Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Monday, 25 July 2011

AL-FATIHAH BUAT AYAHANDA TERSAYANG


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tanggal 4 Julai 2011 jam 12.39pm, satu tarikh yang sangat menyedihkan aku dan keluarga kerana hari itu hari terakhir buat insan yang kami sayang iaitu ( Ayahanda ) kami Hashim Bin Abd Mubin telah kembali mengadap panggilan Allah..Setelah hampir 2 bulan Arwah ayah bertarung dengan kesakitan, akhirnya Allah lebih menyayanginya dan kami redha walaupun susah menerima hakikat yang ayah pergi buat selamanya.Pemergiannya sekelip mata, tiada siapa yang menduga yang ayah akan “pergi” pada hari itu walaupun kami tahu ayah menderita kerana sakitnya..Aku bersama seorang abang aku lagi merupakan insan yang tidak berkesempatan untuk menatap wajah ayah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Tiada perkara yang paling menyedihkan bagi seorang anak melainkan tidak dapat bersama ayah  saat beliau bertarung nyawa dan saat terakhir dikebumikan.Tapi kami redha dengan ketentuan-NYA walaupun hati ini sedih mengingatinya.

Abah…

Abah merupakan panggilan kami kepadanya..abah adalah kekuatan kami sekeluarga kerna arwah sentiasa menyayangi anak-anaknya walau apa jua keadaan.Arwah jua sentiasa inginkan anak-anaknya sentiasa berbaik sesama sendiri walaupun kadang-kadang kami adik-beradik berselisih pendapat.itulah lumrah kehidupan adik beradik pasti ada salah faham namun abah sentiasa berpesan supaya adik beradik  jangan berpecah..itu pesannya yang sentiasa bermain di telinga ini. Susah senang kami sekeluarga tidak penah mengubah kasih sayang abah kepada anak-anaknya walaupun ayah berada dalam kesakitan beliau tetap ingat anak-anaknya dan tetap mengambil berat tentang anak-anaknya . 

Abah

.. andainya masa boleh diputarkan ingin kami berbakti lagi kepadamu . Ingin terus menjaga mu ketika sihat ataupun sakit , ingin terus bersamamu walaupun apa jua keadaan kerna bagi kami engkau lah permulaan kami. Tanpa mu sapa lah kami. Biarlah diberi emas atau permata, engkau (abah) yang kami pilih..Kami ingin bersamamu lagi..kami rindukan hilai tawa mu, rindu menatap wajahmu.kerna abah satu dalam beribu.

Abah

Ramadhan kembali lagi…kami berhajat untuk berpuasa dan beraya bersamamu seperti tahun lepas..Namun kini hanya tinggal kenangan kerna Allah lebih menyayangi abah..Moga Ramadhan memberi rahmat kepada roh abah.Moga abah ditempatkan bersama Golongan yang beriman .Kepada abah.,hanya doa dari kami mengiringi abah, . Insya’allah..kami akan sentiasa mengingati ayah kepada anak-anak kami yang arwah atuk mereka adalah insan yang Paling istimewa dihati kami hingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, Ampunilah Dosa Abah , Tempatnya bersama insan yang Engkau kasihi.Amin…..

*Buat Insan yang menguruskan pengurusan jenazah diHospital Temerloh , Semoga Allah membalas jasa kalian semua didunia dan diakhirat.Buat Dato’Mohd Sharkar Shamsudin, terima kasih kerna menyumbangkan kerusi roda buat abah kami ketika hayatnya masih ada. Mungkin selepas ini, kerusi itu boleh disumbangkan kepada insan yang senasib seperti ayah kami. Jasa dato’ akan kami kenang sampai bila-bila.Moga Allah memberkati perjalanan hidup dato’ sekeluarga…Buat penduduk setempat(Taman atau Kampung), terima kasih dari kami sekeluarga.Hampir 20 tahun abah menetap di TMI, banyak suka duka bersama penduduk setempat.Hanya ALLAH akan membalas jasa kalian semua.

* Buat mereka yang mengenali Arwah abah kami…Kami sekeluarga memohon kemaafan bagi pihak arwah abah kami sekiranya beliau ada berkasar tingkahlaku atau bahasa ketika hayatnya, ampunkan dosa abah kami jika ada..Halal makan Minumnya jika ada.Itu saja harapan kami sebagai anak-anak,hanya ingin rohnya tenang disana.
                                                                                    AL-FATIHAH 

*Yang buruk datangnya dari saya dan yang baik hanyalah  dari ALLAH S.W.T. mohon maaf sekiranya penulisan saya ini menguris hati sesiapa.
 

No comments:

Post a Comment