Clip Here For Information - Hot Product 2011

Clip Here For Information ( Product )

Monday, 24 October 2011

Suka Fikir Keburukan Orang lain

kita manusia yang lemah dan sentiasa membuat dosa

Ada ke manusia zaman sekarang ni xpenah wat salah...Nabi lain lah..kita manusia biasa ni....jika kita bersalah...kalau nak perbetulkan kesalahan , kan boleh dengan menegur atau memberitahu kesalahan itu sebab kadang-kadang kita xsedar yang kita buat salah seperti menyakiti hati orang atau sebagainya..

Tapi ada antaranya sering cepat buat tindakan atau keputusan…janganlah terus menghukum serta membuat andai tanpa memberi peluang untuk menjelaskan apa yang terjadi..tiada keadilan kepada yang telah melakukan kesalahan..orang salah pun perlu lawyer tau..sebab xsemestinya dia bersalah..mungkin penyampaian orang yang menggangap kita salah tu yang sebenarnya membuat tafsiran yang xbetul…nampak lain..cite kat orang lain..dah jadi tak betul…so…yang jadi mangsa sapa….aduh….

hubungan ini ibarat satu perjalanan..sampai masa akan terpisah jua dek keadaan..namun janganlah berpisah dengan keadaan penuh persoalan..adakah aku yang salah..apakah salah aku..bila aku buat salah…mana hak aku hendak jelaskan apa yang berlaku atau terus dihukum sebagai yang bersalah..

atau dengan jalan kau pergi jua atau berdiam diri atau boikot atau lari dari masalah itu satu penyelesaian..tidakkah itu membuat penuh syak wasangka..aku kah salah..atau jebat yang salah...hang tuah hang tuah

fikirlah untuk sebuah hubungan...ingatlah mereka yang tersayang..sayangilah awek..pakwe..kawan..keluarga..atau sesiapa sahaja...jangan putuskan hubungan yang telah terjalin dek kerna salah faham..yang boleh diselesaikan jika di dibawa berbincang...boleh kawtin ma...xsalah kita tanya… “ nape ko wat macam ni”..senang kan..kalau betul orang tu yang wat pasal…terpulanglah nak wat tindakan apa..tapi kalau orang tu x buat apa yang kita fikirkan mcm ne lak????
Selamat Beramal…Fikir dulu sebelum bertindak

Friday, 21 October 2011

100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

BUKU yang paling menjadi bacaan di seluruh dunia, The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. (Terbitan New York: Carol Publishing Group/Citadel Press) karya Michael H. Hart yang diterbitkan pada 1978 dan dicetak semula pada tahun 1992.

Buku ini menyenaraikan senarai 100 manusia paling berpengaruh di dunia:

1 . Nabi Muhammad SAW

2 Isaac Newton

3 Nabi Isa

4 Buddha

5 Confucius

6 Saint Paul

7 Tsai Lun

8 Johan Gutemberg

9 Chirstopher Columbus

10 Albert Einstein

11 Karl Marx

12 Louis Pasteur

13 Galileo Galilei

14 Aristoteles

15 V.I. Lenin

16 Nabi Musa

17 Charles Darwin

18 Chin Huang Ti

19 Agustus Caesar

20 Mao Tse-tung

21 Genghis Khan

22 Euclid

23 Martin Luther

24 Nicolas Copernicus

25 James Watt

26 Constantine the Great

27 George Washington

28 Michael Faraday

29 James Clerk Maxwell

30 Orville dan Wilbur Wright

31 Antoine Laurent Lavoisier

32 Sigmund Freud

33 Iskandar Zulkarnaen

34 Napoleon Bonaparte

35 Adolf Hitler

36 William Shakespeare

37 Adam Smith

38 Thomas Edison

39 Anton van Leuwenhoek

40 Plato

41 Gugleilmo Marconi

42 Ludwig van Beethoven

43 Werner Heisenberg

44 Alexander G. Bell

45 Alexander Fleming

46 Simon Bolivar

47 Oliver Cromwell

48 John Locke

49 Michelangelo

50 Paus Urban II

51 Umar bin Khatab

52 Asoka

53 Sain Augustine

54 Max Planck

55 John Calvin

56 William Morton

57 William Harvey

58 Antoine Becquerel

59 Greger Mendel

60 Joseph Lister

61 Nicholas August Otto

62 Louis Daguerre

63 Joseph Stalin

64 Rene Descartes

65 Julius Caesar

66 Francisco Pizarro

67 Hernando Cortes

68 Ratu Isabella I

69 William the Congqueror

70 Thomas Jefferson

71 Jean Jasques Rousseau

72 Edward Jenner

73 Wilhelm Rontgen

74 Johan Sebastian Bach

75 Lau-tzu

76 Enrico Perni

77 Thomas Maltus

78 Francis Bacon

79 Voltaire

80 John F. Kennedy

81 Gregory Pincus

82 Sui Wen Ti

83 Mani (Manes)

84 Vasco da Gama

85 Charlemagne

86 Cyrys the Great

87 Leonard Euler

88 Nicollo Machiavelli

89 Zoroaster

90 Menes

91 Peter the Great

92 Mencius

93 John Dalton

94 Homer

95 Ratu Elizabeth I

96 Justinian I

97 Johannes Kepler

98 Pablo Picasso

99 Mahavira

100 Niels Bohr.

Alasan Hart memilih Nabi Muhammad S.A.W di tangga pertama ialah:

"Saya memilih Muhammad bagi mengetuai senarai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain.

"Akan tetapi Baginda merupakan satu-satunya dalam sejarah dunia yang mencapai kejayaan yang paling gemilang yang tidak sahaja dalam agama malah di peringkat sekular (dunia)," kata Hart.

Jika Hart mampu mengenali Rasulullah sebegini dekat, bermakna penulis buku ini begitu mengkaji seluruh sejarah riwayat hidup sehingga kewafatan Baginda.


Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah manusia yang teragung selamanya dan mampu memberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak.

Oleh itu , Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik untuk dijadikan idola oleh seluruh umat Islam

Marilah sama-sama kita berselawat ke atas jujungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
.



Thursday, 20 October 2011

Golf - Tioman Island Malaysia

I was with my friend (Shukri Resli) take some pictures while playing golf at  Golf  (Berjaya Tioman Resort).

Camera Canon EOS , borrowed from Roslie Bakar




This picture shows that we are serious about photography,mission to be the best photographer

Exclusive @ Original Pictures







Wednesday, 19 October 2011

UMNO @ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

UMNO

 

 

Penubuhan UMNO

 

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Presiden Umno

1. Dato’ Onn Jaafar

Yang Dipertua UMNO pertama, Dato’ Onn Jaafar di Johor Bahru pada 1895. Dengan inisiatif dan usahanya, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan pada awal 1946. Dato’ Onn telah dipilih untuk mempengerusikan Kongres Melayu SeMalaya yang pertama pada 1 -4 Mac 1946 dan dipilih menjadi Yang Dipertua UMNO yang pertama. Bersama pemimpin lain, Dato’ Onn berjaya menumpaskan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor dan Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1951.

Di Mesyuarat Agung UMNO yang Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951 akibat percanggahan pendapat mengenai cadangannya membuka keanggotaan UMNO kepada orang bukan Melayu, Dato’ Onn telah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua dan terus meninggalkan UMNO. Ekoran itu, dia menubuhkan parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan seterusnya Parti Negara (1954), tetapi gagal meraih sokongan rakyat. Pada pilihan raya 1959, Dato’ Onn berjaya merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu Selatan sebagai satu-satunya wakil Parti Negara yang menang pada pilihan raya tersebut.
Dato’ Onn menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 19 Januari 1962 di Johor Baharu.

2. Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lahir pada 8 Februari 1903 di Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah.
Beliau melibatkan diri dalam UMNO sejak awal penubuhan UMNO pada 1946 dan dipilih menjadi Yang Dipertua UMNO kedua pada 26 Ogos 1951 apabila Dato’ Onn Jaafar melepaskan jawatan tersebut kerana perbezaan pendapat berkenaan isu membukakan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu.
Tunku Abdul Rahman memegang jawatan selama kira-kira 20 tahun sebelum berundur pada Januari 1971. Selain menukar slogan UMNO dari”Hidup Melayu” kepada “Merdeka”, Tunku juga memulakan kerjasama di antara UMNO dengan Malayan Chinese Association (MCA) dan seterusnya dengan Malayan Indian Congress (MIC) melalui Parti Perikatan. Langkah tersebut diambil bagi memudahkan usaha mencapai kemerdekaan.
Tunku mendapat mandat penuh rakyat setelah berjaya meraih 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan pada pilihan raya umum Julai 1955, Tunku berjaya mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Tunku seterusnya dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama. Selepas merdeka, Tunku ‘melahirkan’ pula Malaysia pada 16 September 1963 dengan membawa masuk Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaya.
Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 dan sebagai Presiden Menteri pada 22 September 1970 dan sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung parti pada 23-24 Januari 1971.
Tunku Abdul Rahman mangkat pada 6 Disember 1990

3. Tun Abdul Razak

Tun Abdul Razak Datuk Hussein, Presiden UMNO yang ketiga dan Perdana Menteri yang kedua lahir pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan Pahang.
Tun Razak memulakan karier politiknya dalam UMNO pada 1950. Empat bulan selepas menyertai UMNO, beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda parti. Pada 1951, dalam usia 29 tahun, dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua UMNO.
Apabila kemerdekaan dicapai, Tun Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau mengubah sistem pendidikan berdasarkan Penyata Razak (1956) bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk semua kaum dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pada 17 November 1959, Tun Razak dilantik menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Beliau mewujudkan dasar dan rancangan pembangunan Negara dengan mengemaskinikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), melancarkan ‘Buku Merah’ (6 Mei 1962), Gerakan Maju (Mac 1966), program Jayadiri serta Buku Hijau. Beliau turut melancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dan Rancangan Malaysia Kedua.
Selepas tragedy 13 Mei 1969, Parlimen digantung dan Negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun Razak.
Beliau berjaya memulihkan ketenteraman awam dan mengembalikan semula Negara kepada demokrasi berparlimen. Sejajar dengan itu Rukunegara diperkenalkan. Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970 dan Presiden UMNO pada 23 Januari 1971.
Pada 1971 juga, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mengasaskan pembentukan Barisan National (BN) pada 1 Jun 1974 menggantikan Perikatan.
Tun Razak kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 1976.

4. Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn, Presiden UMNO yang keempat, dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru, Johor. Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 15 Januari 1976 ekoran kematian Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Presiden UMNO pada 15 September 1978.
Pada 1950 dalam usia 28 tahun, beliau dipilih sebagai Ketua Hal Ehwal Pemuda UMNO dan kemudiannya sebagai Setiausaha Agung. Pada 1951 Tun Hussein mengikut bapanya meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaysia (IMP) dan Parti Negara, tetapi kembali semula ke pangkuan UMNO pada 1964.
Pada Jun 1969 beliau dilantik menjadi ahli jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan seterusnya Menteri Pelajaran (1970) dan kemudian dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO. Pada 8 Ogos 1973, Tun Hussein dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO menggantikan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 20 Ogos 1973.
Pada 11 Mei 1977, Tun Hussein melancarkan Koperasi Usaha Bersatu (KUB) dan Amanah Saham Nasional (ASN). Pada 21 April 1981, beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO yang seterusnya disandang oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Tun Hussein meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan National (BN) pada 15 Julai 1981 dan pada keesokannya, dia melepaskan pula jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tun Hussein Onn meninggal dunia pada 29 Mei 1990 di Institut Jantung Pusat Rawatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat.


5. Tun Dr.Mahathir

Tun Dr. Mahathir bin Haji Mohamad telah dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Lorong Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar Kedah. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar dan Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Tun Mahathir merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik terdiri daripada empat orang perempuan dan lima lelaki. Salasilah di sebelah ibunya mempunyai darah pemimpin yang merupakan warisan dari keturunan Wan Su iaitu Dato’ Temenggong Kulut, Bukit Lada. Antaranya ialah Wan Mohamad Saman, orang yang memperkenalkan sistem terusan di Kedah yang namanya telah dirakamkan sebagai Terusan Wan Mohamad Saman.
Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Seberang Perak, Kedah dan bersambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar yang kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abdul Hamid. Persekolahannya tergendala ketika Jepun memerintah Malaya.
Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, beliau telah kembali menyambung pelajarannya di sekolah yang sama sehinga tamat Senior Cambridge. Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajarannya ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1947. Pada tahun 1952, beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dan pada tahun berikutnya Tun Mahathir membuat housemanship di Hospital Besar, Pulau Pinang. Di antara tahun 1954 hingga 1956 Tun Dr. Mahathir menjadi Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Star dan kemudiannya di Pulau Langkawi. Pada tahun 1957, beliau telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan membuka klinik MAHA yang merupakan klinik yang pertama yang diusahakan oleh seorang anak Melayu di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Tun Dr. Mahathir mempunyai aspirasi dan semangat juang yang tinggi dalam usaha beliau untuk membantu anak-anak bangsa terutama orang-orang Melayu agar lebih maju dari segi akademik dan pertumbuhan ekonomi. Sikap dan tanggungjawab beliau amatlah dihargai malah atas sebab itulah beliau telah digelar Dr UMNO oleh masyarakat setempat ketika itu.
Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang paling lama berkhidmat bermula dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Beliau berkahwin dengan YBhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar. Bapa beliau adalah anak Melayu yang pertama menjadi Guru Besar di sebuah Sekolah Inggeris dan merupakan seorang bapa yang tegas dan amat menitikberatkan tentang pendidikan anak-anaknya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berkecimpung di dalam arena politik sejak usia yang muda. Pemerhatian dan pembacaan beliau sejak zaman pemerintahan Jepun dahulu membuatkan beliau lebih bersemangat untuk melakukan pelbagai perubahan untuk bangsa Melayu. Beliau mempunyai misi dan visi dalam menentukan hala tuju bangsa beliau sendiri terutama penyatuan bangsa Melayu
Segalanya berlaku ketika beliau menunggu keputusan peperiksaan Cambridge pada 1945. Pada ketika itu, beliau memulakan penglibatannya di dalam bidang politik bersama rakan-rakan yang lain. Dengan dorongan semangat yang tinggi, beliau dengan beraninya menentang Malayan Union dan menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah dan Kesatuan Pemuda Melayu Kedah. Pada 1946, beliau aktif di dalam SABERKAS (Sayang Akan Bangsa Ertinya Redha Korban Apa Segalanya). Apabila Kongres SeMalaya diadakan pada tahun itu, beliau telah turut sama dalam peristiwa bersejarah tersebut dan beliau merupakan salah seorang pengasas UMNO apabila Kongres pertama membuat resolusi untuk menubuhkan UMNO dan membuka keahliannya. Beliau adalah seorang yang rajin menulis dan telah banyak menulis kisah-kisah mengenai masyarakat Melayu di dalam akhbar-akhbar tempatan seperti Straits Times dan Sunday Times dengan menggunakan nama penanya “Che Det”.
Di dalam pilihan raya Mei 1969, beliau tewas di kawasan Kota Setar Selatan kepada calon PAS. Beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 1965 sehinggalah beliau disingkirkan dari parti pada 26 September 1969 kerana lantang mengkritik pucuk pimpinan UMNO di bawah kepimpinan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Setelah dipecat dari UMNO, beliau semakin berani menyuarakan pendapat beliau di mana beliau telah menerbitkan sebuah buku ‘The Malay Dilemma’ yang memperkatakan mengenai masalah ekonomi dan Bumiputera pada ketika itu. Beliau telah memberi beberapa pandangan untuk menyelesaikan masalah tersebut malahan beliau turut mengkritik ketidakcekapan kerajaan ketika itu dalam usaha untuk memulihkan keadaan berikut. Walaupun buku tersebut diharamkan, ada beberapa perkara dan pandangan yang hampir sama dengan Dasar Ekonomi Negara (DEB) yang dilancarkan pada 1971 yang menerangkan bagaimana untuk memperbaiki keadaan Bumiputera ketika itu.
Di dalam buku tersebut, Tun Dr Mahathir telah membidas sikap fanatik orang Melayu yang sentiasa menyalahkan takdir dan sering menerima kekalahan melalui sifat pasif mereka. Pada 1970, Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan dan digantikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Ketika itu Tun Dr. Mahathir kembali aktif dalam UMNO dan mendapat sokongan ramai. Kekalahan dan kekecewaan sebelum ini tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha untuk memperjuangkan isu-isu yang mempunyai kepentingan dengan orang-orang Melayu.
Setelah diterima kembali di dalam UMNO pada 7 Mac 1972, dan terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 25 Jun 1972. Pada tahun yang sama beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Ahli Majlis Tertinggi. Pada 30 Disember 1972 beliau telah dilantik sebagai Senator oleh Dewan Undangan Negeri Kedah. Pada 1973, beliau telak dilantik sebagai Ahli Dewan Negara namun terpaksa melepaskan jawatan pada tahun berikutnya untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum 1974 di kawasan Parlimen Kubang Pasu.
Tun Dr Mahathir telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu dengan menang tanpa bertanding di dalam Pilihan Raya Umum 1974 dan telah mewakili kawasan Parlimen ini sehingga 2004. Di dalam kabinet Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 6 Oktober 1974. Tindakan pertama beliau selaku Menteri ketika itu ialah mengubah dasar pendidikan negara dengan melaksanakan usaha-usaha untuk membasmi dan menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan kepada semua. Tindakan kedua beliau ialah meminda Akta Universiti dan Kolej 1974 dengan meletakkan pentadbiran universiti secara langsung di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah mendapat banyak tentangan serta halangan daripada ahli akademik dan mereka yang terlibat di dalam pendidikan, namun beliau tetap dengan segala tindakan yang dilakukannya dan telah berjaya melenyapkan segala kritikan-kritikan terhadap dasar-dasar pendidikannya.
Dalam satu rombakan kabinet, beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Industri dari 1 Januari 1978 sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981, apabila Allahyarham Tun Hussein Onn meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keempat pada 16 Julai 1981. Dalam tahun yang sama Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO ketika berusia 55 tahun. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengambil alih jawatan Menteri Dalam Negeri sehinggalah beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 9 Januari 1999. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan mulai 18 Julai 1981 sehingga 1986

