Cerita Dari Hati Adalah Kisah PeribadiKU Dulu, Kini Dan Selamanya.. Tiada Kaitan Dengan Yang Masih Hidup Atau Sudah Meninggal Dunia..Stories From the Heart is my personal story of the past, Now and Forever ..ஹார்ட் கதைகள் இப்போது மற்றும் ஃபாரெவர், கடந்த என் சொந்த கதை உள்ளன .. இறப்பு அல்லது வித் இட் தொடர்பில்லாத நாடு ..从心的故事是我个人的故事,过去,现在和永远..无关的生活与死亡或它..
Clip Here For Information - Hot Product 2011
Clip Here For Information ( Product )
Tuesday, 31 December 2013
Tahun Baru 2014 : Indahkah dari Tahun 2013
Detik jam ... Detik Minit..Dan Detik Saat adalah kiraan masa yang sentiasa bergerak tanpa menunggu sesiapa sahaja....
Sedar tak sedar kita akan meninggalkan tahun 2013 dan akan memasuki tahun yang baru iaitu 2014...Banyak yang dilalui sepanjang tahun ini , awal tahun bertukar kerja dari seorang penyelia juruwang kepada seorang "executive" di sebuah syarikat TELCO yang terbesar dan terkenal di Malaysia.
Sejarah juga berlaku bila bertukar status solo kepada sudah berpunya memberi banyak motivasi untuk lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri dan juga kepada insan lain dari semua segi seperti lebih rajin berkerja dan bersabar. Tahun 2013 juga menjadi untuk berkhidmat untuk masyarakat terutama kepada belia-belia supaya lebih banyak masa berfaedah dilakukan oleh mereka. Tidak kira lah, bersukan ke ekonomi ke janji mereka hidup sihat tanpa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Faktor ekonomi semasa menjadi isu hangat hingga ke saat Malam 31 disember 2013, taraf hidup semakin tinggi , inflasi semakin tinggi & kos sara hidup semakin membebankan atas faktor pelbagai kenaikan yang mendadak. Perlu ada langkah segera yang mesti diambil oleh pihak yang terlibat supaya rakyat tidak terbeban dengan isu ini. Jangan biarkan luka menjadi barah , jangan biarkan cinta menjadi dendam amarah kerana kesepitan hidup dibumi sendiri. Langkah "menang-menang" perlu dibuat untuk meredakan masalah ini supaya tiada yang kalah & terus dipersalahkan nanti. Mengurangkan Kos pembelanjaan oleh pihak berkenaan adalah langkah tepat tapi agak terlewat dilakukan kerana isu ini sudah hangat diperkatakan .. Malah usaha ini masih tidak menyeluruh dan perlu diperluaskan kepada semua sektor kerajaan serta mereka berkaitan agar sumber berkenaan dapat disalurkan kepada rakyat secara terus. Bila ada kenaikan itu dan ini , gaji pun perlulah naik atau beri lah imbuhan serta insentif yang boleh mengurangkan bebenan ini. Selepas itu barulah boleh kurangkan apa yang nak "dikurangkan" atau naikkan sesuatu tapi buatlah dengan berpada-pada..
Terpulang kepada yang menilai kerana ini adalah masalah rakyat,dan sebagai rakyat biasa kita yang merasanya. Namun sayangkan Negara , Bangsa & Agama perlulah Diutamakan. Tidak perlu melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan perpaduan dan keamanan negara ini.Sungguh susah untuk mencapai kemerdekaan , dan jangan pula mudah untuk menghuru-harakannya pula. Buat mereka Pembuat Keputusan, Dengarlah Rintihan perit kehidupan Rakyat dan Buat Rakyat pula...Jaga Keamanan Dan Perpaduan kita Semua..
KITA RAKYAT MALAYSIA
Love MALAYSIA
Subscribe to:
Posts (Atom)