nak muntah aku tgk dia
Lyn : Jomlah Melisa..Zue, hati-hati tau balik sorang nanti zue.
Lyn dan melisa pun berlalu pergi dari zue..sudah ku duga yang zue x kan terima ..so dah tepat sangkaan kami yang zue ni memilih orang nak berkawan..Lyn dan Melisa sampai di hadapan kami.
Lyn : Ram…jom lah..zue xnak ikut…
RAM : hehehe dah agak pun..sebab kete kancil kan…Jomlah
Kami bergerak kete arah parking..namun lyn dan melisa menghentikan langkah mereka bila aku dan Shah membuka pintu kereta BMW 5 Series putih…Bukan saja lyn dan melisa senyap di situ..malah semua mata yang ada di dataran kuliah itu memandang kami..
Lyn : Ram…td kau ckap kancil..tapi ni BMW
RAM : Aku sj je td lyn..nak tgk zue mcm ne….cepatlah masuk..panas ni
Lyn dan melisa masuk kereta aku lalu duduk di belakang..sambil itu Lyn mengambil Handphone lalu menghantar sms kepada rakan barunya itu zue..SMS: BMW…manakala zue yang duduk di dataran kuliah itu sedar apa yang berlaku..
Zue : Alah..mamat comot tu pakai BMW…aduh…melepas aku…
Bersambung ke babak 2
Subscribe to:
Posts (Atom)