Di dalam pemilihan parti UMNO pada 1987, Tun Dr Mahathir telah mengalahkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada 1990 dan 1993, sekali lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti. Di bawah pentadbiran Tun Mahathir, UMNO yang menjadi tunggak kepada Kerajaan Barisan Nasional telah memenangi kesemua Pilihan Raya Umum pada 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.
Tun Dr. Mahathir telah digelar sebagai “ Bapa Pemodenan Malaysia ” dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun mulai 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Sebagai pemimpin negara, Tun Dr. Mahathir telah membawa banyak perubahan-perubahan kepada rakyat dan mengatur program untuk generasi yang membangunkan bangsa Melayu agar setanding dengan mana-mana bangsa di dunia. Banyak telah diperkenalkan dan kejayaan-kejayaan yang besar dicapai di zaman pemerintahan beliau dari segi mengubah corak pemikiran, ekonomi, pendidikan, etika sosial dan budaya hidup rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dalam menghadapi era globalisasi dan liberalisasi untuk menghadapi abad ke-21.
Tun Dr Mahathir telah melakukan banyak perubahan di dalam pentadbiran negara. Semenjak awal pelantikan, beliau telah menyeragamkan sistem dan cara bekerja dengan mengadakan sistem kad perakam waktu, pengenalan tag nama, sistem simpanan fail, urusan surat menyurat dan pos, panduan dan penyelarasan dalam segala urusan pejabat. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan slogan di dalam pentadbiran awam negara di antaranya Kepimpinan melalui Tauladan, Dasar Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-Nilai Islam di dalam pentadbiran. Melalui usaha ini, telah banyak perubahan telah dilaksanakan seperti etika kerja yang baik, penerapan nilai-nilai murni yang positif, rajin, efektif serta efisyen dan lain-lain. Beliau juga telah melancarkan usaha memerangi Rasuah dengan slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan.
Di zaman pentadbiran beliau, masalah ekonomi dunia telah dilanda kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara seluruh dunia terutama negara-negara Asia seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Beliau telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan menambat mata wang ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika. Badan Kewangan Dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) telah mengkritik tindakan beliau namun ia terbukti berjaya apabila Malaysia merupakan satu-satunya negara yang terlepas dari belenggu kegawatan dan pelbagai syarat yang ditetapkan oleh mereka. Tindakan berani dan bijak ini telah mendapat pujian daripada Horst Kohler, Pengurus Besar IMF.
Tun Dr Mahathir mempunyai aspirasi yang begitu tinggi untuk menyatukan setiap matlamat negara ke arah pembentukan sebuah negara yang membangun. Beliau mempunyai pandangan yang jauh untuk kesejahteraan dan kemakmuran, dan menebus maruah bangsa, memajukan negara dan meletakkannya di persada antarabangsa. Segala perancangan adalah di dalam bentuk jangka panjang menunjukkan satu titik permulaan dan penyatuan negara secara keseluruhannya. Tun Dr Mahthir telah berjaya merealisasikan impian dan harapan rakyat selaras dengan kehendak Wawasan 2020 ke arah kemajuan negara.Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh beliau dijadikan sebagai asas dan panduan untuk mencapai matlamat negara yang maju dan sistematik dari segi sains dan teknologi, ekonomi dan infrastruktur bertaraf dunia. Ia merupakan idea yang akan membawa negara ke arah mercu dengan mempunyai panduan hala tuju tindakan di masa hadapan.
Beliau yakin dan percaya bahawa setiap rakyat perlu memainkan peranan agar wawasan ini akan berjaya dilaksanakan menjadi sebuah negara yang berteknologi tinggi menjelang tahun 2020.

Untuk mencapai segala matlamat yang dirancang, beliau telah merancang strategi untuk meghadapi beberapa dugaan dan cabaran kepada generasi-generasi yang akan datang.

