Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Tuesday, 31 December 2013

Tahun Baru 2014 : Indahkah dari Tahun 2013

Detik jam ... Detik Minit..Dan Detik Saat adalah kiraan masa yang sentiasa bergerak tanpa menunggu sesiapa sahaja.... Sedar tak sedar kita akan meninggalkan tahun 2013 dan akan memasuki tahun yang baru iaitu 2014...Banyak yang dilalui sepanjang tahun ini , awal tahun bertukar kerja dari seorang penyelia juruwang kepada seorang "executive" di sebuah syarikat TELCO yang terbesar dan terkenal di Malaysia. Sejarah juga berlaku bila bertukar status solo kepada sudah berpunya memberi banyak motivasi untuk lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri dan juga kepada insan lain dari semua segi seperti lebih rajin berkerja dan bersabar. Tahun 2013 juga menjadi untuk berkhidmat untuk masyarakat terutama kepada belia-belia supaya lebih banyak masa berfaedah dilakukan oleh mereka. Tidak kira lah, bersukan ke ekonomi ke janji mereka hidup sihat tanpa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Faktor ekonomi semasa menjadi isu hangat hingga ke saat Malam 31 disember 2013, taraf hidup semakin tinggi , inflasi semakin tinggi & kos sara hidup semakin membebankan atas faktor pelbagai kenaikan yang mendadak. Perlu ada langkah segera yang mesti diambil oleh pihak yang terlibat supaya rakyat tidak terbeban dengan isu ini. Jangan biarkan luka menjadi barah , jangan biarkan cinta menjadi dendam amarah kerana kesepitan hidup dibumi sendiri. Langkah "menang-menang" perlu dibuat untuk meredakan masalah ini supaya tiada yang kalah & terus dipersalahkan nanti. Mengurangkan Kos pembelanjaan oleh pihak berkenaan adalah langkah tepat tapi agak terlewat dilakukan kerana isu ini sudah hangat diperkatakan .. Malah usaha ini masih tidak menyeluruh dan perlu diperluaskan kepada semua sektor kerajaan serta mereka berkaitan agar sumber berkenaan dapat disalurkan kepada rakyat secara terus. Bila ada kenaikan itu dan ini , gaji pun perlulah naik atau beri lah imbuhan serta insentif yang boleh mengurangkan bebenan ini. Selepas itu barulah boleh kurangkan apa yang nak "dikurangkan" atau naikkan sesuatu tapi buatlah dengan berpada-pada.. Terpulang kepada yang menilai kerana ini adalah masalah rakyat,dan sebagai rakyat biasa kita yang merasanya. Namun sayangkan Negara , Bangsa & Agama perlulah Diutamakan. Tidak perlu melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan perpaduan dan keamanan negara ini.Sungguh susah untuk mencapai kemerdekaan , dan jangan pula mudah untuk menghuru-harakannya pula. Buat mereka Pembuat Keputusan, Dengarlah Rintihan perit kehidupan Rakyat dan Buat Rakyat pula...Jaga Keamanan Dan Perpaduan kita Semua.. KITA RAKYAT MALAYSIA Love MALAYSIA

Friday, 23 August 2013

ISABELLA : SEARCH

Isabella Isabella adalah Kisah cinta dua dunia Mengapa kita berjumpa Namun akhirnya terpisah Siang jadi hilang Ditelan kegelapan malam Alam yang terpisah Melenyapkan sebuah kisah Terbayang lambaianmu Salju terbakar kehangatan Warna berseri bunga cinta Kita yang terlena Hingga musim berubah Mentari menyepi Bernyalalah api cinta K
orus Dia Isabella Lambang cinta yang lara Terpisah kerana Adat yang berbeza Cinta gugur bersama Daun daun kekeringan Haluan hidupku Terpisah dengan Isabella Tapi aku terpaksa Demi cintaku Isabella Moga dibukakan Pintu hatimu untukku Akan terbentang jalan Andainya kau setia Oh! Isabella Ulang dari korus Isabella Sebuah lagu “legend” dalam semua lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan search. Namun tidak ramai yang tahu rahsia disebalik lagu yang sangat popular ini. Composer : Search Lyric : Bob Lokman Inilah dua nama yang sering disebut jika ada yang bertanya siapakah yang mencipta lagu hebat ini sedangkan jika ditanya kepada Amy Search tentang kebenaran fakta ini..mungkin beliau hanya mampu tersenyum menyimpan seribu rahsia tentang misteri lagu ini. Memang benar dan tidak dinafikan lirik yang hebat ini adalah hasil nukilan Bob Lokman , malah tidak dapat diselindungi lagi suatu ketika dahulu Bob Lokman sering berkerjasama dengan seorang pemuzik yang hebat ini. Malah banyak kumpulan serta penyanyi solo mendapat sentuhan pemuzik ini iaitu M.Nasir Semua tahu tentang kehebatan serta kebolehan M.Nasir dalam dunia seni. Selain mencipta lagu, beliau seorang penulis lirik,penyanyi,pelakon,pengarah,penerbit,pelukis dan banyak lagi. Beliau juga banyak mencipta lagu untuk kumpulan yang menyanyikan lagu Isabella iaitu SEARCH Pernah Dato’ Ramli MS menyatakan susunan lagu yang hebat dari M.Nasir adalah lagu Isabella, walaupun semua tahu hakikatnya lagu itu didaftarkan atas nama Search dan Bob Lokman. Ada yang mengatakan perkara ini disebabkan ketika itu M.Nasir belum dapat taraf kerakyatan Malaysia . Tapi Kumpulan SEARCH sendiri seperti mengiyakan bahawa pencipta sebenar lagu Isabella adalah M.Nasir menerusi filem Fenomena ( lagu Isabella dinyanyikan dalam file ini ) . Walaupun hingga kini setelah bergelar Dato’, M.nasir tetap tidak tampil untuk menyatakan bahawa dialah pencipta sebenar lagu berkenaan. Mungkin padanya, biarlah hasil karyanya dihargai terlebih dahulu dari mengetahui siapa penciptanya.. *Semua kenyataan diatas hanyalah berdasarkan cerita-cerita yang sahih namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan