Cerita Dari Hati Adalah Kisah PeribadiKU Dulu, Kini Dan Selamanya.. Tiada Kaitan Dengan Yang Masih Hidup Atau Sudah Meninggal Dunia..Stories From the Heart is my personal story of the past, Now and Forever ..ஹார்ட் கதைகள் இப்போது மற்றும் ஃபாரெவர், கடந்த என் சொந்த கதை உள்ளன .. இறப்பு அல்லது வித் இட் தொடர்பில்லாத நாடு ..从心的故事是我个人的故事,过去,现在和永远..无关的生活与死亡或它..
Clip Here For Information - Hot Product 2011
Clip Here For Information ( Product )
Friday, 23 August 2013
ISABELLA : SEARCH
Isabella
Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
Korus
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella
Ulang dari korus
Isabella
Sebuah lagu “legend” dalam semua lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan search. Namun tidak ramai yang tahu rahsia disebalik lagu yang sangat popular ini.
Composer : Search
Lyric : Bob Lokman
Inilah dua nama yang sering disebut jika ada yang bertanya siapakah yang mencipta lagu hebat ini sedangkan jika ditanya kepada Amy Search tentang kebenaran fakta ini..mungkin beliau hanya mampu tersenyum menyimpan seribu rahsia tentang misteri lagu ini. Memang benar dan tidak dinafikan lirik yang hebat ini adalah hasil nukilan Bob Lokman , malah tidak dapat diselindungi lagi suatu ketika dahulu Bob Lokman sering berkerjasama dengan seorang pemuzik yang hebat ini. Malah banyak kumpulan serta penyanyi solo mendapat sentuhan pemuzik ini iaitu M.Nasir
Semua tahu tentang kehebatan serta kebolehan M.Nasir dalam dunia seni. Selain mencipta lagu, beliau seorang penulis lirik,penyanyi,pelakon,pengarah,penerbit,pelukis dan banyak lagi. Beliau juga banyak mencipta lagu untuk kumpulan yang menyanyikan lagu Isabella iaitu SEARCH
Pernah Dato’ Ramli MS menyatakan susunan lagu yang hebat dari M.Nasir adalah lagu Isabella, walaupun semua tahu hakikatnya lagu itu didaftarkan atas nama Search dan Bob Lokman. Ada yang mengatakan perkara ini disebabkan ketika itu M.Nasir belum dapat taraf kerakyatan Malaysia .
Tapi Kumpulan SEARCH sendiri seperti mengiyakan bahawa pencipta sebenar lagu Isabella adalah M.Nasir menerusi filem Fenomena ( lagu Isabella dinyanyikan dalam file ini ) .
Walaupun hingga kini setelah bergelar Dato’, M.nasir tetap tidak tampil untuk menyatakan bahawa dialah pencipta sebenar lagu berkenaan. Mungkin padanya, biarlah hasil karyanya dihargai terlebih dahulu dari mengetahui siapa penciptanya..
*Semua kenyataan diatas hanyalah berdasarkan cerita-cerita yang sahih namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan
Subscribe to:
Posts (Atom)