6. Tun Abdullah

Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau yang merupakan anak sulung daripada empat beradik ini adalah anak kepada pasangan Haji Ahmad Haji Abdullah Fahim (lebih dikenali sebagai Ahmad Badawi) dan Datuk Khailan Hassan. Adik-beradik beliau ialah Ambrahim dan Mohamad.
Tun Abdullah Ahmad Badawi mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Endon Mahmood pada 4 September 1965 ketika beliau berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam. Datin Seri Endon merupakan anak sulung kembar yang dilahirkan pada 24 Disember 1940.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Kamaluddin dan Nori.
Datin Seri Endon telah kembali ke rahmatullah pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payu dara. Seterusnya, Tun Abdullah mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007 setelah hampir dua tahun hidup bersendirian.
Pemimpin yang lebih dikenali sebagai Mr. Nice Guy ini memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Kepala Batas dan kemudiannya meneruskan pelajaran ke Special Malay School iaitu sebuah sekolah yang ditubuhkan oleh Kerajaan British untuk pelajar melayu cemerlang di peringkat sekolah rendah.
Sejurus selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, Tun Abdullah mula berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan dan Diplomatik (PTD) dan telah menjadi Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam bermula pada tahun 1964.
Tun Abdullah mula menceburkan diri dalam dunia politik sekitar tahun 1966. Keluarganya sendiri mempunyai pengaruh politik yang sangat kuat di utara tanah air. Malah pengikut-pengikut politik di Pulau Pinang sudah terbiasa dengan kewibawaan politik keluarga ini.
Datuk beliau Haji Abdullah Fahim merupakan pelopor awal UMNO yang mempunyai peranan penting dalam menuntut kemerdekaan daripada kerajaan British. Selain itu, Haji Abdullah Fahim adalah tokoh yang telah menentukan tarikh kemerdekaan hasil daripada perbincangan mengenainya di rumah beliau sendiri.
Bapa beliau, Haji Ahmad Haji Abdullah Fahim merupakan seorang guru agama, pegawai agama negeri dan juga penyokong kuat UMNO. Malah bapanya juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dari 1972 hingga 1977. Haji Ahmad Badawi juga pernah menjadi ahli jawatankuasa kanan kerajaan negeri, di mana pada 1972 beliau berkhidmat sebagai Exco Kanan yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Tun Dr. Lim Chong Eu. Semasa Tun Dr. Lim bercuti ke luar negara, Haji Ahmad Badawi telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri.
Perdana Menteri kelima ini terlibat secara langsung dalam arena politik selepas bapanya meninggal dunia pada 8 Mei 1977 dimana keputusan ini telah menukar haluan kariernya. Ketika itu beliau merasa bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangan bapanya dan telah meletak jawatan di dalam perkhidmatan awam.
Tun Abdullah telah bertanding dalam pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kepala Batas pada 1978 dengan memenangi undi majoriti 5,029. Disember tahun yang sama juga, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
Penglibatan beliau dalam arena politik semakin menyinar apabila dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Manakala pada 1984, 1987 dan 1990 pula Tun Abdullah telah menjadi Naib Presiden UMNO melalui pemilihan di dalam Perhimpunan Agung UMNO.
Tun Abdullah terus diberi kepercayaan apabila Tun Dr. Mahathir telah melantik beliau menjadi Timbalannya sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 1999. Ketika itu juga beliau merupakan Menteri Dalam Negeri dan timbalan pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Pada 1999, beliau telah memenangi pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Kepala Batas dengan majoriti 11,175 undi menewaskan Khalid Rasid (PAS). Dengan itu beliau telah diberikan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Terengganu menggantikan Tan Sri Wan Mokhtar. Selaku Timbalan Presiden UMNO. Perwakilan UMNO juga telah mengekalkan Abdullah sebagai Timbalan Presiden UMNO bagi penggal 2000-2003.
Tun Abdullah telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003. Upacara mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri diadakan di Istana Negara dengan disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melalui penyerahan kuasa.
Beliau menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mana telah mentadbir negara selama 22 tahun lamanya. Apabila Tun Dr. Mahathir bersara pada bulan Oktober 2003, impak pentadbirannya amat besar ke atas landskap politik, ekonomi, pembangunan, infrastruktur, dasar luar dan minda masyarakat Malaysia.
Peralihan kepimpinan dalam kerajaan dan parti itu berjalan lancar dengan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri kelima menjanjikan pentadbiran yang ‘tegas, adil dan saksama’.
Tun Abdullah memiliki ciri-ciri yang membolehkan beliau memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima di mana warisan kepimpinan memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk menerajui negara. Antara aspek penting dalam menentukan kepimpinan dan warisan kepimpinan adalah untuk memastikan bahawa pilihan tersebut mampu untuk mengabdikan diri kepada semua rakyat Malaysia.
Pengalamannya memimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Setiausaha MAGERAN akan menjadi titik-tolak kepada dasar beliau dalam mempertahankan ketuanan orang Melayu di negara ini yang juga akan bersifat agenda nasional.
Latar belakang Tun Abdullah juga penting untuk masa depan orang Melayu kerana sudah pasti beliau mahu memperisaikan diri orang Melayu degan kekuatan moral sebagai persediaan dunia akhirat. Keseimbangan pasti ditekankan supaya orang Melayu tidak alpa dalam arus kemodenan kerana semata-mata mengutamakan keuntungan material, nilai keagamaan dan kepercayaan perlu dipinggirkan. Konsep Islam Hadhari akan menjadi benteng dan corak kepimpinannya kerana apa sahaja yang yang dilakukan adalah untuk pembangunan Islam dan umatnya tanpa ada perpecahan di kalangan mereka. Malahan dalam ucapan sulung sebagai Presiden UMNO yang keenam dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004, beliau meletakkan Islam Hadhari sebagai agenda untuk menempatkan bangsa Malaysia di arena yang cemerlang.
Tun Abdullah sering mengingatkan pelbagai lapisan masyarakat bahawa beliau bukan sahaja Presiden UMNO tetapi juga merupakan Perdana Menteri Malaysia dan akan memastikan hak semua warga negara ini terpelihara. Ini kerana pembangunan perlu diimbangi dengan pembentukan perpaduan antara kaum supaya kestabilan politik tidak tergugat. Beliau memastikan bahawa apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh beliau mendapat sokongan sepenuhnya daripada pemimpin pelbagai masyarakat supaya kepimpinan beliau berjalan licin tanpa ada cacat-celanya.
“Jangan bekerja untuk saya, tetapi mari bekerja bersama-sama saya”, ini merupakan salah satu ucapan keramatnya ketika mula-mula diangkat menjadi Perdana Menteri. Beliau mahu setiap golongan rakyat bangun bekerja bersama-sama beliau untuk membangunkan negara.
Tun Abdullah memulakan kepimpinannya dengan moto ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.’ Komitmen beliau amat tinggi untuk melahirkan pentadbiran yang jujur, efisien, Islamik dan peka kepada nasib penduduk luar bandar dan wilayah-wilayah yang tidak begitu mendapat perhatian selama ini. Seorang penganalisis politik tanah air merumuskan kepimpinan Tun Abdullah dengan menulis: “Beliau menangani banyak isu-isu kecil yang mengesankan rakyat terbanyak.”
Slogan pertamanya “bekerja bersama-sama saya bukan untuk saya” telah memperlihatkan beliau mula merintis jalannya tersendiri dalam penampilannya sebagai Perdana Menteri. Jelas sekali falsafah kepimpinan beliau menganggap rakyat, pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat dan pemimpin politik, sebagai rakan untuk menjayakan cita-cita bangsa. Beliau tidak mahu mereka bekerja untuk beliau semata-mata.
Tekadnya memerangi gejala rasuah dan menjauhi rasuah merupakan permulaan pimpinannya yang sangat terpuji. Malah, pada “Hari Kualiti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri” beliau telah berikrar sebagai seorang Islam untuk tidak melibatkan diri dalam rasuah. Beliau juga meminta pegawai-pegawai kerajaan tidak menerima rasuah dalam usaha menghapuskan gejala jijik ini. rasuah juga diisytiharkan sebagai musuh nombor satu di bawah kepimpinannya.
Elemen-elemen pentadbiran awam yang efektif, dasar luar secara berdialog, mementingkan sumber manusia daripada pembangunan fizikal semata-mata, memberi keutamaan ke atas sektor pertanian dan integrasi nasional adalah satu langkah yang sangat bijak dilakukan oleh Perdana Menteri kelima ini dalam memastikan rakyat mendapat kebaikan bersama. Ini juga merupakan gagasan yang akan menjadi kekuatan kepimpinan Tun Abdullah untuk jangka masa panjang mentadbir negara.

6. Dato' Sri Haji Mohd Najib

 

YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi selatan. 
Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan , negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul Anuar Bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat 9,798 undi -kalah .

