Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Tuesday, 26 July 2011

Perlawanan Bolasepak : Malaysia Vs Singapura Di Stadium Bukit Jalil-2011


Malaysia Vs Singapura 2011 Di Stadium Bukit Jalil.

5-3, Keputusan perlawanan di singapura. Misi begitu sukar bagi Pasukan Harimau Malaya untuk menyamakan aggregate gol kepada 5-5 sambil mengharapkan Skuad Singa tidak membolosi gawang Harimau Malaya. Kerana jika keputusan seperti diatas, Malaysia akan layak beraksi di pusingan Ke-3..Kelayakan Piala Dunia di Brasil . Jika ini berlaku..sejarah baru akan dilakar oleh anak buah Datuk Rajagopal , buat pertama kali Malaysia layak beraksi ke peringkat yang lebih tinggi selepas zaman kegemilangan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dahulu.



                                         


2 GOL.. Jaringan yang mesti direalisasikan oleh pasukan Harimau Malaya jika ingin membuktikan bahawa kemenangan di Piala AFF  dahulu bukan nasib semata-mata tetapi Malaysia memang layak memenanginya kerana prestasi yang baik sejak kebelakangan ini. Sekarang kita sudah boleh berbangga dengan mutu permainan anak-anak muda yang semakin meningkat tidak kira skuad utama atau skuad olimpik mereka terus menunjukkan komitmen unutk berjaya. Jika dulu ramai pemain seperti tidak kisah jika tidak dapat mewakili Malaysia sebab pada mereka pasukan Negeri atau kelab lebih utama. Tetapi sekarang … Ramai pemain senior mahupun remaja berebut-rebut untuk menyarung jersi utama Malaysia kerana pasukan Malaysia mula menjadi kegilaan rakyat kite. Ini semangat yang dialami pada zaman Mokthar Dahari mula meresapi pemain Malaysia  itu meletakkan maruah Negara lebih penting daripada imbuhan.

Semangat ini yang rakyat Malaysia mahukan, melihat pemain bermain untuk maruah Negara. Jadi Tidak mustahil Malam ( 28 JULY 2011 ) kita boleh menjaringkan 2 atau 3 Gol. Kekuatan pasukan Malaysia sekarang adalah pada semangat melawan pemain muda kita. Tidak pernah kenal putus asa atau penat. Mereka terus mencari dan mengejar bola, merencana pergerakkan  dan mengawal permainan hanya untuk 1 tujuan iaitu kemenangan.Oleh itu perancangan yang rapi perlu diserapkan di setiap bahagian beserta pemain yang sesuai..Ini antara idea yang boleh dijadikan pertunjuk walaupun Datuk K. Rajagopal lebih mahir dalam bidang kejurulatihan.

Serangan
*Dua pemain yang harus diturunkan iaitu Safee Sali dan Norhahrul Idlan Talaha
*Jika diberi pilihan kedua, penjaring terbanyak liga super iaitu Abdul Hadi Yahaya boleh mengantikan Norshahrul idlan Talaha jika tidak sempat pulih
*Ketiga-tiga pemain ini merupakan penyerang yang berpengalaman serta bijak menghidu peluang dan tidak akan mengsia-siakan peluang menjaringkan gol jika ada ruang diberikan.

                                            


Tengah
* 2 pemain yang harus diturunkan dalam kesebelasan utama iaitu Amirulhadi Zainal (Sayap Kanan), S. Kunanlan ( Sayap kiri ). Kedua-dua pemain ini begitu selesa di posisi ini kerana kepantasan serta skill yang sering mengelirukan pihak lawan.
* 2 Lagi pemain untuk bahagian tengah adalah Ashari Samsuddin dan Shakir Shaari . Ketiadaan safiq rahim pasti memberi impak bagi pasukan tetapi barisan yang ada sudah pasti mempunyai perancangan sendiri bagi menampung ketiadaan Safiq Rahim.


Pertahanan
* 2 pemain pertahanan tengah yang menjadi pilihan saya adalah Muslim Ahmad dan Aidil Zafuan Radzak . Aidil tidak bermain di Singapura kerana kecederaan. Kembalinya Aidil akan membantu barisan pertahanan yang begitu longgar ketika ini. Malah posisi ini perlu pemain yang lebih senior seperti Aidil bagi mengawal rentak rakan sepasukan serta menstabilkan emosi rakan-rakan pertahanan yang lebih muda.
* 2 pemain pertahanan bagi posisi sayap adalah seperti Fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar. Kedua-dua pemain ini agak konsisten serta pantas menahan asakan lawan terutama bersaing diudara kerana faktor ketinggian mereka berdua. Penyerang Singapura mempunyai ketinggian serta badan yang tegap , oleh itu kedua-dua pemain kita ini sesuai untuk bersaing dengan mereka.