Sejarah Pergerakan Pemuda

Pergerakan Pemuda lahir tiga tahun setelah tertubuhnya UMNO. Pada mulanya ia dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan penubuhannya berlaku di perhimpunan agung UMNO yang bersidang di Butterworth pada 26 Ogos 1946. Kapten Hussein Onn telah dipilih mengetuainya.
Sejak itu lahirlah satu tenaga penggerak dan pendorong yang gigih dalam UMNO dan bertindak sebagai tulang belakang dan sayap kanan kepada seluruh perjuangan UMNO hingga sekarang.
Pemuda menjadi pelapor kepada banyak kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO dan ramai pemimpin Pemuda kemudiannya mengambil alih tugas-tugas penting dalam kerajaan.
Apabila Hussein Onn dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO, Dato Abdul Razak bin Hussein telah dipilih memegang teraju pergerakan Pemuda. Namun Abdul Razak merasakan bahawa lebih wajar baginya melibatkan diri dalam badan induk parti. Persefahaman telah tercapai bagi dia bertukar tempat dengan Sardon Jubir Perjuangan UMNO pada masa itu ialah membebaskan Negara dari penjajah British dan Pemuda menjadi penggerak penting. Sardon berjaya mengubahkan cogankata UMNO dari HIDUP MELAYU kepada MERDEKA bagi meniupkan bara kemerdekaan ke dalam diri setiap pemuda dan memilih 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan.
Selepas 13 tahun, pimpinan Pergerakan Pemuda beralih kepada Senu Abdul Rahman pada 1964. Semangat Pemuda Tahan Lasak dan buku Rovolusi Mental diperkenalkan bagi mengubah pemikiran orang Melayu.
Harun Idris mengambil alih pimpinan Pemuda pada 1971 dan dibawahnya Pemuda membawa imej sebagai kumpulan pendesak. Ketika itu Dasar Ekonomi Baru sedang diperkenalkan oleh kerajaan dan Pemuda memainkan peranan penting bagi melaksanakannya.
Syed Jaafar Albar muncul sebagai Ketua Pemuda pada 1976 dan berupaya merapatkan semua pengerakan itu kepada parti induk. ‘Singa UMNO’ ini hanya sempat memegang teraju selama enam bulan apabila dia meninggal dunia.

Pimpinan Pemuda UMNO jatuh ke tangan Suhaimi Kamaruddin pada 1977 dan beliau cuba menukar slogan perjuangan kepada ‘Pemuda Era Bertindak’.
Suhaimi tidak berupaya mempertahankan jawatannya di pemilihan pada 1982. Tempatnya diambil alih oleh Anwar Ibrahim, seorang bekas pemimpin pelajar dan belia yang popular dan berkesan.
Di bawah Anwar Pengerakan Pemuda kembali bersemangat dan beliau berjaya membawa pemuda seiring dengan perubahan pemerintahan ke era baru. Beliau menggesa supaya Pemuda menjadi Angkatan Penggerak Zaman dengan mengutarakan agenda membasmi resuah dan kemiskinan serta mempunyai memberi peluang hak bersuara dan menyampaikan kritikan.
Anwar tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda pada 1987 sebaliknya bertanding dengan jayanya bagi kerusi Naib Presiden. Gagasan Anwar diteruskan oleh Najib Tun Razak yang juga mengadakan perhubungan rapat dengan semua peringkat kepimpinan dengan menganjurkan kursus ‘Siri Perdana’.
Selepas Najib, pimpinan beralih kepada Abdul Rahim Tamby Chik. Belum genap setahun mengetuai Pergerakan Pemuda, Rahim terpaksa berundur buat seketika bagi menyelesaikan masalah peribadinya dan jawatan Ketua telah dipangku oleh Nazri Aziz. Rahim kemudiannya kembali memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Januari 1996.

Sejarah Pergerakan Wanita

Penglibatan wanita dalam politik bermula bersama gerakan semangat kebangsaan untuk memerdekakan tanah air. Cadangan penubuhan Malayan Union pada 1945 bagi menamatkan hak orang-orang Melayu telah membangkitkan penentangan secara besar-besaran.
Wanita yang sebelum ini lebih tertumpu pada pertubuhan berunsurkan kebajikan telah turut terlibat buat pertama kalinya secara terbuka dalam gerakan politik tanah air.
Dalam Mesyuarat Agung UMNO pada tahun itu, tiga tokoh wanita UMNO iaitu Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman dari Persatuan Melayu Seberang Perai dan Salena Ali dari Persatuan Melayu Selangor telah bertemu bagi membincangkan mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.
Ekoran pertemuan itu Jabatan Kaum Ibu telah ditubuhkan pada 1947 dengan Putih Mariah dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Setahun kemudian Jabatan Kaum Ibu diperbesarkan menjadi Pejabat Setiausaha.
Pada 25 Ogos 1949, bertempat di Butterworth, UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung Wakil Wanita dari bahagian-bahagian UMNO bagi menubuhkan satu badan yang dinamakan Ahli-ahli Perempuan UMNO (APU) dengan Putih Mariah sebagai ketuanya. Inilah pertubuhan politik wanita pertama wujud di Tanah Melayu.
Setahun kemudian kepimpinan APU diterajui oleh Tan Sri Zainun Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Di bawah kepimpinannya, APU telah menambah ahli dan jumlah cawangannya.Beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air bersama sekeping peta Tanah Melayu dan sehelai bendera UMNO di tangan, untuk memberi penerangan mengenai politik dan kemerdekaan.
Tetapi antara September 1953 hingga Oktober 1954, kepimpinan APU menghadapi masalah apabila Ibu Zain terpaksa mengundurkan diri atas sebab-sebab kesihatan.Masalah timbul apabila Ibu Zain mencadangkan supaya Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah mengambil alih sebagai ketua, tetapi beliau hanya bersetuju mengambil alih selama tiga bulan sahaja.
Oleh sebab itu, Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah mengambil keputusan melantik Khadijah Sidek menjadi Setiausaha Hal-Ehwal Kaum Ibu UMNO dan Oegawai Penerangan Perempuan.Kemudiannya, Khadijah dilantik mengetuai Pergerakan itu sehingga 1956 apabila beliau diberhentikan dan diganti oleh Fatimah Hashim sebagai pemangku jawatan itu atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Pada 1956 nama APU ditukar kepada Pergerakan Kaum Ibu UMNO. Fatimah telah dipilih menjadi ketua dalam Perhimpunan Ahung UMNO pada 1957 dan beliau menerajui Pergerakan itu hingga 1972.Bagi menguji sokongan rakyat pada UMNO, Kerajaan Brtish mencadangkan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan Pertama diadakan pada 1955. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Dalam pilihan raya tersebut juga calon wanita tunggal, Halimahton Abdul Majid telah bertanding dan menang. Beliau merupakan Wakil Rakyat wanita pertama.Kemerdekaan Tanah Melayu membuka lebih banyak peluang kepada wanita. Dari pilihan raya 1959 di mana Ibu Zain dan Fatimah Hashim bertanding kerusi Parlimen dan menang, hinggalah sekarang, bilangan tokoh wanita bertanding dalam pilihan raya bertambah.
Peristiwa 12 Mei 1969 telah turut mempengaruhi corak politik tanah air. Pada Ogos 1971, UMNO mengadakan Persidangan Agung Khas bagi mengatur corak perjuangan UMNO. Perlembagaan UMNO telah dipinda dan Pergerakan Kaum Ibu telah ditukar namanya kepada Pergerakan Wanita UMNO bagi melambangkan imej dinamik.
Selepas Fatimah mengundurkan diri pada 1972, kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO diterajui oleh Aishah Ghani sehingga 1984, apabila dipimpin pula oleh Datuk Seri Rafidah Aziz dan seterusnya Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil sehingga sekarang.
Pergerakan Wanita UMNO bertindak sebagai penyokong kuat kepada UMNO dalam sebarang perjuangan bagi mendaulatkan bangsa dan memajukan Negara.
Dalam setiap kali pilihan raya peranan ahli Pergerakan Wanita UMNO sangat besar dalam memenangkan calon-calon Barisan Nasional. Selain itu, ia juga terus mendapat tempat yang sewajarnya di Negara merdeka.
Kemajuan yang dicapai oleh wanita Malaysia sehingga hari ini adalah atas perjuangan Pergerakan Wanita UMNO yang sentiasa bersama arus pembangunan Negara

SEJARAH PUTERI UMNO

Penubuhan Puteri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

Cadangan penubuhan Puteri UMNO ini diputuskan oleh Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Julai 2000. Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya menubuhkan Puteri UMNO bagi memenuhi keperluan golongan wanita muda yang berminat menyertai parti itu.
Justeru, pada 9 April 2001 hari Isnin, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, YB Datuk Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.
Pada 3 Ogos 2001 tercatat satu lagi sejarah dalam kamus parti UMNO apabila sayapnya, Puteri dilancarkan oleh YAB Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Selepas berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk ‘melahirkan’ seorang puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.

Puteri UMNO dicadangkan kepada wanita Bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara Malaysia berstatus Bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO


Peristiwa Penting UMNO

 

Januari 1946
Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah.

3 Januari 1946
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union.

4 Mac 1946
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini disertai oleh 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Kongres Melayu memutuskan untuk menubuhkan satu badan bagi mewakili orang-orang Melayu menentang Malayan Union.

29 dan 30 Mac 1946
Kongres Melayu mengambil keputusan memulau istiadat penubuhan Malayan Union.

1 April 1946
Malayan Union dengan rasminya ditubuhkan dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor. Hak-hak orang Melayu diketepikan.

11 dan 12 Mei 1946
Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar, Johor Bahru. Dalam Kongres ini Piagam UMNO telah diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO). Dato Onn bin Jaafar dipilih sebagai Yang DiPertua.

29 dan 30 Jun 1946
Mesyuarat Agung UMNO pertama diadakan di Ipoh, telah melantik Datuk Haji Abdul Wahab (Panglima Bukit Gantang) sebagai Setiausaha Agung dan menetapkan corak bendera UMNO.

27 dan 28 Julai 1946
Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang telah mengadakan istiadat mengibar bendera UMNO.

10-12 Januari 1947
Mesyuarat Agung UMNO di Alor Setar, Kedah membincangkan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan contoh perjanjian negeri-negeri Melayu telah disusun oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotaiseramai 12 orang.

11- 13 Mei 1947
Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Kota Bharu, Kelantan berdebat mengenai perlunya parti menubuhkan cawangan di seluruh negara dan tidak hanya sebagai gabungan persatuan-persatuan Melayu sahaja. Dato Haji Abdul Wahab meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan digantikan oleh Encik Zainal Abidin bin Abas.

2 – 4 September 1947
Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Johor Bahru mengadakan ketetapan mewujudkan derma pelajaran kepada anak-anak Melayu.

21 Januari 1948
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu di Kings House, Kuala Lumpur.

1 Februari 1948
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya pemerintahan Malayan Union.

28 dan 29 Mei 1949
Persidangan Majlis Agung UMNO di Balai Rong, Arau, Perlis telah memutuskan satu perlembagaan baru membolehkan orang perseorangan mendaftar terus dan UMNO tidak lagi terdiri daripada pertubuhan yang bergabung dan sebagainya. Dengan itu juga, struktur pentadbiran UMNO berubah menjadikannya empat peringkat iaitu Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan. Terdapat tiga pertubuhan yang tidak bersetuju dengan perubahan untuk menjadi Ahli Bergabung dengan UMNO.

25 Ogos 1949
Perhimpunan Agung Kaum Ibu UMNO diadakan di Butterworth, satu badan yang dikenali sebagai Badan Ahli-ahli Perempuan UMNO telah diwujudkan dan Cik Putih Mariah Ibrahim Rashid telah dipilih sebagai Ketua. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, nama badan tersebut ditukar kepada Pergerakan Wanita.

26 Ogos 1949
Persidangan Agung wakil-wakil Pemuda di Butterworth telah melantik Kapten Hussein Onn sebagai Ketua/Setiausaha Hal Ehwal Pemuda dan Dato Onn Jaafar sebagai Penasihat. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1955, ia di namakan Pergerakan Pemuda. Keputusan untuk menubuhkan sebuah Pergerakan Pemuda sebenarnya telah ditetapkan di dalam Undang-undang tubuh UMNO yang diluluskan pada 29 Mei 1946.

20 Februari 1950
UMNO menganjurkan perjumpaan alim ulama Se-Malaya di Muar, Johor bagi memperjuangkan soal-soal keagamaan yang akan dibuat melalui UMNO.

11 Jun 1950
Cadangan Kerakyatan Communities Liaison Committee (CLC) diterima. Persidangan yang berlangsung di Kuala Lumpur ini telah menyaksikan ucapan-ucapan hangat, kecaman dan tuduhan berat terhadap Dato Onn bin Jaafar berkenaan isu kerakyatan cadangan CLC. Bagamaimanapun cadangan kerakyatan diterima dengan pindaan berikut: Menambah syarat-syarat kelahiran ibu/bapa bagi anak-anak yang dilahirkan di Negeri-negeri Melayu untuk menjadi rakyat Raja Melayu. Mereka yang tidak lahir di sini boleh memohon tetapi jika ada bukti telah menetap di sini dalam tempoh yang tertentu tanpa putus-putus dan sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Raja Melayu.

12 Jun 1950
Dato Onn yang kecewa dengan sikap ahli-ahli UMNO terhadapnya telah meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua pada hari kedua Persidangan.

20 Julai 1950
Satu rombongan dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian UMNO dan penduduk kampung telah berarak ke rumah Dato’ Onn di Johor Bahru untuk memujuk beliau menyertai semula UMNO. Beliau bersetuju memimpin UMNO semula dengan syarat beliau tidak dikecam lagi.

27-29 Ogos 1950
Pada Persidangan tahun ke-5, Dato Onn bin Jaafar telah diberi sambutan yang meriah dan beliau memegang semula jawatan Yang DiPertua. September 1950 Cadangan UMNO mengenai Rakyat diluluskan dan dihantar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-negeri Melayu. Ia telah menjadi asas kepada Undang-undang Kerakyatan 1951.

4 Februari 1951
Seorang wakil dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah mencadangkan agar slogan Hidup Melayu ditukarkan kepada Merdeka, sewaktu Persidangan Agung UMNO di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak diadakan.

23 dan 25 Mac 1951
Persidangan Agung UMNO Setengah Tahun diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur telah meluluskan slogan Merdeka sebagai seruan rasmi UMNO.

Jun 1951
Pada November 1950, Dato Onn bin Jaafar membuat cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO kepada United Malayan Organization. Beliau mahukan orang-orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik yang bersifat Malayan. Penglibatan beliau dalam RIDA dan Ahli Dalam Negeri telah mendedahkan beliau kepada dasar pentadbiran British yang ingin meMalayankan Tanah Melayu. Beliau bimbang orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka. Bagaimanapun UMNO tidak dapat menerima idea Dato Onn bin Jaafar dan tidak yakin bahawa semua dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama ahli berbagai kaum serta mendatangkan faedah kepada orang-orang Melayu.

25 dan 26 Ogos 1951
Persidangan Agung UMNO diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Dato Onn bin Jaafar mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipujuk untuk bertanding jawatan Yang DiPertua oleh Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipilih menjadi Yang DiPertua UMNO mengalahkan Haji Ahmad Fuad, manakala Tun Abdul Razak bin Dato Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua.

8 Januari 1952
UMNO Bahagian Kuala Lumpur telah mencapai kata sepakat dengan MCA Selangor bagi menghadapi pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.

23 Ogos 1953
Perikatan UMNO-MCA menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan bagi membincang langkah-langkah mencapai kemerdekaan dan bersetuju menubuhkan Perikatan.