Penjaga Gol
*Kali ini sudah tentu pilihan terarah kepada Khairul Fahmi Che Mat untuk menjaga gawang Malaysia kerana aksi yang kurang baik diberikan oleh Sharbinee Allawee Ramli ketika di Singapura. Di harap Khairul Fahmi lebih pantas membaca serangan serta rembatan penyerang Singapura. Kerana pertahanan terakhir adalah penjaga gol kita sendiri. Beraksi lah seperti di Final Piala AFF dahulu

Namun pasti Datuk K.Rajagopal sudah mempunyai ramuan untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia melihat Harimau Malaya terus mara menjadi gergasi ASEAN.Ayuh Rakyat Malaysia, kita penuhkan Stadium Bukit Jalil pada malam 28 July 2011 dengan memakai jersi kuning keramat Malaysia. Kita musnahkan semangat pemain Singa dan kita naikkan semangat Harimau Malaya. “Agi Idup Agi Ngelaban”..Teruskan berjuang wahai Harimau Malaya..Sokonglah Skuad Harimau Malaya walau apa pun berlaku.. MALAYSIA BOLEH.

Monday, 25 July 2011

AL-FATIHAH BUAT AYAHANDA TERSAYANG


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tanggal 4 Julai 2011 jam 12.39pm, satu tarikh yang sangat menyedihkan aku dan keluarga kerana hari itu hari terakhir buat insan yang kami sayang iaitu ( Ayahanda ) kami Hashim Bin Abd Mubin telah kembali mengadap panggilan Allah..Setelah hampir 2 bulan Arwah ayah bertarung dengan kesakitan, akhirnya Allah lebih menyayanginya dan kami redha walaupun susah menerima hakikat yang ayah pergi buat selamanya.Pemergiannya sekelip mata, tiada siapa yang menduga yang ayah akan “pergi” pada hari itu walaupun kami tahu ayah menderita kerana sakitnya..Aku bersama seorang abang aku lagi merupakan insan yang tidak berkesempatan untuk menatap wajah ayah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Tiada perkara yang paling menyedihkan bagi seorang anak melainkan tidak dapat bersama ayah  saat beliau bertarung nyawa dan saat terakhir dikebumikan.Tapi kami redha dengan ketentuan-NYA walaupun hati ini sedih mengingatinya.

Abah…

Abah merupakan panggilan kami kepadanya..abah adalah kekuatan kami sekeluarga kerna arwah sentiasa menyayangi anak-anaknya walau apa jua keadaan.Arwah jua sentiasa inginkan anak-anaknya sentiasa berbaik sesama sendiri walaupun kadang-kadang kami adik-beradik berselisih pendapat.itulah lumrah kehidupan adik beradik pasti ada salah faham namun abah sentiasa berpesan supaya adik beradik  jangan berpecah..itu pesannya yang sentiasa bermain di telinga ini. Susah senang kami sekeluarga tidak penah mengubah kasih sayang abah kepada anak-anaknya walaupun ayah berada dalam kesakitan beliau tetap ingat anak-anaknya dan tetap mengambil berat tentang anak-anaknya . 

Abah

.. andainya masa boleh diputarkan ingin kami berbakti lagi kepadamu . Ingin terus menjaga mu ketika sihat ataupun sakit , ingin terus bersamamu walaupun apa jua keadaan kerna bagi kami engkau lah permulaan kami. Tanpa mu sapa lah kami. Biarlah diberi emas atau permata, engkau (abah) yang kami pilih..Kami ingin bersamamu lagi..kami rindukan hilai tawa mu, rindu menatap wajahmu.kerna abah satu dalam beribu.