1 Februari 1954
Penyata Pilihan Raya telah diumumkan oleh kerajaan dan menerima bantahan kerana tidak bersetuju dengan jumlah kerusi dan tarikh pilihanraya. Gerakan menentang kertas putih laporan pilihanraya telah membuka mata MIC untuk berbaik-baik dengan Perikatan UMNO-MCA. Maka Presiden MIC, K.L. Devaser telah mengadakan satu siding khas bagi mengetahui pendirian ahli-ahli partinya. Hasilnya majoriti ahli MIC menyokong penyertaan dalam Perikatan. Pada April 1955, setelah rundingan diadakan, UMNO-MCA-MIC diterima dengan rasminya sebagai parti rakan dalam Perikatan. Perikatan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu dan menjadikan usaha menuntut kemerdekaan lebih lancar.

27 Julai 1955
Pilihan Raya Persekutuan diadakan, sebanyak 52 kerusi dipertandingkan dan Perikatan memenangi 51 kerusi.

31 Julai 1955
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Yang DiPertua UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan peralihan setelah Perikatan memenangi Pilihanraya Persekutuan. Pembukaan rasmi
Rumah UMNO di Batu Road
(Jalan Tuanku Abdul Rahman) Kuala Lumpur oleh Sultan Hishamuddin, Sultan Selangor Darul Ehsan.


26 dan 27 Disember 1955
Dalam Persidangan Agung UMNO, Usul Pergerakan Pemuda mahukan tarikh kemerdekaan Malaya dipercepatkan kepada 31 Ogos 1957 telah diluluskan. Sebelum itu Tun Sardon telah ke Pulau Pinang menemui Haji Ahmad Badawi di rumahnya di Kepala Batas. Turut berada di situ ialah Haji Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi) yang merupakan seorang ahli falak, dan beliau telah melihat ramalan dari ilmu falak bahawa kemerdekaan negara tidak boleh dilewatkan bagi mengelakkan pelbagai angkara dari berlaku dan memberi tarikh tersebut sebagai tarikh Kemerdekaan.

1 Januari 1956
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Dato Hussein, Tun Dr. Ismail Dato Abdul Rahman, Tan Sri Nik Ahmad Kamil, Tun H.S. Lee, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain bertolak ke London bagi rundingan menuntut Kemerdekaan.

31 Ogos 1957
Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri manakala Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

19 Ogos 1959
Pilihanraya Umum yang pertama selepas Merdeka bagi merebut 104 kerusi Dewan Rakyat. UMNO memenangi 51 daripada 69 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Luar Bandar.

27 Mei 1961
Tunku Abdul Rahman Putra menyuarakan gagasan Malaysia dalam satu majlis anjuran Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di Singapura.

4 November 1961
Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Perbandaran Kuala Lumpur. Persidangan ini mengambil ketetapan menyokong cadangan penubuhan Malaysia.

21 Jun 1962
Laporan Suruhjaya Cobbold menunjukkan rakyat negeri Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.

23-25 Jun 1962
Konvensyen Pergerakan Permuda UMNO diadakan bagi menyatukan tenaga Pemuda dalam memelihara masa depan negara.

25 April 1964
Pilihanraya Umum bagi kerusi Parlimen dan Negeri serentak di Semenanjung kali kedua diadakan. Dalam pilihanraya ini UMNO memenangi 59 kerusi daripada 69 kerusi yang dipertandingkan.

20 Mei 1964
Majlis Kerja Tertinggi UMNO membincangkan soal mengembangkan UMNO ke Sabah dan Sarawak.

2 Mac 1965
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan susunan pentadbiran Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO diselaraskan dengan pentadbiran UMNO Malaysia.

10 Mei 1969
Pilihan Raya Umum kali ketiga diadakan. UMNO memenangi 51 kerusi daripada 67 kerusi yang dipertandingkan dan dalam pilihanraya ini Perikatan mengalami kemerosotan kerusi.

13 Mei 1969
Peristiwa pergaduhan kaum di Kuala Lumpur membawa kepada penubuhan kerajaan darurat (MAGERAN) bagi mengamankan keadaan.

22 September 1970
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Abdul Razak Dato Hussein sebagai Perdana Menteri yang baru.

23 dan 24 Januari 1971
Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO di Merlin Hotel, Kuala Lumpur, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengundur diri sebagai Yang DiPertua UMNO dan Tun Haji Abdul Razak Dato Hussein telah dipilih sebagai Yang DiPertua UMNO yang baru.

Februari 1971
Parlimen dipulihkan dan pemerintahan MAGERAN tamat. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru serentak dengan Rancangan Malaysia ke-2 diadakan di Dewan Rakyat. Pindaan Perlembagaan Negara yang melarang perbincangan hak-hak kaum diluluskan.

11 Mei 1971
Perayaan 25 tahun UMNO disambut secara besar-besaran di Kuala Lumpur.

1 Januari 1973
Penubuhan rasmi kerajaan Perikatan-PAS di peringkat Negeri dan Pusat.

2 Ogos 1973
Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman, Timbalan Presiden UMNO telah meninggal dunia dan Tun Hussein Onn memangku jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.

13 Ogos 1973
Rombakan kecil kabinet berikutan dengan kematian Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Ghazali Shafie sebagai Menteri Dalam Negeri.

17 Januari 1974
Perjumpaan antara beberapa buah parti dalam kerajaan campuran bagi membincangkan pelaksanaan konsep Barisan Nasional.

1 Jun 1974
Barisan Nasional didaftarkan secara rasminya.

23 Ogos 1974
Pilihan Rraya umum ke-4. Barisan Nasional memenangi 135 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan calon UMNO memenangi semua kerusi yang diperuntukkan iaitu sebanyak 61 kerusi.

30 November 1975
Sidang Khas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memberi kepercayaan kepada Dato Harun Idris selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

14 Januari 1976
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein meninggal dunia di London kerana penyakit leukemia dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Tun Hussein Onn mengantikanbeliau sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO.

5 Mac 1976
Pembentukan kabinet baru Tun Hussein Onn. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

17 Disember 1977
PAS terpecat dengan sendirinya dari Barisan Nasional kerana enggan menyokong Rang Undang-undang bagi mengisytiharkan darurat di Kelantan.

8 Julai 1978
Pilihanraya umum yang ke-5. UMNO memenangi 69 kerusi daripada 74 kerusi yang dipertandingkan.

11 Mac 1978
Pilihanraya Negeri Kelantan diadakan setelah pemerintahan darurat ditamatkan. Barisan Nasional berjaya menamatkan pemerintahan PAS yang berkuasa sejak 1959.

15 September 1978
Perhimpunan Agung UMNO di Hotel Hilton, Kuala Lumpur telah memilih Tun Hussein Onn sebagai Presiden UMNO dan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Presiden.

30 Mei hingga 1 Jun 1980
Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran UMNO diadakan di Kuala Lumpur bagi merumuskan langkah-langkah menambahkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

15 Mei 1981
Tun Hussein Onn mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO.
Jun 1981

Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Hotel Hilton dan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dipilih sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding dan Dato Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden dengan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.

22 April 1982
Dalam Pilihan Raya Umum yang ke-6, Barisan Nasional telah menang besar dengan memperoleh 132 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 70 kerusi daripada 75 kerusi yang dipertandingkan.

9 September 1982
Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dato Seri Anwar Ibrahim menewaskan Dato Haji Suhaimi Kamaruddin dengan kelebihan 10 undi, bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

25 Januari 1984
Majlis Tertinggi UMNO bersetuju USNO dipecat daripada Barisan Nasional kerana menentang tindakan menjadikan Labuan sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan.

26 September 1985
Perasmian Kompleks Bangunan UMNO yang dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra, di Jalan Tun Ismail oleh Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.

29 Februari 1986
Dato Musa Hitam menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO, Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad.

29 Februari 1986
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO membincangkan perletakan jawatan Dato Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Keputusan mesyuarat bersetuju memujuk Dato Musa Hitam agar kekal di jawatan Timbalan Presiden UMNO.

7 Mei 1986
YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengantikan Dato Musa Hitam.

3 Ogos 1986
Pilihan Raya Umum yang ke-7, peringkat kebangsaan dan negeri-negeri (Semenanjung). Barisan Nasional memenangi 148 daripada 177 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 83 kerusi daripada 86 kerusi yang diperuntukkan.

24 April 1987
Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 1987, di mana Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi bagi jawatan Presiden. YAB Encik Ghaffar Baba pula menewaskan Dato Musa Hitam dengan majoriti 40 undi bagi jawatan Timbalan Presiden.

25 Julai 1987
Kumpulan 12 ahli UMNO (kemudian seorang menarik diri) mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi supaya mengisytiharkan pemilihan UMNO pada 24 April 1982 batal dan tidak sah.

4 Februari 1988
Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan tidak sah kerana menerima wakil dari cawangan-cawangan yang tidak berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian sehingga membawa kepada pengharaman UMNO.

13 Februari 1988
Permohonan bagi mendaftarkan UMNO (Baru) dikemukakan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

16 Februari 1988
UMNO secara rasmi diterima untuk menganggotai semula Barisan Nasional.

28 Januari 1989
Pilihan Raya kecil bagi kawasan Parlimen Ampang Jaya, calon BN dari MCA, Ong Tee Kiat menewaskan calon Semangat 46 iaitu Dato Harun Idris.

29 Mei 1990
Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn meninggal dunia di San Francisco kerana sakit jantung dan jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

21 Oktober 1990
Pilihan Raya Umum yang ke 8, diadakan dan Barisan Nasional memenangi 127 kerusi daripada 180 kerusi yang dipertandingkan. UMNO memenangi 71 daripada 86 kerusi yang diperuntukkan.

6 Disember 1990
Perdana Menteri yang pertama dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazahnya dikebumikan di Makam DiRaja Alor Setar, Kedah.

21 Februari 1991
Presiden UMNO , Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan UMNO Sabah dan YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang pertama.

15 Oktober 1993
YAB Encik Ghaffar Baba meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

4 November 1993
Perhimpunan Agung UMNO 1993, Dato Seri Anwar Ibrahim dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO, kemudian pada 1 Disember 1993 dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. April 1995 Pilihanraya Umum yang ke-9, UMNO memenangi 89 kerusi Parlimen daripada 102 kerusi yang dipertandingkan.

5 September 1997
Perhimpunan Agung Khas UMNO telah mencadangkan agar perkataan Baru pada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) dimansuhkan. Dengan itu nama yang diguna pakai ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

2 September 1998
Mesyuarat Majlis Tertinggi telah memecat Dato Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah guna kuasa dan perlakuan sumbang oleh mahkamah.

2 Januari 1999
Naib Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
November 1999 Pilihan raya Umum yang ke-10, UMNO memenangi 72 kerusi Parlimen daripada 104 kerusi yang dipertandingkan.

11 Mei 2000
Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO.Oktober 2000Majlis Tertinggi UMNO bersetuju menubuhkan Lembaga Disiplin UMNO yang dianggotai oleh ahli-ahli yang tidak mempunyai kepentingan tertentu dalam politik.

12 Januari 2001
Tokoh veteran UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baru ditubuhkan.

8 Februari 2001
Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS mencadangkan tarikh 19 Februari 2001 sebagai tarikh pertemuan kedua-dua parti tersebut. Dalam pertemuan ini, setiap parti akan diwakili oleh enam orang ahli yang diketuai oleh Presiden parti.

16 Februari 2001
Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS bermesyuarat. PAS mengenakan tiga tuntutan untuk merialisasikan pertemuan ini iaitu: i – mengembalikan royalti minyak (wang ihsan) Kerajaan Terengganu yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. ii – membenarkan penerbitan akhbar rasmi parti Harakah dua kali seminggu dan menolak cadangan UMNO untuk membuang perkataan Islam dalam parti politik. Bagi pihak UMNO, pertemuan UMNO-PAS tersebut hanya tertumpu kepada kepentingan orang Melayu yang terbahagi kepada empat agenda seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu: i – Hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan ii – Agama Islam sebagai agama rasmi, dan; iii – Status Raja-raja Melayu Pertemuan UMNO-PAS gagal dilaksanakan pada tarikh yang dicadangkan dan ditangguhkan.

30 Mac 2001
Azalina Dato Othman Said dilantik sebagai Ketua Penaja Puteri UMNO, dengan dianggotai oleh 20 orang Jawatankuasa Penaja. Tujuh orang daripadanya dilantik oleh ahli Majlis Tertinggi manakala 13 orang yang lain dipilih melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri.

27 Julai 2001
Sekretariat bebas ditubuhkan bagi meneliti rayuan ahli-ahli UMNO berkaitan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sekretariat panel rayuan ini diketuai oleh Datuk Mohd. Zuki Kamaluddin.

10 Mei 2002
Majlis Tertinggi UMNO bersetuju supaya Ketua Puteri UMNO diiktiraf sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO setaraf dengan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda kerana mereka juga adalah sebagai sayap UMNO.

22 Jun 2002
Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas diadakan bagi: i – membincangkan pengumuman Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan serta mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berikutan pengumuman perletakan jawatan tersebut. ii – bersetuju meminta semua Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri supaya memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai senario sebenar dan menyetujui bahawa Dato Seri Dr. Mahathir akan kekal memegang semua jawatan seperti biasa.

25 Jun 2002
Majlis Tertinggi menghormati hasrat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada Oktober 2003 dan menyokong rancangan peralihan kuasa yang digariskan.

3 Ogos 2003
Presiden UMNO Dato Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

31 Oktober 2003
Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, Perdana Menteri dan Bendahari UMNO. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyandang jawatan sebagai Pemangku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

21 Mac 2004
Pilihan raya umum ke-11. UMNO memenangi 199 kerusi Parlimen daripada 219 kerusi yang dipertandingkan. Ia adalah pencapaian paling cemerlang Barisan Nasional dalam sejarah pilihan raya.

16 September 2004
Majlis Tertinggi sebulat suara bersetuju menutup pintu terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang usaha untuk membawanya kembali ke dalam parti.

23 September 2004
Perhimpunan Agung UMNO 2004 memilih Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Presiden.

3 Disember 2004
Majlis Tertinggi menolak cadangan untuk menubuhkan Pergerakan Veteran UMNO sebagai sayap baru parti tetapi bersetuju supaya ia hanya berbentuk Kelab Veteran UMNO bagi membolehkan golongan tersebut terus menyumbang kepada parti

5 Februari 2005
Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menetapkan sasaran membentuk personaliti Melayu Unggul (Towering Malays) dalam Majlis Amanat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC.

25 Mac 2005
Majlis Tertinggi meluluskan penubuhan Putera UMNO sebagai satu gerakan baru Pemuda ke arah memantapkan lagi perjuangan parti dan ia lebih bersifat kepada aktiviti sosial.

11 Mei 2005
Presiden UMNO Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan 11 Mei sebagai Hari UMNO dan dalam majlis yang sama Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Ismail dipilih sebagai penerima anugerah Melayu Terbilang.

19 Jun 2005
Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi merasmikan penubuhan Putera UMNO, di Stadium Hang Tuah, Melaka. 21 Januari 2006 Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melancarkan kempen penambahan ahli baru yang dinamakan Keluargaku Ahli UMNO di Dewan Merdeka, PWTC. Kempen ini mensasarkan peningkatan bilangan ahli sebanyak 10 peratus atau 330,000 anggota baru menjelang pertengahan tahun 2006 dengan menekankan kualiti ahli dan menggunakan kekuatan hubungan kekeluargaan ahli UMNO sendiri.

23 April 2006
Mantan Timbalan Presiden UMNO, Tun Abdul Ghafar Baba kembali ke rahmatullah dalam usia 81 tahun di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Allahyarham mengabdikan hampir seluruh hidupnya dalam perjuangan politik tanah air termasuk menentang perjuangan menuntut kemerdekaan sekitar tahun 1940-an. Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

                Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.