Abah

Ramadhan kembali lagi…kami berhajat untuk berpuasa dan beraya bersamamu seperti tahun lepas..Namun kini hanya tinggal kenangan kerna Allah lebih menyayangi abah..Moga Ramadhan memberi rahmat kepada roh abah.Moga abah ditempatkan bersama Golongan yang beriman .Kepada abah.,hanya doa dari kami mengiringi abah, . Insya’allah..kami akan sentiasa mengingati ayah kepada anak-anak kami yang arwah atuk mereka adalah insan yang Paling istimewa dihati kami hingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, Ampunilah Dosa Abah , Tempatnya bersama insan yang Engkau kasihi.Amin…..

*Buat Insan yang menguruskan pengurusan jenazah diHospital Temerloh , Semoga Allah membalas jasa kalian semua didunia dan diakhirat.Buat Dato’Mohd Sharkar Shamsudin, terima kasih kerna menyumbangkan kerusi roda buat abah kami ketika hayatnya masih ada. Mungkin selepas ini, kerusi itu boleh disumbangkan kepada insan yang senasib seperti ayah kami. Jasa dato’ akan kami kenang sampai bila-bila.Moga Allah memberkati perjalanan hidup dato’ sekeluarga…Buat penduduk setempat(Taman atau Kampung), terima kasih dari kami sekeluarga.Hampir 20 tahun abah menetap di TMI, banyak suka duka bersama penduduk setempat.Hanya ALLAH akan membalas jasa kalian semua.

* Buat mereka yang mengenali Arwah abah kami…Kami sekeluarga memohon kemaafan bagi pihak arwah abah kami sekiranya beliau ada berkasar tingkahlaku atau bahasa ketika hayatnya, ampunkan dosa abah kami jika ada..Halal makan Minumnya jika ada.Itu saja harapan kami sebagai anak-anak,hanya ingin rohnya tenang disana.
                                                                                    AL-FATIHAH 

*Yang buruk datangnya dari saya dan yang baik hanyalah  dari ALLAH S.W.T. mohon maaf sekiranya penulisan saya ini menguris hati sesiapa.
 

Friday, 1 July 2011

Pengumuman Untuk Semua Pengunjung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Malaysia  adalah sebuah negara demokrasi berperlembagaan.Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang dipilih oleh Rakyat.Tidak kira secara umum ( Malaysia ) atau khusus ( Negeri )semuanya ditentukan oleh 1 undi 1 penduduk malaysia melalui pilihanraya.Jika tidak adil sesebuah pilihanraya masakkan ada negeri yang tewas kepada mereka yang digelar pembangkang.ini menunjukkan Rakyat Malaysia masih bebas memilih..Kita tidak perlu pemberontakan,perhimpunan haram atau sebagainya..jika benar kita dipilih oleh rakyat kerana mutu pentadbiran yang baik maka jangan lah risau kerana rakyat sudah pandai memilih yang mana baik atau buruk. Tidak kira kerajaan memerintah di Malaysia atau Negeri mahupun pembangkang jika tidak berkhidmat dengan baik rakyat akan menilai dalam pilihanraya seterusnya.

Jangan lah kita gadaikan maruah negara kita dengan perkara yang tak elok seperti pemberontakan atau perhimpunan haram kerana akan menjejaskan ekonomi negara yang semakin menuju negara maju serta menganggu keselamatan orang awam terutama kanak-kanak.Gunakan saluran yang betul jika ada ketidakpuasan hati seperti rundingan.Sayangilah diri anda, keluarga , agama,bangsa dan negara.

Negara Kita , Nyawa kita.

*Segala tulisan saya didalam blog ni adalah bersifat umum serta tidak berpihak kepada mana-mana pihak.saya hanya menulis hal berkaitan hal peribadi saya seperti Harijadi,Cinta Itu Buta dan Soalan Maut. Segala Tulisan saya ada kaitan dengan isu-isu semasa, pengalaman hidup serta percintaan saya di zaman Universiti.saya bukan seperti Blogger lain yang menjadikan blog untuk memburukkan seseorang atau menyerang peribadi seseorang.Cerita berkaitan peribadi didalam blog ini tiada kene mengene dengan sesiapa pun samada hidup atau sudah meninggal dunia.apa lagi niat untuk menyakitkan hati sesiapa.Jika Ada kaitan mungkin hanya kebetulan kerana kehidupan ini penuh persamaan.Jika tulisan saya menyakitkan hati, saya memohon maaf dan akan lebih sensitif pada isu-isu tertentu seperti yang saya baru coretkan diatas ini.Sayangilah Negara Malaysia, keluarga, masyarakat, kawan-kawan serta diri sendiri.